BARISAN
muda Perak melakar kejutan apabila mengecewakan pasukan berstatus elit,
Kelantan 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.
Pemain
gantian Perak, Khairul Asyraf Sahizah muncul wira apabila menjaringkan gol
kemenangan pasukannya pada minit ke-79.
Jaringan
tersebut terus mematikan langkah Kelantan yang berhasrat untuk membawa pulang
sekurang-kurangnya satu mata dari Ipoh.
Pada
perlawanan tersebut, Kelantan bermula garang dan tidak menunggu lama untuk
menguji gawang tuan rumah menerusi sepakan percuma kapten, Mohd. Badri Radzi.
namun percubaannya berjaya ditepis keluar penjaga gol Perak, Razi Effendi.
Pelawat
sekali lagi memiliki peluang pada minit kesembilan menerusi Mohamed Shawky,
namun Razi sekali lagi bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan tersebut.
Selang
dua minit, pemain sayap The Bos Gaurus, Muhamad Ridzuan pula melepaskan
percubaan deras namun ia sedikit tersasar.
Tanpa
kehadiran ayam tambatan yang merupakan kapten pasukan bawah 23 tahun Myanmar,
Kyaw Zayar Win yang digantung perlawanan, ia tidak merencatkan perencanaan
skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu.
Skuad
Seladang akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-12 apabila Ahmad
Shukri berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol pertama Perak.
Gol
tersebut diperoleh selepas berlaku salah faham antara pertahanan Kelantan yang
gagal mengeluarkan bola hasil sepakan penjuru Mohd. Noor Hazrul.
Tersentak
dengan jaringan itu Kelantan menggandakan asakan ke kubu tuan rumah dan
memperoleh peluang pada minit ke-22 menerusi sepakan gunting Ahmad Fakri
Saarani namun Razi tenang menafikannya.
Sebaik
babak kedua bermula, kedudukan sudah berubah dan Kelantan berjaya menyamakan
kedudukan 1-1 menerusi jaringan Mohamed Shawky pada minit ke-55.
Gol
tersebut melonjakkan semangat pemain Kelantan yang terus mengasak kubu pasukan
tuan rumah, namun jentera pertahanan Perak bijak bertahan.
Tuan
rumah yang mendapat sokongan kira-kira 20,000 penyokong kembali di depan
menerusi jaringan Khairul Asyraf pada minit ke-79 melalui untuk menjadikan
kedudukan 2-1 dan ia kekal sehingga tamat permainan, sekali gus menghadiahkan
tiga mata berharga buat Perak.
Pada
perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala
Terengganu, T-Team mengikat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan keputusan
seri 2-2.
Skuad
kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu mempamerkan aksi cukup bertenaga bagi
memastikan mereka memperoleh satu mata berharga.
Pada
perlawanan itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan melalui
rembatan kencang Azlan Ismail pada minit-12.
Pasukan
ATM yang dikemudi bekas pemain Terengganu, Hairuddin Omar mengikat kedudukan
melalui jaringan cantik Nor Fazly Alias pada minit ke-38.
Pada
minit ke-59, pemain import ATM, Bruno Sebastian Marteloto menambah derita skuad
The Titans melalui sepakan deras ke gawang T-Team.
Skuad
ATM hampir menambah gol ketiga apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit
ke-66.
Bagaimanapun,
penjaga gol T-Team menghampakan sepakan penyerang import ATM, Juan Manuel
Arostegui.
Pemain
tengah T-Team, Khairan Ezuan muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan
pada minit ke-90.
Dalam
satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura, Lions
XII seri tanpa jaringan dengan Terengganu sementara Selangor terus mengukuhkan
cengkaman selepas menewaskan Sime Darby 2-1 pada aksi yang berlangsung di
Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Selangor
kini memimpin kedudukan liga dengan 9 mata.
www.kosmo.com.my
Formasi sama lagi...3-5-2 walaupun di awal Sepak Mula astro menjangkakan SD akan merubah Formasi ini Kerana Kelab Penyokong TRW Kota Bharu telah bersuara mintak Coach di beri kata dua.Namun SD memang tetap dengan pendirianya yang dia rasakan betul.Memang betul apa yang di katakan coach semua tahu pasal pasukannya.Betul ke? Apa yang penyokong rasakan malam ini telah terbukti.
Kelantan tewas sekali lagi dan buat kali ke dua dalam Liga Super 2014.Permaian dan tektik malam ni betul-betul macam budak sekolah.kenapa tidak cuba praktikkan tektikal lain semasa rest season? mungkin dengan perlawanan persahabatan boleh di uji cuba pelbagai formasi,dan bila liga sudah bermula pastikan tiada kalah paling teruk pun seri ini tidak 2 kali dah tewas.sebab apa yang di bimbangi oleh penyokong dan peminat malam ini menjadi kenyataan.Bukan kita nak kan kekkalahan tetapi kiekalahan ini telah membuka mata semua pihak termasuk SD yang mana dia kena cuba melaklukan sesuatu dengan lebih pantas sebelum kita terus tergolek ke bawah liga.Bila penyokong bersua bermakna mereka juga sudah nampak apa yang bakal berlaku sekiranya tektikal dan perancangan 3-5-2 di teruskan.Dengar cerita Tan Sri Haji Anuar musa bakal bertemu dengan semua pemain dan barisan kejurulatihan selepas game ini.Post mortem lah katakan.Kalau penyokong meluahkan mungkin SD tidak akan melayan tapi kalau barisan kejurulatihan dan pemain sendiri mintak mungkin akan di pertimbangkan..Ayuh semua kita bangkit!!!!!!!!
GO FOR MORE !!!!!!
No comments:
Post a Comment