DR VIDA |
DATUK
Seri Hasmiza Othman atau Dr Vida menganggap jati diri pemain Kelantan tidak
berubah meskipun pasukan itu bakal tampil dengan kelainan, apabila menggunakan
jersi baharu berwarna merah jambu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim
ini.
Penasihat
Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu, turut mempertahankan
tindakannya menukar warna tradisi bukanlah bertujuan untuk merosakkan identiti
pasukan yang sinonim dengan gelaran Pahlawan Merah itu.
“Warna
hanya terletak pada jersi sahaja dan percayalah, jati diri pasukan Kelantan
tidak akan berubah. Yang berubah adalah warnanya, yang (perkara) lain kekal
seperti sedia kala.
“Pemain
yang berada di padang tetap akan berjuang atas nama Kelantan dan semua orang
tahu pemain sentiasa bermain kerana semangat dan maruah negeri ini,” katanya
kepada Sinar Harian semalam.
Pengasas
Vida Beauty itu memberitahu, tidak ada salahnya pasukan Kelantan memakai jersi
berwarna merah jambu kerana kelab terbaik dunia seperti Real Madrid juga
menggunakan warna yang sama.
Menurutnya,
beliau percaya skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors akan tampil menjadi
pasukan yang disegani untuk mencabar kejuaraan pada musim memandangkan warna
merah jambu memiliki aura tersendiri.
“Orang
mungkin cakap warna merah jambu ini lembut, tetapi kita kena ingat dalam lembut
itu ada kekuatan tersembunyi. Itu yang saya cuba transformasikan untuk pasukan
Kelantan pada musim ini,” katanya.
www.sinarharian.com.my
Kelantan dah daftarkan warna merah sebagai warna jersi bagi tahun tahun 2016 untuk home jersi yang mendapat tajaan dari Nike dan warna putih dan biru bagi away jersi dan warna pink untuk 2nd home jersi.habis macam mana ni?kita ikut apa kata kapten marbel..PIYA:
HARAP TIMBANG CADANGAN
WARNA JERSI
JENERAL
padang Kelantan, Mohd Badhri Radzi berharap pengasas Vida Beauty, Datuk Seri
Hasmiza Othman menimbang semula cadangan menggunakan warna merah jambu pada
jersi rasmi skuad sepanjang Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Bagi
Kapten Kelantan itu, dia mengakui merah merupakan warna tradisi skuad tersebut
dan ia cukup sinonim dengan penampilan skuad pantai timur itu sejak berpuluh
tahun lalu.
Bukan
itu sahaja, pemain dikenali dengan panggilan Piya itu memberitahu, warna merah
melambangkan semangat kental Kelantan selain menghadirkan rasa gerun kepada
pasukan lawan.
“Sejujurnya,
kami tidak kisah pun kalau penaja mahu meneruskan hasrat menggunakan jersi
berwarna merah jambu. Tetapi kalau bolehlah warna merah kena ada juga pada
jersi utama itu nanti.
“Kalau
kita gabungkan warna merah dengan merah jambu pun rasanya okay juga. Secara
peribadi, saya rasa mungkin ini idea yang baik, namun sebagai pemain kami akan
tetap mengikut arahan pihak pengurusan,” katanya.
Akhbar
ini semalam melaporkan, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri
Annuar Musa dipetik menerusi entri laman sosialnya menjelaskan, pasukan itu
akan kekal menggunakan jersi rasmi berwarna merah ketika beraksi di gelanggang
sendiri.
Bagaimanapun,
Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dr Vida dilaporkan media tempatan, menegaskan
mahu memastikan warna merah jambu dan putih menjadi warna utama jersi skuad
Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
www.sinarharian.com.my
Ermmm panas jugak ni ....selesaikan dengan cara baik dengan berjumpa dan berbncang dan buatlah keputusan terbaik.
GO FOR MORE !!!!!!!!!!!!!!
GOMO KLATE GOMO !!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment