Lupakan dulu sukan bolasepak.Tahun lepas kawe telah meyertai Jelajah Basikal Harian Metro.Diadakan di marang terengganu.Acara ini adalah off road bermakna dalam bahasa biasa ia di sebut main basikal dalam rook.Tapi mungkin di sebabkan ianya adalah Grand Prix bermakna track yang di buat memang mencabar sampaikan peserta-peserta lain pun mengatakan track di Terengganu ini adalah yang paling mencabar.
Daftar sahaja kita akan dapat beg,no plate basikal,baju dan bekas air.Tapi bekas air kawe bagi kat Lutfi sebab dia nak bagi kat anak dia.Kira ok lah kan.Tracknya bermula dari Marang dan terus menaiki bukit ke bukit sampailah ke Bukit Mawi yang di katakan paling tinggi dengan kayuhan 90 darjah.Perhhh memang gila lahh.
Kalau nak ikutkan dengan basikal baru aku Fuji tuu.inilah kali pertama di turnkan ke track.Kalau anda dengan basikal yang baru di beli tetapi terus masuk event off road macam mana rasanya? syangkan tapi nak buat macam mana dah trainning kenalah test kan.Tapi kan kawe rasa memang x cukup ilmu lagi lah mungkin sebab basikal baru.lagipun nak pakai paddle klip tak berani sebab off road mungkin next event kena test pakai paddle klip pulakk.
Beginilah aksi kawe setelah sampai di garisan penamat.Tengok basikal sedih wehhh kotor sangat-2.Bila kita sampai kita akan dapat satu maddle dan inilah maddle pertama dari Fuji dan setelah di buat post mortem kawe tidak sempat menukar paddle klip kepada paddle biasa dan kasut yang kawe pakai pun agak licin bila masuk dalam air dan lumpur.penat memang lah bukan kepalang tapi kepuasan tu penting.
berjaya jugak mendapat pingat hasil kayuahan ini.first time dalam sejarah hidup berkayuh dapat pingat mungkin ini bakal manaikkan semagat kawe untuk terus berkayuh.Insyaallah ada event kalau betul dengan masa dan kepalangan kawe akan masuk.
Ada beberapa group basikal yang memuat naik video semasa event ini berlansung.Kalian lihatlah sendiri macam mana tracknya.Best memang Best.kalau ada memang nak masuk lagi...harap kali ini tak ada lagi kesilapan teknikal dari kawe....huhuhuu
BARISAN
muda Perak melakar kejutan apabila mengecewakan pasukan berstatus elit,
Kelantan 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.
Pemain
gantian Perak, Khairul Asyraf Sahizah muncul wira apabila menjaringkan gol
kemenangan pasukannya pada minit ke-79.
Jaringan
tersebut terus mematikan langkah Kelantan yang berhasrat untuk membawa pulang
sekurang-kurangnya satu mata dari Ipoh.
Pada
perlawanan tersebut, Kelantan bermula garang dan tidak menunggu lama untuk
menguji gawang tuan rumah menerusi sepakan percuma kapten, Mohd. Badri Radzi.
namun percubaannya berjaya ditepis keluar penjaga gol Perak, Razi Effendi.
Pelawat
sekali lagi memiliki peluang pada minit kesembilan menerusi Mohamed Shawky,
namun Razi sekali lagi bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan tersebut.
Selang
dua minit, pemain sayap The Bos Gaurus, Muhamad Ridzuan pula melepaskan
percubaan deras namun ia sedikit tersasar.
Tanpa
kehadiran ayam tambatan yang merupakan kapten pasukan bawah 23 tahun Myanmar,
Kyaw Zayar Win yang digantung perlawanan, ia tidak merencatkan perencanaan
skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu.
Skuad
Seladang akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-12 apabila Ahmad
Shukri berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol pertama Perak.
Gol
tersebut diperoleh selepas berlaku salah faham antara pertahanan Kelantan yang
gagal mengeluarkan bola hasil sepakan penjuru Mohd. Noor Hazrul.
Tersentak
dengan jaringan itu Kelantan menggandakan asakan ke kubu tuan rumah dan
memperoleh peluang pada minit ke-22 menerusi sepakan gunting Ahmad Fakri
Saarani namun Razi tenang menafikannya.
Sebaik
babak kedua bermula, kedudukan sudah berubah dan Kelantan berjaya menyamakan
kedudukan 1-1 menerusi jaringan Mohamed Shawky pada minit ke-55.
Gol
tersebut melonjakkan semangat pemain Kelantan yang terus mengasak kubu pasukan
tuan rumah, namun jentera pertahanan Perak bijak bertahan.
Tuan
rumah yang mendapat sokongan kira-kira 20,000 penyokong kembali di depan
menerusi jaringan Khairul Asyraf pada minit ke-79 melalui untuk menjadikan
kedudukan 2-1 dan ia kekal sehingga tamat permainan, sekali gus menghadiahkan
tiga mata berharga buat Perak.
Pada
perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala
Terengganu, T-Team mengikat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan keputusan
seri 2-2.
Skuad
kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu mempamerkan aksi cukup bertenaga bagi
memastikan mereka memperoleh satu mata berharga.
Pada
perlawanan itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan melalui
rembatan kencang Azlan Ismail pada minit-12.
Pasukan
ATM yang dikemudi bekas pemain Terengganu, Hairuddin Omar mengikat kedudukan
melalui jaringan cantik Nor Fazly Alias pada minit ke-38.
Pada
minit ke-59, pemain import ATM, Bruno Sebastian Marteloto menambah derita skuad
The Titans melalui sepakan deras ke gawang T-Team.
Skuad
ATM hampir menambah gol ketiga apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit
ke-66.
Bagaimanapun,
penjaga gol T-Team menghampakan sepakan penyerang import ATM, Juan Manuel
Arostegui.
Pemain
tengah T-Team, Khairan Ezuan muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan
pada minit ke-90.
Dalam
satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura, Lions
XII seri tanpa jaringan dengan Terengganu sementara Selangor terus mengukuhkan
cengkaman selepas menewaskan Sime Darby 2-1 pada aksi yang berlangsung di
Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Selangor
kini memimpin kedudukan liga dengan 9 mata.
www.kosmo.com.my
Formasi sama lagi...3-5-2 walaupun di awal Sepak Mula astro menjangkakan SD akan merubah Formasi ini Kerana Kelab Penyokong TRW Kota Bharu telah bersuara mintak Coach di beri kata dua.Namun SD memang tetap dengan pendirianya yang dia rasakan betul.Memang betul apa yang di katakan coach semua tahu pasal pasukannya.Betul ke? Apa yang penyokong rasakan malam ini telah terbukti.
Kelantan tewas sekali lagi dan buat kali ke dua dalam Liga Super 2014.Permaian dan tektik malam ni betul-betul macam budak sekolah.kenapa tidak cuba praktikkan tektikal lain semasa rest season? mungkin dengan perlawanan persahabatan boleh di uji cuba pelbagai formasi,dan bila liga sudah bermula pastikan tiada kalah paling teruk pun seri ini tidak 2 kali dah tewas.sebab apa yang di bimbangi oleh penyokong dan peminat malam ini menjadi kenyataan.Bukan kita nak kan kekkalahan tetapi kiekalahan ini telah membuka mata semua pihak termasuk SD yang mana dia kena cuba melaklukan sesuatu dengan lebih pantas sebelum kita terus tergolek ke bawah liga.Bila penyokong bersua bermakna mereka juga sudah nampak apa yang bakal berlaku sekiranya tektikal dan perancangan 3-5-2 di teruskan.Dengar cerita Tan Sri Haji Anuar musa bakal bertemu dengan semua pemain dan barisan kejurulatihan selepas game ini.Post mortem lah katakan.Kalau penyokong meluahkan mungkin SD tidak akan melayan tapi kalau barisan kejurulatihan dan pemain sendiri mintak mungkin akan di pertimbangkan..Ayuh semua kita bangkit!!!!!!!!
Kota
Bharu: Kelantan terpaksa berhempas pulas untuk menjinakkan Sabah dengan
kemenangan tipis 2-1 bagi melayakkan diri ke suku akhir saingan Piala FA di
Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
Penyerang
gantian, Ahmad Shakir Ali menjadi penyelamat The Red Warriors (TRW) apabila
menjaringkan gol kemenangan tuan rumah di penghujung perlawanan.
Bermula
babak pertama, Kelantan beraksi garang apabila mula mengasak kubu Sabah seawal
minit ke-5 menerusi gerakan pemain Tengku Hasbullah Raja Hassan yang
melorongkan bola kepada penyerang import Mohamad Ghaddar namun percubaan pemain
Lubnan itu sedikit tersasar ke kiri gawang.
Minit
ke-13, tuan rumah terus garang, malah kali ini menerusi pemain tengah import,
Mohamed Shawky Aly yang merembat kencang dari luar kotak penalti namun
percubaannya itu sekadar menggegarkan palang gol.
Tiga
minit berselang, giliran pelawat mengatur serangan balas menerusi penyerang
muda, Rozaimi Abdul Rahman yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti
namun tersasar ke kiri gawang.
Minit
ke 22, Rozaimi sekali lagi berpeluang meletakkan Sabah di depan namun rembatan
kencangnya melepasi palang gol.
Bagaimanapun
di hujung babak pertama, tuan rumah berjaya memecah kebuntuan apabila Shawky
Aly menolak masuk ke gawang ketika berlaku kekalutan di dalam kotak penalti
sekali gus membolehkan Kelantan berada di depan sehingga tamat babak pertama.
Sepuluh
minit selepas babak kedua bermula, Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-55
menerusi jaringan ketua pasukan, Rosdin Wasli yang menolak masuk sepakan
percuma Mitrovic Srecko.
Minit
ke-72, penyerang gantian, Ahmad Shakir berpeluang menjaringkan gol kedua
Kelantan selepas menerima hantaran lintang Mohd Badhri Radzi namun percubaannya
tidak menemui sasaran. Ahmad Shakir sekali lagi mensia-siakan peluang terhidang
pada minit ke-82 untuk meletakkan Kelantan di depan apabila gagal menyudahkan
umpanan Ghaddar di dalam kotak penalti.
Bagaimanapun
peluang ketiga yang diperoleh Ahmad Shakir di hujung perlawanan dimanfaatkan
sepenuhnya pemain berkenaan yang merembat kencang bola muntah dari dakapan
penjaga gol, Irwan Jamil untuk memastikan kemenangan Kelantan.
www.hmetro.com.my
Kawe menantikan perubahan tektikal dari SD namun dia belum lagi menukar
tektikalnya.Kenapa dia taksub sangat dengan tektikal ini.Tektikal Juventus...hehhehe.Perlawanan malam ini ada sedikit perubahan dengan banyak juga hantaran pendek namun long pass masih ada.Mungkin ini kali pertama Mohd Shawky di masukkan dalam kesebelasan utama.Pemain ini namun begitu menonjol jika nak di bandingkan dengan Piya.Mungkin dia sedikit teruja dengan penampilan pertamanya,namun seorang lagi pemain adalah Mohd Syazwan di turunkan buat kali pertama untuk 2014.Penampilan Syazwan mungkin kerana Apek menerima anak sulung nya.Tahniah Apek supaya lebih bersemangat lagi dalam perjuangan.
Shawky di lihat sebagai pakar rembatan dari jauh,kalau dia kerap melakukannya tidak mustahil satu hari nanti dia bakal menemui jaringan.Perhatikan rembatannya pada minit ke 12 memang laju betul rembatannya cuma terkena palang dan melantung keluar semula.Kalau tahun lepas kita ada Zairul namun apa yang di tunjukkan oleh Shawky dia mungkin boleh melakukannya.Perlawanan pertama dan dia juga menjaringkan gol pertama Kelantan pada minit ke 44 separuh masa pertama.Selepas jaringan itu dia melakukan sujud syukur di padang.Satu contoh yang terpuji kerana itu mengambarkan dia seorang yang bagus dalam agama Islam.Sesuai dengan Kelantan kito.
Masuk separuh masa kedua kelantan bermula dengan baik namun usaha tanpa jemu yang di tunjukkan oleh Sabah bermain-matian menyerang dan menyerang dan akhirnya mereka menemui jaringan pernyamaan pada minit ke 54.Rozaimi memang kemas cara dia bermain dan penjaga gol sabah cukup liat untuk untuk di tewaskan.Kelantan cuba menjaringkan gol pada minit ke 91 masa kecederaan namun penjaga gol sabah sudah bersedia.Shakir Ali akhirnya menyambar bola rempatan Fakri yang terlepas dari tangkapan penjaga gol Sabah pada minit ke 95 bagi membolehkan Kelantan mara ke Suku Akhir dan yang tidak bestnya kita bakal berjumpa dengan Selangor PKNS yang telah mengalahkan kita pada perlawanan liga Super hari tuu.mampukah kita terus mara atau di gigit semut merah lagi sekali?
Ada beberapa pengulas sukan menyatakan yang penyokong Kelantan kurang pada malam ini dan ada yang mentafsirkannya sebab kalah dengan PKNS sebab tu kurang.Bafi kawe penyokong Kelantan tidak kira berapa pun mereka kena bayar sebab nak tengok bola mereka sanggup korbankan.Apa yang mereka nampak adalah permaian yang di tonjolkan dengan tektikal 3-5-2 serta pemilihan pemain gagal menarik minat mereka.Mereka akan kata mainan dop sedakk.Mereka juga akan kata kita tahu ramai yang keluar dari Kelantan tapi pemain yang ada kerana selalu di uji dengan berbagai cara permaian dan formasi dan kita tengok apa pemain boleh buat? Bukan kekal dan terus statik cuba benda yang sama.Penyokong Kelantan dulu di katakan kelas C namun mereka sudah lama tahu menilai permainan dan corak yang sesuai dengan pemain Kelantan.Tak caya try g tanya.mesti mereka sebut 3-5-2?
Walau apa pun kawe mintak lah ko SD acu try formasi lain banyak lagi lah wakk ada .4-4-2 ko 4-3-3 ko.Striker kito depan tu kaki gol saja kalau biar lama-lama takut karak payoh keno polish pulakk.Baiki permainan dan formasi ,Insyaallah hasilnya lagi baik.
KOTA
BHARU – The Red Warriors dimalukan di hadapan kira-kira 25,000 penyokong
sendiri selepas tewas 1-2 kepada PKNS dalam saingan Liga Super di Stadium
Sultan Mohammad Ke-IV, semalam.
Beraksi
di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong setia, babak pertama perlawanan
jelas dikuasai Kelantan yang garang melancarkan banyak gerakan berbahaya namun
dipatahkan dengan mudah benteng pertahanan pelawat.
Serangan
demi serangan pasukan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-30
apabila Kapten Pasukan, Badhri Radzi melakukan hantaran pendek sebelum ditanduk
masuk Ahmad Fakri Saraani.
Seminit
kemudian, tonggak import Kelantan, Mohammed Ghaddar mempersiakan peluang untuk
menambah jaringan selepas rembatannya sekadar melintasi gawang gol PKNS biarpun
penjaga gol Mohd. Ramezey Che Ros sudahpun tertewas ketika itu.
Tersentak
dengan jaringan awal tuan rumah, pelawat kembali bangkit dengan meledakkan gol
penyamaan menerusi kapten pasukan, Mohd. Fauzan Dzulkifli untuk mengikat
kedudukan 1-1 pada minit ke-39.
Kerapuhan
benteng pertahanan The Red Warriors semakin ketara apabila pasukan pelawat
berjaya menambah jaringan dua minit kemudian menerusi lorongan mudah Mohd.
Aminuddin Mohd. Noor yang hanya perlu berdepan Khairul Fahmi Che Mat sekali gus
menutup aksi babak pertama berpihak kepada PKNS.
Sebaik
sahaja babak kedua bersambung, pelawat dilihat semakin garang menerusi rembatan
kencang perancang tengah mereka Mohd. Nazmi Faiz Mansor namun berjaya ditepis
keluar oleh Khairul Fahmi pada minit ke-46.
Kelantan
pula kembali menggandakan asakan dan berjaya memperoleh dua peluang terbaik
untuk mendapatkan jaringan pada minit ke-52 dan 56, namun rembatan deras
Francis Forkey Doe gagal menepati sasaran.
Minit
ke-58, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pula terlepas peluang meledak jaringan
penyamaan apabila sepakannya melewati palang walaupun pintu gol sudah pun
ternganga.
www.utusan.com.my
Home Game di, THIS IS Kota Bharu.Kesebelasan utama Kelantan adalah sama seperti ketika bertemu dengan Sarawak.Dengan ketiadaan Amarulhiddan Kelantan mengekalkan Zairul Fitree dan Shawky akan berada di tengah bersama Piya.Perlawanan ini di siarkan secara lansung oleh Astro.Permulaan masa pertama Kelantan banyak melakukan serangan tetapi cara serangan kelantan tidak segagah mana kerana pertahanan PKNS mengamalkan tahap disiplin dan mudah membaca gerakkan kelantan.Apa masalah serangan kelantan yang menghantar bola dari pertahanan dan terus mencari target man iaitu striker.Kenapa tak susun serangan dari bawah sampai ke atas dengan gerakkan short pass.kenapa perlu terus di hantar ke hadapan? ke sebab memang tektikal SD macam tu?Striker kita bukannya tahap EPL yang boleh mengelecek semua pertahanan lawan.
Bermain di tempat sendiri dari 2 perlawanan lalu namun SD masih mahu mngekalkan corak yang sama dan permaian ini sama dengan corak pemainan budak sekolah kan.Sebab apa ? tiada gerakkan yang tersusun.Memang kita tahu ketiadaan Amarulhiddan dan Shawky tetapi apa salahnya kita cuba tektikal lain.kalau takut di bolosi guna sahaja 5-3-2.ramaikan di bahagian bawah.Kalau kita biasa bermain PS2 cuba pakai formasi SD 3-5-2 tgk apa jadi.kalau main piala confirm group stage pun x lepas.Nak tahu cubalah.Biasanya Juventus pakar dalam formasi ini.Sejak 2009 kelantan biasa bermain 4-4-2.Kalau kita kalah dengan aksi yang baik dan menghiburkan tak ada pun orang akan marah kerana penyokong tahu pemain dah bertungkus lumus.tetapi kalau kalah macam perlawanan malam tadi kawe pun lepar jersi...kalah tempat sendiri satu hal,kalah pula dengan pemainan corak budak sekolah menenengah.Jangan salahkan penyokong kalau stadium akan suram lepas ni.Bukan senang nak bangkit dengan kehilangan beberapa pemain utama.Tetapi pemain yang ada kena berusah berlipat kali ganda untuk mencapai level terbaik.Pemain yang ada tahun ni pun bukan calang-calang.Kita kena cari rempah mana yang boleh melazatkan hidangan kita.SD kena cari ramuan lain.Masakkan anda tidak sedap...Ayuh bangkitlah Pahlawan Merah....Bangkitlah
KUCHING– Jaringan tunggal penyerang import, Francis
Forkey Doe pada penghujung perlawanan memastikan The Red Warriors meraih tiga
mata ke atas Sarawak dalam aksi kedua saingan Liga Super yang berlangsung di
Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.
Forkey
Doe atau terkenal dengan jolokan The Predator muncul selaku wira Kelantan
apabila tenang menolak gol pada minit ke-90 sekali gus mengecewakan hampir
15,000 penyokong tuan rumah ketika kedua-dua pasukan dilihat hampir pasti
berkongsi mata dalam perlawanan tersebut.
Kemenangan
tipis ke atas juara Liga Premier musim lalu itu membolehkan Kelantan memimpin
saingan liga buat pertama kali dan muncul pasukan tunggal dengan rekod tanpa
kalah setelah mengharungi dua perlawanan setakat ini.
Apa
pun, Sarawak yang melakukan sepak mula memperoleh peluang seawal minit keempat
untuk mengejutkan Kelantan namun lambungan pemain tengah, Mohd Lot Abu Hassan
yang berjaya memperdayakan benteng pertahanan mudah dibaca penjaga gol, Khairul
Fahmi Che Mat.
Tiga
minit berselang, tuan rumah sekali lagi mencemaskan gawang Kelantan menerusi
sepakan penjuru Mohd Lot namun tandukan penyerang import dari Serbia, Milorad
Janjus gagal menepati sasaran.
Kelantan
yang tersentak dengan dua percubaan awal tuan rumah akhirnya kembali menemui
rentak permainan sebenar pada minit ke-10 namun percubaan Forkey Doe hasil
lontaran ke dalam oleh Zairul Fitree Ishak tinggi melewati palang.
Menerusi
satu gerakan cantik dua minit kemudian, Kelantan sekali lagi berpeluang apabila
Ahmad Fakri Saarani bijak mengumpan bola buat Mohamad Ghaddar namun pemain
kebangsaan Lubnan itu lambat menolak kepada Forkey Doe.
Seminit
kemudian, giliran Ahmad Fakri pula terlepas peluang untuk meletakkan bola ke
dalam gawang Bujang Senang setelah bola rembatannya berpunca hantaran lintang
Zairul Fitree diselamatkan pertahanan tengah Sarawak, Ronny Harun.
Tuan
rumah bagaimana pun bangkit memberi saingan selepas itu menerusi dua peluang
keemasan mereka pada minit ke-20 dan 22 namun rembatan Janjus terlalu mudah
buat Khairul Fahmi.
Peluang
buat Kelantan hadir pada minit ke-25 namun percubaan Mohamad Ghaddar serong di
sebelah kanan disusuli seminit kemudian, tandukan Forkey Doe hasil hantaran silang
Tengku Hasbullah Raja Hassan melantun ke tanah lebih awal sebelum di selamatkan
penjaga gol Sarawak, Sani Anuar Kamsani.
Aksi
pada minit ke-30 turut mendebarkan apabila Ketua Pasukan Sarawak, Joseph Kalang
Tie memperdayakan pertahanan Kelantan, Mohd Farisham Ismail dan Zairul Fitree
namun rembatan kaki kanannya tinggi melewati gawang.
Kapten
Kelantan, Mohd Badhri Radzi kembali membalas serangan tuan rumah enam minit
kemudian apabila menewaskan tiga pemain lawan namun percubaannya di luar kotak penalti
tersasar biar pun Forkey Doe berada pada kedudukan terbaik untuk menghasilkan
jaringan.
Dua
minit sebelum babak pertama berakhir, stadium bergegar dengan sorakan penyokong
tuan rumah apabila Joseph Kalang menanduk masuk umpanan pendek Alireza Abbasfard
di dalam kotak penalti namun dibatalkan oleh pengadil setelah beliau berada
dalam kedudukan ofsaid.
Cerita
babak kedua menampilkan skrip yang sama apabila kedua-dua pasukan terus buntu
untuk memecahkan kebuntuan meski pun Kelantan lebih awal mengancam tuan rumah
menerusi hantaran lambung Mohamad Ghaddar yang gagal disambar Forkey Doe pada
minit ke-51.
Nasib
malang menimpa Forkey Doe empat minit kemudian, apabila beliau dilayangkan kad
kuning setelah menyepak bola masuk walau pun pengadil, Mohd Nafeez Abd Wahab
meniupkan wisel lebih awal menandakan penyerang kebangsaan Liberia itu berada
dalam kedudukan ofsaid.
Selepas
itu, penguasaan perlawanan menjadi milik tuan rumah namun Janjus mensia-siakan
peluang terhidang untuk mengotakan janjinya meledak dalam perlawanan malam tadi
apabila tandukannya sedikit tersasar setelah menerima hantaran daripada Mohd
Lot pada minit ke-65.
Empat
minit kemudian, Kelantan hampir menamatkan kebuntuan jaringan apabila Forkey
Doe mendada kemas bola hantaran lambung Ahmad Fakri tetapi belum sempat beliau
melepaskan rembatan, penjaga gawang Sarawak lebih pantas menerpa menyelamatkan
keadaan.
Menuju
minit ke-73, pengendali Sarawak, Robert Alberts sekali lagi gigit jari untuk
melihat pasukannya meraikan jaringan apabila tandukan Alireza gagal menewaskan
Khairul Fahmi ketika simulasi Ashri Chuchu yang merebahkan badannya di dalam
kotak penalti sebelum itu gagal mendapat ihsan daripada pengadil.
Terdesak
untuk mendapatkan jaringan, jurulatih kelahiran Belanda itu memasukkan Zamri
Morshidi dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-77 dan 81 dan percaturan
tersebut berjaya menghidupkan kembali corak serangan mereka.
Hasilnya,
seminit kemudian, Akmal Rizal bijak melakukan hantaran lintang cantik dari
sebelah kanan gawang Kelantan namun Janjus terus gagal menolak masuk gol untuk
pasukannya.
Ketika
perlawanan seakan berkesudahan seri tanpa jaringan, muncul Mohd Badhri yang
melorongkan bola kepada Mohamad Ghaddar yang berjaya mengelirukan Ronny Harun
di dalam kotak penalti.
Kesudahannya,
Sani Anuar tersalah langkah apabila tindakannya meluru keluar diperhatikan
Mohamad Ghaddar yang terus menolak bola kepada Forkey Doe sebelum bekas
penyerang import Selangor musim lalu itu tenang merembat masuk ke gawang tuan
rumah untuk memastikan tiga mata dibawa pulang pasukannya ke Kota Bharu.
Kesebelasan
utama pemain :
SARAWAK
– Sani Anuar Kamsani, Mohd Hairol Mokhtar, Gabor Gyepes, Ronny Harun, Ramesh
Lai Ban Huat, Mohd Lot Abu Hassan (Reeshafiq Alwi), Junior Eldstal, Ashri
Chuchu (Zamri Morshidi), Joseph Kalang Tie (KP), Alireza Abbasfard (Akmal Rizal
Ahmad Rakhli) dan Milorad Janjus.
FORMASI
: 4-4-2
KELANTAN
– Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Obinna Nwaneri, Mohd
Farisham Ismail, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Muhammad Nazri Ahmad (Ahmad
Shakir Md Ali), Mohd Badhri Radzi (KP), Zairul Fitree Ishak (Wan Zaharulnizam
Wan Zakaria), Mohamad Ghaddar, Ahmad Fakri Saarani dan Francis Forkey Doe.
