Dilengkapi
Kolam Ais Untuk TRW
KOTA
BARU: Pasukan The Red Warriors (TRW) bakal memiliki sebuah gimnasium yang
dilengkapi dengan kemudahan kolam ais seperti yang dimiliki pasukan bertaraf
terkemuka dunia dalam tempoh lebih sebulan dari sekarang.
Penaja
utama TRW, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata gimnasium tersebut akan dibina
di Tingkat 3 Wisma Vida Beauty yang terletak di Kubur Langgar dekat sini kerana
ruang di Stadium Sultan Muhammad IV agak terhad.
“Pemain
minta bilik persalinan yang lengkap dengan kolam ais untuk mengatasi masalah
kekejangan urat selepas bermain tetapi kita tak boleh buat di dalam stadium
kerana ruang yang terhad.
“Jadi
kita cadangkan pembinaan gimnasium itu di Wisma Vida yang akan melalui
kerja-kerja pengubahsuaian pada minggu depan,” katanya selepas mengadakan
pertemuan dengan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar
Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood di sini Jumaat.
Beliau
berkata pembinaan gimnasium itu amat penting bagi memberi keselesaan kepada
pemain TRW dalam menjalani latihan kecergasan sebelum dan selepas tamat
perlawanan serta sesi latihan mereka.
“Kita
mahu pemain jalani latihan fizikal di dalam gimnasium yang serba lengkap
seperti kolam ais itu, jakuzi, sauna dan tempat fisioterapi supaya mereka lebih
cergas dan dapat beraksi dengan cemerlang,” katanya.
Menurut
usahawan kosmetik terkemuka negara itu, bangunan Wisma Vida Beauty (gambar)
setinggi tiga tingkat itu akan berubah wajah sepenuhnya kerana akan dicat
dengan warna asas Qu Puteh iaitu merah jambu dan putih.
Katanya,
selain pembinaan gimnasium, tingkat dua di wisma tersebut juga akan diubah suai
menjadi pejabat pengurusan dan bilik mesyuarat Persatuan Bola Sepak Kelantan
(Kafa).
Manakala
di tingkat satu bangunan tersebut akan menempatkan ruang santai, kafe dan
kaunter penjualan tiket dan barangan TRW.
“Jadi
proses pengubahsuaian akan mengambil masa lebih sebulan sebelum dapat digunakan
sepenuhnya,” katanya.
Pengubahsuaian
bangunan tersebut merupakan salah satu daripada 35 syarat yang dikemukakan
kepada Kafa sebelum bersetuju menaja TRW selama dua musim.
Jelas
beliau lagi, bangunan tersebut akan disewakan kepada Kafa dengan sewa bulanan
sebanyak RM30,000 tetapi jumlah itu akan ditolak daripada nilai tajaan sebanyak
RM16 juta kepada pasukan tersebut.
Vida
berkata kadar sewa tersebut adalah berpatutan selepas mengambil kira kos
penyelenggaraan dan pengubahsuaian bangunan tersebut yang akan digunakan pemain
dan pihak pengurusan tertinggi Kafa.
Terdahulu,
Vida mengadakan pertemuan dengan Abdul Fattah dan beberapa pihak pengurusan
tertinggi Kafa untuk memuktamadkan proses pengubahsuaian stadium tersebut.
Difahamkan
rundingan tersebut berkaitan dengan cadangan Vida untuk menukar warna stadium
dari merah-putih kepada merah jambu-putih.
Sementara
itu, Abdul Fattah menyambut baik cadangan Vida yang dilihat dapat menjadikan
Kelantan sebagai sebuah destinasi sukan terbaharu di negara ini.
“Saya
ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Datuk Vida. Selain menjadi mercu tanda
Kelantan, saya yakin stadium ini akan membantu rakyat di negara ini menjana
pendapatan mereka,” katanya.
www.mstar.com.my
Fasilities untuk pemain bolasepak memang dah ada tapi tarafnya hannya gim.bukan full GIM set.dengan adanya tajaan dari DR Vida GiM bertaraf dunia.jadi pemain kalau x fit bukan salah pengurusan tapi diri sendiri.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!
GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment