Saturday, 7 April 2012

Perkhemahan Kadet Bomba Daerah Marang 2012

 SMK Bukit Sawa Johan Keseluruhan

Tahniah di ucapkan kepada Kadet Bomba Dan Penyelamat SMK Bukit Sawa kerana telah berjaya menggondol Johan acara kawad kaki dan keseluruhan sempena Perkhemahan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia Daearah Marang 2012 yang berlansung pada 29-31 March 2012 di pusat Ko Marang di SMK Merchang.Setiap pasukan di Anggotai seramai 31 anggota Kadet Bomba di daerah Marang di mana 16 lelaki dan 15 perempuan atau sebaliknya.Antara sekolah yang menyertainya adalah:-
1.SMK Bukit Sawa
2.SMK A Durian Guling 
3.SMK WAkaf Tapai
4.SMK A Marang
5.SMK Sri Serating
6.SMK Merchang
7.SMK Rusila
8.SMK Seberang Marang

 SMK Sri Serating Naib Johan Keseluruhan

 3 lagi sekolah tidak dapat menyertai kerana terdapat program lain di sekolah masing-2 dan di harapkan tahun depan mereka akan bersama kembali.
  Keputusan Pertandingan Kawad Kaki
Johan      : SMK Bukit Sawa
N. Johan : SMK Sri Serating
      Ke Tiga   : SMK A Durian Guling 

 SMK Durian Guling Tempat Ketiga Keseluruhan

Keputusan Pertandingan Kawad Campuran Kering
Johan       : SMK Bukit Sawa
     N.Johan   : SMK A Durian Guling
        Ke Tiga    : SMK Seberang Marang

Ucapan Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan Pada tahun ini dan lain-2 keputusan akan di update dari masa ke semasa.Seramai 31 orang Kadet Lelaki dan 31 orang Kadet perempuan telah di pilih dari 3 Buah sekolah yang telah memenangi acara kawad kaki dan telah menjalani Latihan Pusat di Balai Bomba Dan Penyelamat Marang pada 2-5 April 2012.Sepanjang latihan pelbagai onak duri telah mereka lalui dan akan  ke Perkhemahan Kadet Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada 7-10 April 2012 di Dungun Terengganu.
  DI harapkan mereka boleh memperbaiki keputusan tahun lepas di mana kebanyakan acara yang di pertandingan bagi skua lelaki sentiasa mendapat tempat ke2 manakala Kadet perempuan perlu bangkit untuk terus memberi saingan kepada Daerah-2 lain.Selamat maju jaya . . .Jika kamu semua berada di medan perang dan ingatkan andai sayap kamu patah bertongkat dagu dan jika semua berjuang kejayaan pasti akan di miliki.

MY FEAR Colombia 3000

 Inilah bola Bowling FEAR kawe yang di beli pada tahun 2010 itu pun sebab bola EBONITE kawe telah pecah semasa pemilihan untuk Sukan Bomba 2010.KAwe mengharapkan bola ini dapat mendatangkan hasil dan kepuasan semasa bermain bowling.Dulunya sukan bolasepak adalah NO 1 bagi kawe tapi kini Bowling pula telah menjadi NO 1dan Bola sekarang sudah bertukar kepada Peminat.Tapi pada tanggal 25 Mac 2012 semasa pulang dari Wangsa Walk dan singgah di Mesra Mall untuk test lane kerana Kelab Bowling Bomba Terengganu akan menganjurkan Pertandingan TRIO di sini dan di jangka akan berlansung pada bulan April ini.Tetapi apa nak di Kata Bola FEAR aku telah rosak.Perhatikan betul-2 garisan bulat putih kesan semasa bola lekat pada mesin dan salah satu pin juga masuk pada mesin itu dan inilah akibatnya.Bola ini berharga RM850 telah lekuk dan sudah tidak dapat di gunakan lagi.kerana gerakkan titik pusingan bola itu berada betul-2 di lekuknya.Inilah aksi terakhir semasa di Wangsa Walk Kuala Lumpur.


 Patutlah pada game pertama lagi di Mesra Mall game kawe menurun dengan tiba-tiba rupanya itulah petanda bola kesayangan aku ini akan pergi buat selamanya.Akan adakah pakar yang boleh mengubati bola kesayangan kawe ini?Menitik airmata kawe semasa bola ini keluar dari mesin di Mesra Mall.Sudah tiada apa yang dapat kawe buat kerana sudah tertulis di board segala kerosakkan pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab.Maknanya apa yang terjadi pada bola kawe itu tidak akan dapat ganti rugi.Biarlah mungkin juga kerana kata-2 aku semasa bermain hari itu bahawa bola ini tidak dapat berikan kawe score yang maxsimum. Paling tinggi seingat kawe 225.Itulah kepuasan yang telah di berikan kepada kawe.

Walaupun kamu akan tinggalkan kawe dengan ini kawe mngucapkan ribuan terima kasih kerana telah berbakti kepada kawe selama ini.semoga penganti kamu akan lebih baik dari kamu.Cukupkah masa yang kawe ada untuk mencari art dan maintain score sebelum ke Sarawak untuk SUKBOM 2012?


Kawe telah hubungi YJ Cheong satu-2 nya pemilik Pro Shop yang paling hampir dengan tempat kawe.Dulunya di TER Terengganu tapi sekarang di BILLION Kota Bharu Kelantan.Mutiara Bowl.Setelah melihat bola ini dan di ukur untuk mendapatkan kepastian dan telah disahkan oleh Uncle bahawa bola ini sudah tidak dapat digunakan lagi pada 5 April 2012.


Inilah Gambarnya yang terakhir dan semoga pengantinya akan lebih baik dan dapatkah kawe berlatih untuk serasi dengan bola yang baru.Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya dan kawe berdoa semoga kejayaan demi kejayaan akan di cipta bermula 2012.