FORMASI
: 3-5-2
STATISTIK
PERLAWANAN
Percubaan
tepat : Sarawak (3) Kelantan (4)
Percubaan
tersasar : Sarawak (4) Kelantan (6)
Sepakan
penjuru : Sarawak (6) Kelantan (1)
Sepakan
percuma : Sarawak (13) Kelantan (10)
Ofsaid
: Sarawak (7) Kelantan (2)
Kekasaran
: Sarawak (4) Kelantan (10)
Kad
kuning : Sarawak (Milorad Janjus) Kelantan (Muhammad Nazri Ahmad, Francis
Forkey Doe dan Ahmad Fakri Saarani)
Kad
merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa
tambahan :Lima minit
Penguasaan
bola : Sarawak (53%) Kelantan (47%)
PEGAWAI
PERLAWANAN
Pengadil
: Mohd Nafeez Abd Wahab
Penolong
Pengadil 1: Mohd Shahreen Che Omar
Penolong
Pengadil 2: Mohd Abd Suki Abd Said
Pegawai
Keempat : Tiong Eng Tai
Kommissioner
Perlawanan : Junaidi Ahmad
Penilai
Pengadil : Ahmad Khalidi Supian
General
Koordinator : Othman Sulaiman
www.sinarharian.com.my
Pada perlawanan yang di siarkan dalam Astro arena ini.Mungkin ada beberapa kelemahan dar segi tektikal Kelantan.3-5-2.Forke Doe dan Ghaddar x beberapa serasi dan kerana banyak gerakan menjadi sia-sia.manakala Flange sebelah kanan adalah Fakri dan Tg Hasbullah.Memang tugas berat kerana mereka kena bertindak dua tugas.satu adalah winger dan satu lagi right dan left back.Mereka pula bila bertindak sebagai winger mereka tidak ke hadapan tetapi cuba masuk melalui tengah.Banyak sangat pergerakan menjadi terbantut kerana tersekat di pertengahan.
Piya memang hilang terus.Dengan hantaran pantas dan pendek memang sukar untuk Piya menjalankan tugasnya seperti biasa.Piya menjadi kurang fasih dan tidak selesa bila bermain formasi ini.Piya nampak seolah-olah lebih banyak ke belakang.SD perlu sedar perkara ni.Kita mempunyai kelebihan dari segi midfield tengah.Nazri juga kena mainan peranan yang lebih lagi dari apa yang di berikan semalam.menggunakan formasi dengan corak serangan pada malam ini dan terbukti jaringan hanya dapat di hasilkan pada minit ke 90'.Tidak rasa teruk ke?Tu lawan Sarawak yang baru nak menemui rentak mereka.Tapi kalau lawan pasukan yang dah serasi macam mn? Macam x sesuai jer formasi nii.Zairul fitree bertindak sbg Holding Midfielder atau pun Defensive midfielder tapi jarang-jarang dia ambil tempat Fakri.Tetapi apabila dia di keluarkan Fakri pula menggantikannya.Boleh ke Fakri Main di posisi tu,memang dia rajin tapi bila di depan.bila berada di tengah nampak macam susah pula dia nak bertindak untuk bertahan.Entah lah,kawe nak baca susunan player pun agak rumit kerana setiap pemain perlu bertindak untuk 2 posisi.Memenatkan? memang perkara ini boleh memmenatkan pemain dan faktor fitness perlu di utamakan.
Apabila kita perhatikan Poknik aka Nik Shahrul Azim dia kena berkerja lebih di bahagian kanan dia macam x berpuas hati mungkin Tg Hasbullah lambat untuk turun.Sudah 2 game kawe perhatikan Tg nii.Dia nak masuk bola ke tangah memang x lepas dan gerakkan dia pun macam pertahanan lawan dah boleh baca.Susah nak menguasai formasi ni.Terus kawe katakan.Kalau di baca kelebihan formasi ini kita perlu bermain laju dengan hantaran pendek dan pantas tapi ini tidak terjadi.Kenapa pertahanan kita perlu selalu hantar bola kepada striker terus tanpa melalui pemain tengah? Ala-ala Inggeris lah Klate kito nii.nampak macam best bila attack ada 7 pemain dan bila defend kito ada 8 pemain tapi ini tak berlaku.Kita serahlah kepada coach macam mana dia nak mengcorakkan Klate 2014.