Monday, 22 February 2016

DEVAN AKUI BAHAGIAN DEPAN PINCANG



PENYERANG Kelantan, Dramane Traore (kanan) diasak oleh pemain UKM dalam perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu kelmarin. Kelantan menang 1-0. BERNAMA



KOTA BHARU - Kemenangan tipis 1-0 Kelantan ke atas UKM FC dalam pusi­ngan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin mendedahkan ke­pincangan yang wujud dalam pasukan dibimbing K. Devan itu.

Tanpa berselindung Devan mengakui Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) masih perlu memantapkan bahagian serangan dan memerlukan masa untuk membentuk gandingan lebih ampuh.

“Jentera serangan Kelantan agak tumpul dan saya akui perkara ini, lagi pun Dramone Traore dan Blahze Ilijoski baharu sahaja digandingkan dalam beberapa perlawanan dan memerlukan masa untuk membentuk persefahaman mantap.

“Nak siapkan sebuah pa­sukan mantap memerlukan sedikit masa terutama daripada aspek persefahaman, serangan dan pertahanan tetapi jika prestasi di atas ke­rtas diambil kira Kelantan sudah ada pemain yang cukup baik musim ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kelantan terpaksa me­nunggu hingga minit ke-83 untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi pemain dari Macedonia, Ilijoski yang menanduk bola hantaran Wan Zack Haikal Wan Noor.

Devan memberitahu, dia akan terus berusaha membentuk persefahaman mantap antara pemain dari Mali, Troare dengan Ilijoski untuk memastikan kedua-dua pemain itu mampu memberikan sengat kepada jentera sera­ngan pasukan.

Katanya, bagaimanapun semua itu bergantung kepada kesungguhan yang ditonjolkan oleh kedua-dua pemain berkenaan sepanjang sesi latihan.

Mengulas mengenai kemenangan tipis itu, katanya, keputusan yang dilakar oleh barisan pemainnya tidak memberikan gambaran sebenar kepada perlawanan.

Bagaimanapun dia lega apabila Kelantan menang dan melangkah ke pusingan ketika dalam saingan Piala FA musim ini.

“Saya berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan pemain, kami menguasai sebahagian besar permainan dan berjaya menghasilkan banyak peluang untuk menjaringkan gol.

“Dari segi pertahanan pun saya berpuas hati, tetapi keadaan padang tidak mengizinkan kami membuat hantaran-hantaran pendek dan hantaran satu-dua. Permukaan padang yang keras dan tidak rata menyebabkan bola banyak melantun,” katanya.

Petikan dari : http://www.utusan.com.my

Dari kawan di SSMIV rata-rata mengatakan permainan PQPTRW malam ni hambar.sepatutunya kita ambik kesempatan Piala Fa ini untuk menajamkan bahagian serangan dan midfied.sebab game terdahaulu jugak belum nampak tektikal Devan.Kalau nk piala dunia kena ada coach piala dunia.harapa DSV nampak perkara ini.

Piya beraksi malam ini.asistnya membawa hasil.

Norhazrul turut beraksi.



Indra 23 di turunkan malam ini.
Ilijoski membawa kelantan ke pusingan ke 3



Seterusnya kita bakal bertemu kedah pada pusingan kedua dan adakah kelanatan sudah bersedia atau tidak kerana kedah sudah ada momentum dari segi permainan.

 kita mengharapakan dengan DSV sebagai penaja kita boleh dapatkan PIala Fa ,Piala Liga Super dan Piala Malaysia bagi melayakkan kita ke Piala AFC.Apa Pun...

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!

GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!



 

No comments:

Post a Comment