Friday, 6 April 2012

Hatrik Ghaddar Julang Kelantan

KOTA BHARU – Jaringan hatrik Mohammad Ghaddar memastikan Kelantan melakarkan kemenangan pertama pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia setelah menewaskan Arema FC 3-0 dalam aksi perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri buat pertama kali, The Red Warriors seharusnya berterima kasih kepada penyerang import dari Lubnan itu yang bukan sahaja mencipta hatrik malah berjaya menamatkan penantian sejak dua bulan lalu dengan menjaringkan gol padang dalam perlawanan malam tadi.
Seawal minit keempat perlawanan Kelantan hampir mendahului namun hantaran lintang S Chanturu gagal disambar Mohammad Ghaddar dan Dennis Antwi di depan pintu gol Arema FC.
Sepuluh minit kemudian, Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi mencetuskan gerakan menarik bersama Mohammad Ghaddar di depan pintu gol lawan namun Chanturu memilih untuk merembat terus ke dakapan penjaga gol, Deniss Romanovs.
Pasukan pelawat yang dilihat gagal menyerap asakan awal pemain Kelantan kembali melancarkan serangan menerusi rembatan jarak jauh Abdul Mushafry Talaohu yang menyaksikan bola terus ke dakapan penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail pada m-20 perlawanan.
Seminit kemudian giliran Kelantan kembali membalas serangan namun Chanturu mensia-siakan ‘dummy’ yang dilakukan Mohammad Ghaddar apabila melepaskan rembatan liar ke sebelah kanan pintu gol Arema FC.
Begitupun Mohammad Ghaddar menamatkan keresahan hampir 9,000 penyokong setia The Red Warriors apabila menjaringkan gol pertama tiga minit kemudian. Berpunca gerakan solonya yang memperdayakan dua pemain pertahanan lawan, Mohammad Ghaddar merembat kencang untuk menewaskan Romanovs di pintu golnya.
Ketinggalan satu gol memaksa pasukan pelawat bangkit menyusun serangan dan satu-satunya peluang terbaik hadir pada m-38 perlawanan apabila Roman Chmelo melakukan hantaran mengelirukan di depan pintu gol Kelantan namun rembatan Putut Waringin Jati diselamatkan Mohd Shahrizan.
Seminit babak kedua bersambung, Arema FC kembali memberikan saingan namun kempunan untuk menyamakan kedudukan apabila percubaan Chmelo di dalam kotak penalti terkena tiang gol kiri Kelantan.
Mohammad Ghaddar terus membuktikan sentuhannya masih belum berkarat apabila menjaringkan gol kedua seminit selepas itu. Berpunca sepakan penjuru Mohd Badhri,  Mohammad Ghaddar pantas menanduk masuk untuk menewaskan Romanovs buat kali kedua.
Seakan berpuas hati dengan kelebihan dua gol itu, barisan pemain Bojan Hodak dilihat mula mengendurkan corak permainan dan situasi tersebut dipergunakan sebaiknya oleh barisan pemain Arema FC dengan melancarkan serangan ke pintu gol Kelantan.
Hasilnya mereka mempunyai dua peluang terbaik untuk merapatkan jurang pada m-56 namun rembatan Abdul Mushafry sedikit melewati pintu gol sementara percubaan pemain gantian, Ahmad Amiruddin yang melepasi kekangan Mohd Daudsu Jamaluddin pada m-64 perlawanan terus ke dakapan Mohd Shahrizan.
Tidak terhenti di situ asakan pemain Arema FC apabila Abdul Mushafry sekali lagi mempunyai peluang untuk memecahkan kebuntuan dua minit kemudian namun rembatan kencangnya pula tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan.
Enggan membenarkan Arema  FC terus menguasai perlawanan, Kelantan kembali melancarkan serangan namun tindakan Mohammad Ghaddar yang terlalu lama menyimpan bola pada m-70 perlawanan memaksa beliau menggigit jari apabila rembatannya dikeluarkan pemain pertahanan Arema FC meski pun berjaya menewaskan Romanovs sbelum itu.
Malah simulasi Mohammad Ghaddar yang mendakwa dijatuhkan oleh pemain pertahanan lawan di dalam kotak penalti dua minit kemudian turut mengundang padah apabila beliau dilayangkan kad kuning oleh pengadil dalam perlawanan malam tadi.
Pemain gantian, Indra Putra Mahayuddin turut terlepas peluang menambahkan jaringan untuk Kelantan apabila rembatannya pada m-82 perlawanan hasil tolakan ke belakang Mohammad Ghaddar terus ke dakapan Romanovs.
Hasrat Arema FC untuk sekurang-kurangnya mendapatkan gol saguhati terus gagal  apabila sepakan percuma Herman Rhomansyah  yang ditanduk cantik Andrew Nikolas Barisic terkena palang gol pada m-88 perlawanan.
Seminit kemudian, Mohammad Ghaddar memastikan nama beliau terpahat selaku penjaring hatrik apabila bijak menyempurnakan hantaran Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim dengan merembat masuk menewaskan Romanovs untuk gol ketiga Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Daudsu Jamaluddin (Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim), Obinna Nwaneri,  S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Nurul Azwan Roya (Indra Putra Mahayuddin), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP), S Chanturu, Dennis Antwi dan Mohammed Ghaddar (Faizol Nazli Sayuti).
FORMASI : 4-2-2
AREMA FC : Deniss Romanovs, Fariz Bagus Dhinata, Hermawan, Irfan Raditya, Putut Waringin Jati (Ahmad Amiruddin), Gunawan Dwi Cahyo, Legimin Raharjo (KP), Marko Krasic (Anggo Yulian Hari Sapta P), Abdul Mushafry Talaohu, Roman Chmelo (Herman Rhomansyah) dan Andrew Nikolas Barisic.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (6) Arema FC (4)
Percubaan tersasar : Kelantan (4) Arema FC (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (2) Arema FC (3)
Sepakan percuma : Kelantan (19)  Arema FC (12)
Offsaid : Kelantan (1) Arema FC (8)
Kekasaran : Kelantan (11) Arema FC (11)
Kad kuning : Kelantan (Mohd Nurul Azwan Roya dan Mohammad Ghaddar) Arema FC (Andrew Nikolas Barisic, Hermawan dan Fariz Bagus Dhinata)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Enam minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Arema FC (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Kim Sang Woo (Republik Korea)
Penolong Pengadil 1: Yoon Kwang Yeol (Republik Korea)
Penolong Pengadil 2: Kim Sung Il (Republik Korea)
Pegawai Keempat : Abdul Hannan Miron (Bangladesh)
Kommissioner Perlawanan : Chen Yong Liang (China)

