Kota
Bharu: Kelantan terpaksa berhempas pulas untuk menjinakkan Sabah dengan
kemenangan tipis 2-1 bagi melayakkan diri ke suku akhir saingan Piala FA di
Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
Penyerang
gantian, Ahmad Shakir Ali menjadi penyelamat The Red Warriors (TRW) apabila
menjaringkan gol kemenangan tuan rumah di penghujung perlawanan.
Bermula
babak pertama, Kelantan beraksi garang apabila mula mengasak kubu Sabah seawal
minit ke-5 menerusi gerakan pemain Tengku Hasbullah Raja Hassan yang
melorongkan bola kepada penyerang import Mohamad Ghaddar namun percubaan pemain
Lubnan itu sedikit tersasar ke kiri gawang.
Minit
ke-13, tuan rumah terus garang, malah kali ini menerusi pemain tengah import,
Mohamed Shawky Aly yang merembat kencang dari luar kotak penalti namun
percubaannya itu sekadar menggegarkan palang gol.
Tiga
minit berselang, giliran pelawat mengatur serangan balas menerusi penyerang
muda, Rozaimi Abdul Rahman yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti
namun tersasar ke kiri gawang.
Minit
ke 22, Rozaimi sekali lagi berpeluang meletakkan Sabah di depan namun rembatan
kencangnya melepasi palang gol.
Bagaimanapun
di hujung babak pertama, tuan rumah berjaya memecah kebuntuan apabila Shawky
Aly menolak masuk ke gawang ketika berlaku kekalutan di dalam kotak penalti
sekali gus membolehkan Kelantan berada di depan sehingga tamat babak pertama.
Sepuluh
minit selepas babak kedua bermula, Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-55
menerusi jaringan ketua pasukan, Rosdin Wasli yang menolak masuk sepakan
percuma Mitrovic Srecko.
Minit
ke-72, penyerang gantian, Ahmad Shakir berpeluang menjaringkan gol kedua
Kelantan selepas menerima hantaran lintang Mohd Badhri Radzi namun percubaannya
tidak menemui sasaran. Ahmad Shakir sekali lagi mensia-siakan peluang terhidang
pada minit ke-82 untuk meletakkan Kelantan di depan apabila gagal menyudahkan
umpanan Ghaddar di dalam kotak penalti.
Bagaimanapun
peluang ketiga yang diperoleh Ahmad Shakir di hujung perlawanan dimanfaatkan
sepenuhnya pemain berkenaan yang merembat kencang bola muntah dari dakapan
penjaga gol, Irwan Jamil untuk memastikan kemenangan Kelantan.
www.hmetro.com.my
Kawe menantikan perubahan tektikal dari SD namun dia belum lagi menukar
tektikalnya.Kenapa dia taksub sangat dengan tektikal ini.Tektikal Juventus...hehhehe.Perlawanan malam ini ada sedikit perubahan dengan banyak juga hantaran pendek namun long pass masih ada.Mungkin ini kali pertama Mohd Shawky di masukkan dalam kesebelasan utama.Pemain ini namun begitu menonjol jika nak di bandingkan dengan Piya.Mungkin dia sedikit teruja dengan penampilan pertamanya,namun seorang lagi pemain adalah Mohd Syazwan di turunkan buat kali pertama untuk 2014.Penampilan Syazwan mungkin kerana Apek menerima anak sulung nya.Tahniah Apek supaya lebih bersemangat lagi dalam perjuangan.
Shawky di lihat sebagai pakar rembatan dari jauh,kalau dia kerap melakukannya tidak mustahil satu hari nanti dia bakal menemui jaringan.Perhatikan rembatannya pada minit ke 12 memang laju betul rembatannya cuma terkena palang dan melantung keluar semula.Kalau tahun lepas kita ada Zairul namun apa yang di tunjukkan oleh Shawky dia mungkin boleh melakukannya.Perlawanan pertama dan dia juga menjaringkan gol pertama Kelantan pada minit ke 44 separuh masa pertama.Selepas jaringan itu dia melakukan sujud syukur di padang.Satu contoh yang terpuji kerana itu mengambarkan dia seorang yang bagus dalam agama Islam.Sesuai dengan Kelantan kito.
Masuk separuh masa kedua kelantan bermula dengan baik namun usaha tanpa jemu yang di tunjukkan oleh Sabah bermain-matian menyerang dan menyerang dan akhirnya mereka menemui jaringan pernyamaan pada minit ke 54.Rozaimi memang kemas cara dia bermain dan penjaga gol sabah cukup liat untuk untuk di tewaskan.Kelantan cuba menjaringkan gol pada minit ke 91 masa kecederaan namun penjaga gol sabah sudah bersedia.Shakir Ali akhirnya menyambar bola rempatan Fakri yang terlepas dari tangkapan penjaga gol Sabah pada minit ke 95 bagi membolehkan Kelantan mara ke Suku Akhir dan yang tidak bestnya kita bakal berjumpa dengan Selangor PKNS yang telah mengalahkan kita pada perlawanan liga Super hari tuu.mampukah kita terus mara atau di gigit semut merah lagi sekali?
Ada beberapa pengulas sukan menyatakan yang penyokong Kelantan kurang pada malam ini dan ada yang mentafsirkannya sebab kalah dengan PKNS sebab tu kurang.Bafi kawe penyokong Kelantan tidak kira berapa pun mereka kena bayar sebab nak tengok bola mereka sanggup korbankan.Apa yang mereka nampak adalah permaian yang di tonjolkan dengan tektikal 3-5-2 serta pemilihan pemain gagal menarik minat mereka.Mereka akan kata mainan dop sedakk.Mereka juga akan kata kita tahu ramai yang keluar dari Kelantan tapi pemain yang ada kerana selalu di uji dengan berbagai cara permaian dan formasi dan kita tengok apa pemain boleh buat? Bukan kekal dan terus statik cuba benda yang sama.Penyokong Kelantan dulu di katakan kelas C namun mereka sudah lama tahu menilai permainan dan corak yang sesuai dengan pemain Kelantan.Tak caya try g tanya.mesti mereka sebut 3-5-2?
Walau apa pun kawe mintak lah ko SD acu try formasi lain banyak lagi lah wakk ada .4-4-2 ko 4-3-3 ko.Striker kito depan tu kaki gol saja kalau biar lama-lama takut karak payoh keno polish pulakk.Baiki permainan dan formasi ,Insyaallah hasilnya lagi baik.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment