KOTA
BHARU – The Red Warriors dimalukan di hadapan kira-kira 25,000 penyokong
sendiri selepas tewas 1-2 kepada PKNS dalam saingan Liga Super di Stadium
Sultan Mohammad Ke-IV, semalam.
Beraksi
di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong setia, babak pertama perlawanan
jelas dikuasai Kelantan yang garang melancarkan banyak gerakan berbahaya namun
dipatahkan dengan mudah benteng pertahanan pelawat.
Serangan
demi serangan pasukan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-30
apabila Kapten Pasukan, Badhri Radzi melakukan hantaran pendek sebelum ditanduk
masuk Ahmad Fakri Saraani.
Seminit
kemudian, tonggak import Kelantan, Mohammed Ghaddar mempersiakan peluang untuk
menambah jaringan selepas rembatannya sekadar melintasi gawang gol PKNS biarpun
penjaga gol Mohd. Ramezey Che Ros sudahpun tertewas ketika itu.
Tersentak
dengan jaringan awal tuan rumah, pelawat kembali bangkit dengan meledakkan gol
penyamaan menerusi kapten pasukan, Mohd. Fauzan Dzulkifli untuk mengikat
kedudukan 1-1 pada minit ke-39.
Kerapuhan
benteng pertahanan The Red Warriors semakin ketara apabila pasukan pelawat
berjaya menambah jaringan dua minit kemudian menerusi lorongan mudah Mohd.
Aminuddin Mohd. Noor yang hanya perlu berdepan Khairul Fahmi Che Mat sekali gus
menutup aksi babak pertama berpihak kepada PKNS.
Sebaik
sahaja babak kedua bersambung, pelawat dilihat semakin garang menerusi rembatan
kencang perancang tengah mereka Mohd. Nazmi Faiz Mansor namun berjaya ditepis
keluar oleh Khairul Fahmi pada minit ke-46.
Kelantan
pula kembali menggandakan asakan dan berjaya memperoleh dua peluang terbaik
untuk mendapatkan jaringan pada minit ke-52 dan 56, namun rembatan deras
Francis Forkey Doe gagal menepati sasaran.
Minit
ke-58, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pula terlepas peluang meledak jaringan
penyamaan apabila sepakannya melewati palang walaupun pintu gol sudah pun
ternganga.
www.utusan.com.my
Home Game di, THIS IS Kota Bharu.Kesebelasan utama Kelantan adalah sama seperti ketika bertemu dengan Sarawak.Dengan ketiadaan Amarulhiddan Kelantan mengekalkan Zairul Fitree dan Shawky akan berada di tengah bersama Piya.Perlawanan ini di siarkan secara lansung oleh Astro.Permulaan masa pertama Kelantan banyak melakukan serangan tetapi cara serangan kelantan tidak segagah mana kerana pertahanan PKNS mengamalkan tahap disiplin dan mudah membaca gerakkan kelantan.Apa masalah serangan kelantan yang menghantar bola dari pertahanan dan terus mencari target man iaitu striker.Kenapa tak susun serangan dari bawah sampai ke atas dengan gerakkan short pass.kenapa perlu terus di hantar ke hadapan? ke sebab memang tektikal SD macam tu?Striker kita bukannya tahap EPL yang boleh mengelecek semua pertahanan lawan.
Bermain di tempat sendiri dari 2 perlawanan lalu namun SD masih mahu mngekalkan corak yang sama dan permaian ini sama dengan corak pemainan budak sekolah kan.Sebab apa ? tiada gerakkan yang tersusun.Memang kita tahu ketiadaan Amarulhiddan dan Shawky tetapi apa salahnya kita cuba tektikal lain.kalau takut di bolosi guna sahaja 5-3-2.ramaikan di bahagian bawah.Kalau kita biasa bermain PS2 cuba pakai formasi SD 3-5-2 tgk apa jadi.kalau main piala confirm group stage pun x lepas.Nak tahu cubalah.Biasanya Juventus pakar dalam formasi ini.Sejak 2009 kelantan biasa bermain 4-4-2.Kalau kita kalah dengan aksi yang baik dan menghiburkan tak ada pun orang akan marah kerana penyokong tahu pemain dah bertungkus lumus.tetapi kalau kalah macam perlawanan malam tadi kawe pun lepar jersi...kalah tempat sendiri satu hal,kalah pula dengan pemainan corak budak sekolah menenengah.Jangan salahkan penyokong kalau stadium akan suram lepas ni.Bukan senang nak bangkit dengan kehilangan beberapa pemain utama.Tetapi pemain yang ada kena berusah berlipat kali ganda untuk mencapai level terbaik.Pemain yang ada tahun ni pun bukan calang-calang.Kita kena cari rempah mana yang boleh melazatkan hidangan kita.SD kena cari ramuan lain.Masakkan anda tidak sedap...Ayuh bangkitlah Pahlawan Merah....Bangkitlah

GO FOR MORE
No comments:
Post a Comment