Petikan daari KLate.net


Kemah Mat Ghaddar dia dah jumpa Gol jaringan Padang . . .Import kita sudah mula menjadi . .permainan ala-ala Baecelona memang sedap di lihat dan skill Ghaddar amat menabjubkan....apa pun
GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 5 April 2012

2 TAHUN 6 BULAN


Keputusan Jawatankuasa FAM memutuskan Tan Sri Anuar Musa bersalah....macam ni lahh FAM dari dulu sampaii sekarang.Dulu Arwah Ahmad Basri dari Kedah dan sekarang TSAM.FAM adalah badan induk bolasepak negara.Kenapa untuk kemajuan pasukan bolasepak negeri malah untuk negara sekalipun bila ada sahaja orang yang berkaliber dan tahu pasal menguruskan bola selalu di singkirkan ? Beginilah kalau Presiden FAM adalah seorang Sultan dan anaknya sebagai Timbalan Presiden.Sampaii bila 2 manusia ni akan terus tadbir FAM.Kawe rasa selagi 2 manusia ni berada dalam FAM selagi itulah Bolasepak negara akan berada di tahap seperti sekarang niii.Keluarkan pengarah sultan dalam FAM.Serahkan kepada orang yang benar-2 layak dan tahu untuk bangunkan bolasepak.Pandang ke arah Jepun,Korea yang mana dahulunya kita belasah mereka kini mereka jauh meninggalkan kita.semua kerana apa? kerana Sultan anak beranak mengambil nama untuk mahyurkan diri mereka dan keluarga mereka.Ahli majlis yang lain hanya tunggu untuk di suruh sahaja.Nampak sahaja kedudukan mereka tergugat mereka akan merancang untuk menghapuskan kerja dan usaha orang yang boleh merubah bolasepak negara.Pengerusi FAM perlu meletakkan jawatan dan begitu juga dengan Timbalan Presiden.Timbalan dah out untuk sukan hoki dan sekarang nak jatuhkan bolasepak pulakkk.Sapa kata mudah untuk bekerja dengan Sultan.bukan untuk menghina tapi biarlah bolasepak di tadbir oleh rakyat dan Sultan sebagai penaung sahaja.Ramai rakyat Kelantan tidak akan berpuas hati dengan hukuman ini.Apa yang TSAM akan lakukan? Kami berharap TSAM mendedahkan semua kepincangan yang ada dalam FAM.Kami menyokong TSAM dari belakang.
 Kenapa FAM mahu hancurkan kebangkitan Kelantan dan Pemimpin yang berwibawa?kerana mereka mahu pasukan mereka yang akan menguasai bola negara supaya nanti ttiada lagi rakyat Kelantan dalam bola negara.keran mereka nampak sangat tak gemarkan kita,baik bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendengar apa yang TSAM katakan semasa dan men\jadi sebab TSAM di gantung.Dengarlah sendiri dan fikirlah....










Siapa bakal memikul tanggung jawab dalam organisasai KAFA? Adakah Sultan Kesayangan kita bakal menduduki kerusi KAFA?Atau masih ada pemimpin lain yang akan menggantikan TSAM buat dalam tempoh bertenang ini?Apa apa sekalipun kawe berharap akan ada tindakkan susulan dari TSAM walaupun tindakann itu bakal mengubah FAM.Apa lagi yang perlu di tunggu? Dulu Arwah Ahmad Basri dan siapa plakk selepas ini?Kawe Tetap menyokong TSAM walau dalam apa jua keadaan.Sokongan kawe bukan ketika menang amalah sokongan ketika jatuh supaya sayap yang patah dapat di rawat dan di pulihkan kembali.GOMO TSAM GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!jangan takut dan gentar ,hari ni hari dia mana tahu esok gian kita plokk





Monday, 2 April 2012

JADUAL PERTANDINGAN TENPIN BOWLING MASKAB 2012

 
Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia menganjurkan Pertandingan Tenpin Bowling secara liga bermula pada 26 Febuari 2012 hingga 29 December 2012.Pertandingan ini melibatkan seluruh negeri kecuali Sabah dan Sarawak.Jadualnya adalah seperti berikut:-

1.Tempat   :  Ampang Superbowl,IOI Mall Puchong
   Pengajur : Ibu Pejabat Putrajaya
   Tarikh    :  26 Febuari 2012
   Masa     :  10 pagi

2. Tempat      : Wangsa Walk,Wangsa Maju
    Penganjur  :  Kuala Lumpur
    Tarikh       :  24 Mac 2012
     Masa       :  10 pagi

3. Tempat     : Sky Bowl,Star Parade ,Alor Star
    Penganjur : Kedah
    Tarikh      : 28 April 2012
    Masa       : 10 pagi

4. Tempat    : Mega Bowling Center,Megamall Penang,Prai
    Penganjur: Penang
    Tarikh     : 29 April 2012
     Masa     : 10 pagi

5. Tempat   : Ampang Superbowl, Ipoh
    Penganjur : Perak
    Tarikh      : 26 Mei 2012
    Masa      :  10 pagi

6. Tempat     : Pelangi Leisure Mall,Johor
     Penganjur: Johor
    Tarikh      : 30 jun 2012
    Masa       : 10 pagi 

7.Tempat     : Melaka International Trade Centre,MITC
   Penganjur : Melaka
   Tarihk      : 29 september
    Masa      : 9 pagi

8. Tempat   : Ampang Superbowl,Seremban
   Penganjur: Negeri Sembilan
   Tarikh     : 30 September 2012
   Masa      : 9 pagi

9.Tempat    : Pacific Bowl.KB Mall
   Penganjur: Kelantan
   Tarikh     : 24 November 2012
    Masa     : 10 pagi

10.Tempat    : Kuantan Megalanes,Berjaya Megamall Kuantan
    Penganjur : Pahang
    Tarikh      : 15 December 2012
    Masa      : 10 pagi

                                                               Grand Final
Tempat      : Sunway Mega lanes,Sunway Piramid
 Penganjur : Selangor
Tarikh       : 29 December 2012
Masa        : 10 pagi

Banyak latihan dan masa di habiskan di lanes bowl dan siapakah yang bakal menjadi Juara .Pos ini akan di update dari masa ke masa.

Sunday, 1 April 2012

Selamatkan Presiden KAFA atau Bolasepak Malaysia?

Persoalan ini berjaya menimbulkan keraguan dari kalangan penyokong lain apabila ada penyokong Kelantan cuba mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan mereka dari pasukan lain yang menyatakan kesediaan menyertai bantahan rabu ini atas dasar ingin melihat kecemerlangan masa depan bolasepak Malaysia.
Bagi mereka yang prihatin tentang bolasepak, mereka melihat bantahan rabu ini harus di ambil peluang sebaik mungkin, kes perbicaraan tatatertib Tan Sri Annuar Musa akan dijadikan sebagai pencetus luahan rasa tidak puas hati pencinta bolasepak Malaysia daripada terus di tipu dengan momokan kejayaan  meskipun saban tahun tewas bersama impian juara sebuah pasukan yang ditubuhkan di atas nama.pembangunan bolasepak Malaysia.
Keperihatinan mereka ini sememangnya ikhlas dari hati untuk melihat kejayaan pembangunan bolasepak dan tidak mengharapkan habuan wang ringgit sepertimana segelintir orang yang membutakan mata dan memekakkan telinga dalam arus bolasepak Malaysia demi menjaga jawatan serta inisiatif peribadi.
Jika diungkit kembali sejarah penganjuran Piala Dunia Remaja 1997 di Malaysia, seluruh rakyat mengimpikan Malaysia sudah melangkah ke satu era baru bolasepak dunia. Ini kerana dalam kejohanan ini telah melahirkan nama-nama besar pemain bolasepak dunia yang pada ketika itu berusia bawah 20 tahun seperti Michael Owen, David Trezeguet, Thierry Henry, Mikael Silvestre, Marcelo Zalayeta, Shinji Ono dan ramai lagi, namun selepas 15 tahun berlalu pemain-pemain ini sudah ada yang menggantungkan but, Malaysia masih lagi mencari resipi-resipi kejayaan yang bercelaru.
Tidak dinafikan dalam tempoh 15 tahun lalu, skuad Malaysia atau Harimau Malaya ada memenangi kejuaraan di asia tenggara seperti pingat emas sukan sea, juara Piala AFF Suzuki dan sebagainya. Namun hingga ke hari ini skuad ini masih mencari-cari ramuan untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap dan sekurang-kurangnya mampu menjadi jaguh asia tenggara yang digeruni.
Tidak hairanlah Liga Malaysia di kategorikan gred D oleh FIFA manakala Liga Thailand dan Indonesia di kategorikan gred B sehingga melayakkan pasukan dari negara ini menyertai Liga Juara-Juara Asia. Bagi 2 wakil daripada pasukan kita hanya layak untuk menyertai Piala AFC kerana sikap pemimpin atasan FAM sendiri yang tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik kecuali berubah untuk menyelamatkan pasukan anak emas mereka.
Dalam konteks pembangunan bolasepak Malaysia, sebagai pencinta sejati bolasepak kita perlu melihat dari segala aspek pembangunan kejayaan bolasepak dan kejayaan trofi yang dicapai. Mungkin agak terlampau jika kita mengharapkan Malaysia mampu melepasi peringkat kumpulan dalam saingan Piala Dunia sedangkan peringkat zon pun masih belum ada tanda-tanda Malaysia mampu melepasinya kecuali semua pihak atasan FAM sedia untuk berubah ke arah yang lebih berjaya.
Jepun dan Korea Selatan antara negara asia yang mampu menyerlah di persada dunia harus dijadikan model transformasi bolasepak Malaysia. Kajian yang dilakukan perlu meliputi bagaimana dua pasukan belasahan Malaysia di zaman Mokhtar Dahari ini mampu muncul sebagai antara sebuah pasukan gergasi dunia dan asia. Mungkin cucu bekas pemain kebangsaan Jepun sekarang sudah boleh berbangga kerana kekecewaan atuk dan nenek mereka sudah ditebus dan tidak mampu lagi dibalas oleh Malaysia sampai bila-bila selagi Malaysia masih ditakuk sekarang.
Cakap memang senang cuba lu buat tengok! ini pula antara luahan mereka yang kononnya rapat dengan bolasepak Malaysia dan FAM. Kemajuan bolasepak sekarang bukan lagi perkara yang mustahil , banyak rujukan yang boleh dilakukkan dan di jadikan panduan sepertimana Jepun berkongsi ilmu pembangunan bolasepak dunia bersama pakar yang berpengalaman daripada Jerman sebelum Jepun mampu berdiri megah dengan pembangunan dan kejayaan bolasepak mereka.
Berbalik kepada reaksi kemuncak seluruh penyokong Kelantan ini, keperitan yang mereka tanggung bukan baru sahaja di terima daripada kes Tan Sri Annuar Musa ini, malah emosi mereka sudah terganggu sejak mula Kelantan menongkah arus kemajuan bolasepak Malaysia. Pelbagai isu penyokong Kelantan dihebohkan secara berat sebelah dan berlebihan oleh FAM serta media arus perdana daripada insiden membaling mercun hinggalah apa sahaja insiden yang melibatkan penyokong Kelantan dilebih-lebihkan bagi menggambarkan inilah sifat keseluruhan rakyat Kelantan. Namun layanan ini berbeza pula apabila melibatkan insiden yang sama diakukan oleh penyokong pasukan lain, isu-isu panas bagai di tutup rapi daripada pengetahuan masyarakat umum.
Banyak hikmah yang diperolehi daripada isu Tan Sri Annuar Musa ini, kini rakyat Kelantan sudah mula mengenali penggiat media dan FAM yang sebenarnya penuh sifat benci kepada Kelantan muncul satu persatu, jika sebelum ini mereka berselindung di sebalik laporan manis untuk menarik minat penyokong Kelantan tetapi hari ini kuasa Illahi telah mendedahkan sifat buruk mereka sebenar. Bagi seluruh penyokong Kelantan mereka sudah lali jika melibatkan isu politik semasa tetapi yang menyebabkan mereka begitu terkilan laporan sukan juga menerima tempias yang sama.
Apalah dosa rakyat negeri Kelantan dan negeri lain selain Selangor dan Pahang yang ingin melihat kejayaan bolasepak Malaysia? Datuk Ahmad Basri bapa transformasi bolasepak Kedah antara pernah menerima akibat kritikan kepada FAM ini dan kini bapa transformasi Kelantan pula menerima akibat yang sama. Salahkah bolasepak negeri lain selain Selangor dan Pahang bergerak lebih maju dan cemerlang? Inilah antara simptom-simptom parah yang dikesan dari hati penggiat media tempatan yang rupanya lebih kenegerian daripada melaporkan kisah sebenar.
Isu-isu ini sedikit pun tidak melemahkan semangat seluruh penyokong bolasepak Kelantan untuk terus melihat kejayaan yang mereka kecapi ini dikongsi bersama pasukan-pasukan lain mahupun pasukan kebangsaan. Himpuan Merah 404 akan menjadi titik tolak kebangkitan peminat bolasepak yang ikhlas ingin melihat satu perubahan dalam arena pengurusan bolasepak Malaysia menjadi kenyataan atau cukuplah sekadar menyedarkan mereka yang berada di kerusi empuk berkerja sepenuhnya.
Dalam perjumpaan bersama wakil-wakil kelab penyokong Kelantan hari ini (1 April), Tan Sri Annuar Musa mula risau dengan keputusan yang bakal diterimanya nanti dan juga risau bagaimana dengan pasukan The Red Warriors yang masih memerlukan sentuhan dan semangat daripadanya akan berdiri kukuh. Adakah tahap keyakinan penaja akan terus kekal tanpa beliau atau akan berlaku sebaliknya menjadi tanda tanya kepada beliau. Selain lauhan beliau yang merasakan ada juga tangan-tangan ghaib yang cuba mengusik kerusi yang dipegang beliau dalam KAFA dan FAM melalui isu yang dihadapinya ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Tan Sri Annuar Musa dan The Red Warriors.
TERUSKAN PERJUANGAN MU SELURUH PENCINTA THE RED WARRIORS DAN TAN SRI ANNUAR MUSA. PEDULIKAN APA ORANG KATA, APA YANG PENTING TEKAD DAN KEIKHLASAN KITA UNTUK MERUBAH FENOMENA BOLASEPAK DI MALAYSIA HARUS DITERUSKAN. SELAMAT BERJUANG KEPADA SELURUH PEJUANG THE RED WARRIORS.
KAMI AKAN TERUS MENYOKONG KEPIMPINAN TAN SRI ANNUAR MUSA TANPA PREJUDIS!

Petikan dari Laman web KAFA

 ini adalah keratan akhbar . .adakah penulis ini antara yang tidak mnyukai pembangunan bolasepak yang di buat oleh bapa pembangunan bolasepak Kelantan? adakah wartawan ini di bayar oleh ajk FAM untuk menjatuhkan Tan Sri Anuar Musa . . .apa salah Kelantan? apa salah kita?

TRUE STORY KAH ???

Penyelewengan TERBESAR.

Baru-baru ini TSAM ada bertanya akan hilangnya berjuta-juta ringgit dari akaun FAM. Kononnya duit dibawa keluar (oleh siapa, pandai-pandai la teka) untuk membayar insuran pemain Liga M.

Tetapi selepas EMPAT bulan duit tersebut masih belum dibayar! Bila syarikat insuran bertanya TS terus selidik dan bertanya dan kelam kabut bayaran dibuat, tapi amaun dibayar jauh kurang dari amaun yang dibawa keluar dari akaun bank FAM. Berjuta-juta hilang.

TS mahu bangkitkan hal ini dalam kongress tahun 2011, maka dengan itu, pada tahun 2011, buat pertama kali dalam sejarah, TIADA perjumpaan kongress dibuat, untuk menghalang TS berkata-kata (nak kata pada media tak boleh!).

Jadi, demi menutup mulut TS selamanya mereka mahu jatuhkan kredibiliti TS dan buang beliau dari bola sepak Malaysia! Woi Judin! Kami peminat tak bodoh la, kami dah nampak segala penyelewengan ini! Laknatullah!
Penyelewengan FAM dan kaitannya dengan TAM.

Penyelewengan Pertama:

Jawatankuasa pasukan kebangsaan hanya bermesyuarat sekali sahaja. Dalam mesyuarat ini diutuskan bahawa setiap pasukan mempunyai timbalan, TS Annuar dilantik timbalan pasukan Senior. Selepas mesyuarat ini tiada lagi mesyuarat diadakan untuk bincang pasukan kebangsaan. Perlawanan persahabatan tidak dapat diatur, FIFA keluarkan jadual selama 4 tahun tetapi pasukan kebangsaan hanya setahun, itupun belum tentang ada pihak yg hendak berlawan memandangkan jadual FIFA 4 tahun?

Penyelewengan Kedua:

Perlantikan jurulatih kebangsaan dikatakan kuasa EXCO tapi mesyuarat tidak buat, jadi bagaimanakah perlantikan dibuat? Adakah berlaku penyelewengan? Mesyuarat EXCO hanya dibuat 4 kali sahaja dalam masa 2 tahun?

Kenapa gaji Rajagopal terlalu mahal, RM75,000 sebulan dan dikecualikan CUKAI PENDAPATAN? Gaji jurulatih terdahulu sekitar Rm25,000 sahaja.

Penyelewengan Ketiga:

Mesyuarat AGONG tidak buat, maka dari segi undang-undang FAM ini adalah tidak sah dan boleh diharamkan?

Mesyuarat pasukan kebangsaan juga hanya buat sekali sahaja?

Penyelewengan Keempat:

Presiden KAFA rapat dengan semua ketua pasukan dan ini ada pihak merasakan ini acaman kepada Presiden FAM dalam merebutkan jawatan presiden dalam kongres akan datang?

TS Annuar merupakan pengurusan tertinggi yang ada dalam negeri semasa pandangan TS diutarakan. Presiden dan Tengku Mahkota berada di london semasa itu, jadi perlukan TS Annuar mohon kebenaran kepada DIRI SENDIRI?

Penyelewengan Kelima:

Selama lebih 20 tahun Tuanku menjadi presiden, berapakalikah surat kebenaran dikeluarkan?

Titah Tengku Mahkota dianggap undang-undang, surat perkeliling dihantar ke setiap negeri tanpa kebenaran EXCO, tiada KEBENARAN diberikan untuk edarkan perkeliling. Maka adakah ini satu lagi penyelewengan pengurusan?

Penyelewengan Keenam:

TS Annuar mesti dihukum selama 2 tahun supaya beliau tidak dapat bertanding dalam kongres akan datang?. Maka selamatlah puak-puak Tunku Presiden?, selamatkah Rajagopal 75K?

Dan Penyelewengan TERBESAR.

Baru-baru ini TSAM ada bertanya akan hilangnya berjuta-juta ringgit dari akaun FAM. Kononnya duit dibawa keluar (oleh siapa, pandai-pandai la teka) untuk membayar insuran pemain Liga M. Tetapi selepas EMPAT bulan duit tersebut masih belum dibayar! Bila syarikat insuran bertanya TS terus selidik dan bertanya dan kelam kabut bayaran dibuat, tapi amaun dibayar jauh kurang dari amaun yang dibawa keluar dari akaun bank FAM. Berjuta-juta hilang.

TS mahu bangkitkan hal ini dalam kongress tahun 2011, maka dengan itu, pada tahun 2011, buat pertama kali dalam sejarah, TIADA perjumpaan kongress dibuat, untuk menghalang TS berkata-kata (nak kata pada media tak boleh!).

Jadi, demi menutup mulut TS selamanya mereka mahu jatuhkan kredibiliti TS dan buang beliau dari bola sepak Malaysia!

sila SHARE kpd seluruh penyokong bolasepak malaysia
 jika benar kenyataan di atas memang mereka sengaja mencari sebab untuk hapuskan Tan Sri Anuar Musa . . kawe harap semua penyokong TRW beramai-ramai kita berkumpul dan berdiri teguh di belakang Tan Sri Anuar Musa...demi bolasepak Kelantan dan Negara.

Red Warriors Kenduri Gol

KELANTAN 5
Onyekachi Nwoha (m-2, 45+1)
Mohd Norfarhan Muhammad (m-65)
Indra Putra Mahayuddin (m-66)
Mohd Badhri Radzi (m-81)
FELDA UNITED FC 1
Mohd Azrul Ahmad (m-4)
KOTA BHARU – Gelaran pendahulu liga kekal milik The Red Warriors apabila berkenduri gol dengan membelasah pasukan di tangga kedua tercorot, Felda United FC 5-1 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Seawal minit kedua perlawanan Kelantan berada di depan apabila Onyekachi Nwoha berjaya merembat masuk menewaskan penjaga gol Felda United FC, Mohd Hamsani Ahmad hasil umpanan pendek Mohd Norfarhan Muhammad di dalam kotak penalti.
Kegembiraan pemain tuan rumah tidak bertahan lama apabila pasukan pelawat bangkit menyamakan kedudukan dua minit kemudian. Kegagalan bek kiri, Zairul Fitree Ishak mengeluarkan bola di depan pintu gol dihukum menerusi rembatan kencang Mohd Azrul Ahmad menewaskan Mohd Shahrizan Ismail di pintu golnya.
Dua peluang terbaik Kelantan hadir pada m-15 apabila berlaku situasi kelam-kabut di depan pintu gol Felda United namun rembatan leret Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid tersasar di sebelah kiri manakala sepakan percuma mengelirukan oleh Zairul Fitree enam minit berselang sempat ditepis keluar Mohd Hamsani.
Di sebalik asakan hebat pemain tuan rumah, pasukan Felda United FC turut mencuri peluang untuk mendahului namun penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani yang menerima umpanan cantik daripada Yong Kuong Yong gagal menewaskan Mohd Shahrizan di pintu gol Kelantan pada m-37 perlawanan.
Tiga minit kemudian, Kuong Yong mensia-siakan peluang terbaik yang dimilikinya apabila gagal menyambar bola hantaran lintang Mohd Farid Ramli meski pun Mohd Shahrizan sudah tertewas di posisinya.
Minit-minit akhir babak pertama, Nwoha sekali lagi membuktikan sentuhan berbisanya apabila menjaringkan gol kedua peribadi dalam perlawanan malam tadi. Rembatan derasnya di dalam kotak penalti terbias pemain pertahanan, Mohd Nazri Ahmad sebelum bola menerjah jaring untuk mengelirukan Mohd Hamsani di pintu golnya.
Babak kedua menyaksikan Kelantan mendominasikan keseluruhan perlawanan bermula menerusi sepakan percuma Zairul Fitree pada m-50 namun sedikit melewati pintu gol Felda United FC.
Detik ‘kenduri gol’ akhirnya menjelmakan pada m-65 perlawanan apabila Mohd Norfarhan memanfaatkan percubaan awal Indra Putra Mahayuddin yang terkena tiang dengan menolak masuk untuk gol ketiga Kelantan.
Derita pasukan pelawat terus berganda apabila giliran bekas pemain kebangsaan, Indra Putra pula mencetak nama selaku penjaring gol keempat Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
Berpunca gerakan menarik S Chanturu yang melorongkan bola ke dalam kotak penalti, Indra Putra bijak melepasi kekangan pemain pertahanan lawan sebelum merembat kencang menewaskan Mohd Hamsani.
Gerakan menarik di antara Mohd Badhri Radzi dan Mohd Norfarhan pada m-78 perlawanan hampir membuahkan hasil namun rembatan Ketua Pasukan Kelantan itu sempat dikuis keluar oleh Mohd Hamsani.
Namun Mohd Badhri melengkapkan malam yang sungguh bermakna bagi Kelantan apabila menjaringkan gol kelima tiga minit kemudian. Gerakan solonya dari tengah padang berakhir apabila rembatan cantik dari jarak 30 meter gagal diselamatkan Mohd Hamsani.
Pemain pertahanan, Obinna Nwaneri hampir menjaringkan gol keenam untuk Kelantan namun tandukannya pada m-87 perlawanan terkena tiang sementara percubaan Indra Putra yang diselamatkan Mohd Hamsani dua minit kemudian menutup aksi bergaya kemenangan terbesar Kelantan dalam 11 perlawanan Liga Super setakat ini.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Daudsu Jamaluddin, Obinna Nwaneri, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya (Mohamad Zamri Ramli), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP), Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad (Mohd Shahiran Md Zain) dan Onyekachi Nwoha (S Chanturu).
FORMASI : 4-2-2
FELDA UNITED FC: Mohd Hamsani Ahmad (KP), Muhammad Nazri Ahmad, Abdul Ghani Abdul Rahman, Mohd Farid Ramli, Mohd Nizam Abu Bakar, S Sivenasan (Mohd Lot Abu Hasan), Khairan Eruan Razali, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Nizab Ayub (Muhammad Juzaili Samion), Yong Kuong Yong dan Mohd Azrul Ahmad.
FORMASI : 4-5-1
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (8) Felda United FC (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (8) Felda United FC (5)
Sepakan penjuru : Kelantan (8) Felda United FC (3)
Sepakan percuma : Kelantan (15) Felda United FC (17)
Ofsaid : Kelantan (7) Felda United FC (4)
Kekasaran : Kelantan (10) Felda United FC (11)
Kad kuning : Kelantan (Mohd Shakir Shaari dan Zairul Fitree Ishak) Felda
United FC (Khairan Eruan Razali dan Mohd Nizam Abu Bakar)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Lima minit
Penguasaan bola : Kelantan (60%) Felda United FC (40%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Shamsudin Ibrahim
Penolong Pengadil 1: Azman Ismail
Penolong Pengadil 2: Sabarudin Abdullah
Pegawai Keempat : Mohd Ezanee Said
Kommissioner Perlawanan : S Selearajan
General Koordinator : Arif Hassan

Petikan dari Klate.Net

ada pengulas astro mengatakan kelantan bermain seola-olah Barcelona..wahhh kemah kita tuhhhh.Semoga kita terus mentahtai tahta dan menguasai bolasepak Malaysia.bagaimana pula dengan persiapan AFC? sama-sama kita nantikan....

 


Wednesday, 28 March 2012

Kelantan Tetap Beri Tentangan Kepada SPA FC

Pemain import Kelantan, Onyekachi Nwoha yang beraksi cemerlang perlawanan lepas terus diberi kepercayaan sekali lagi mengemudikan bahagian serangan Kelantan malam ini.

KOTA BHARU – ‘Jangan harap kami beri ihsan.‘ Itu pesanan ringkas pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak kepada pasukan KL SPA FC menjelang pertemuan suku akhir kedua kempen Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Meskipun sudah mempunyai bekalan selesa, namun Hodak tampil memberi kenyataan berbentuk psikologi dan enggan sesekali menunjukkan perasaan belas kasihan kerana apa yang pasti anak buahnya sudah ‘dikerahkan’ menjaringkan seberapa banyak gol di hadapan penyokong sendiri dalam saingan timbal balik ini.
“Kita akan turun beraksi macam biasa seperti mana anda lihat kita menguasai 70 peratus perlawanan dalam suku akhir pertama tempoh hari.
“Lebih penting kita perlu menjaringkan gol awal dan bukan menunggu sehingga minit ke-45 perlawanan. “Saya tahu KL SPA FC akan bermain habis-habisan. “Mereka sebuah pasukan yang bagus dan berpotensi untuk bermain dalam Liga Premier, tetapi harus ingat malam ini mereka bukan sahaja perlu berhadapan dengan 11 pemain Kelantan tetapi juga sokongan ribuan penyokong kita di sini,” katanya.
Ketika ramai pemerhati bola sepak menganggap The Red Warriors sudah sebelah kaki mengetuk pintu separuh akhir, namun pada masa sama Hodak turut tidak terlepas melontarkan amaran kepada barisan pemainnya supaya tidak memandang mudah pertemuan ini. “Ia berkisar bagaimana saya perlu menyuntik motivasi kepada pemain saya.
“Mereka pasukan liga divisyen ketiga (Liga FAM) dan kita sudah menang 3-0 tetapi dalam bola sepak apa-apa pun boleh berlaku. “Saya sendiri tidak boleh meramalkan apa yang berlaku pada perlawanan ini,” katanya.
Atas faktor keletihan, jurulatih kelahiran Croatia itu juga turut mengesahkan akan melakukan rombakan kecil terhadap pasukan dengan merehatkan beberapa tonggak utama pada perlawanan malam ini. “Kita baru balik ke Kota Bharu dua hari lalu, dan hari ini (semalam) pemain hanya menjalani latihan ringan sahaja.
“Sepanjang minggu lalu, kita kena bermain di tempat lawan dan saya tahu semua pemain mengalami kepenatan. “Saya akan menilai prestasi pemain dalam sesi latihan petang ini (semalam).
“Apa yang pasti dua atau tiga pemain akan direhatkan, sementara S Subramaniam yang disahkan pulih daripada kecederaan akan kembali memperkuatkan benteng pertahanan Kelantan,” katanya.
Ketiadaan beberapa pemain utama memberi peluang kepada Hodak untuk terus menggandingkan pemain import Onyekachi Nwoha yang beraksi cemerlang dalam saingan suku akhir pertama tempoh hari dengan bekas pemain T-Team musim lalu, Mohd Norfarhan Muhammad di jentera serangan Kelantan pada pertemuan ini.

Petikan dari Klate.Net


Kelantan Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

KL SPA gagal tandingi kehebatan The Red Warrior
BUKIT JALIL- Dua jaringan dari Mohd Norfarhan pada separuh masa kedua dan gol dari ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi menjelang penghujung separuh masa pertama member bekalan selesa buat Kelantan menjelang pertemuan kedua selepas menewaskan KL SPA 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalij, semalam.
Badhri mencatatkan nama selaku penjaring melalui rembatan pada minit 45 separuh masa pertama sebelum Mohd Norfarhan meletakkannya sebagai pengempur berbisa melalui dua jaringan pada minit 46 dan 76 separuh masa kedua.
Keinginan pelawat untuk mencari kemenangan bermula pada babak pertama melalui pemain sayap kanan Kelantan, S.Canturu yang melepaskan tendangan kencang disebelah kiri gawang tuan rumah yang gagal ditangkap kemas oleh Nuraizat pada minit ke-8.
Pelawat terus mengandakan asakan selang dua minit kemudian melalui Mohd Farhan namun sekali lagi pemain berkenaan gagal menyudahkan hantaran lintang dari S.Canturu menyebabkan kira-kira 3,000 penyokong The Red Warrios kehampaan.
Indra Putra turut mendapat peluang pada minit ke 10 dan 12  melalui tandukan dan sepakan depan penjaga gawang namun kedua-dua tersasar sebelum pemain import Kelantan , Nwoha turut terlepas beberapa peluang terhidang
Beberapa peluang terus terhidang bermula minit 28 dan 30 namun ia gagal disempurnakan oleh jentera serangan Kelantan ketika pemain pertahanan tuan rumah dilihat seakan-akan keletihan mengeluarkan bola dari kawasan depan gawang gol.
Tuan rumah mempunyai peluang keemasan pada minit 42 melalui Khairol Azry namun tolakannya ketika berhadapan dengan penjaga gawang pelawat, Mohd Shahrizan terkena tiang sebelah kiri sebelum bola melantun keluar.
Kelantan akhirnya memecahkan kebuntuan pada penghujung separuh masa pertama apabila larian solo ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi  yang mengelecek dua pemain pertahanan lawan diluar kotak penalti sebelum melepaskan rembatan menggegarkan jaring gol disebelah kanan penjaga gawang KL SPA, Nuraizat.
Keghairan pelawat mencari bekalan selesa menjelang pertemuan suku akhir kedua di Kota Bharu diteruskan wisel kedua ditiupkan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri melalui gerakan yang dipimpin Badhri bersama Shakir Shaari.
Kelantan memperolehi gol kedua pada minit ke 46 melalui Norfarhan selepas mudah menyempurnakan bola muntah didepan gawang hasil rembatan Nwoha yang berjaya ditampan penjaga gawang.
Enggan menyerah kalah, KL SPA turut melancarkan serangan dan hampir memperolehi gol namun rembatan dari luar kotak penalti oleh Muhd Nur Saiful pada minit 59 namun bola terkena tiang sebelah kanan ketika Mohd Sharizan sudah tertewas.
Norfarhan sekali lagi menjadi aset penting apabila berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke 76 melalui rembatan didalam kotak penalti yang gagal dihalang Nuraizat sebelum bola bergolek melepasi garisan gol .
Kelantan terus mengandakan serangan menjelang 15 minit terakhir namun gagal membuahkan hasil, ketika penyokong Kelantan bersorak riang dengan kemenangan berkenaan

Petikan dari Klate.net


Monday, 19 March 2012

Red Warriors Ke Suku Akhir

KELANTAN 3
Mohd Norfarhan Muhammad (m-30)
Indra Putra Mahayuddin (m-43)
Mohd Badhri Radzi (m-65)
KUALA LUMPUR 2
Muhammad Afiq Azmi (m-39)
Fazuan Abdullah (m-90+2)
KOTA BHARU – Naib juara Piala FA musim lalu, Kelantan menempah tempat ke suku akhir setelah mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Kuala Lumpur dalam aksi perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Kemenangan malam tadi menyaksikan The Red Warriors akan bertemu kelab KL SPA FC dalam saingan suku akhir pada 24 dan 27 Mac ini setelah kelab tersebut melakarkan kejutan menewaskan Preach Khan Reach FC dari Kemboja 1-0 dalam perlawanan yang turut dilangsungkan serentak malam tadi.
Beraksi di hadapan hampir 25,000 penyokong setia The Red Warriors, pasukan Kuala Lumpur terlebih dahulu menguji pintu gol Kelantan menerusi rembatan leret Stanley Bernard Stephen Samuel seawal minit pertama perlawanan namun mudah diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Enam minit kemudian, giliran The Red Warriors mencemaskan pintu gol Kuala Lumpur namun rembatan kencang pemain tengah, Indra Putra Mahayuddin sempat ditepis keluar penjaga gol, Rozaimie Rohim.
Begitu pun pasukan pelawat kembali menampilkan aksi garang apabila terus menduga kehebatan Khairul Fahmi di gawang gol Kelantan menerusi rembatan Muhammad Syafiq Johari dari jarak 30 meter namun sedikit melewati pintu gol.
Pada m-19 perlawanan, Rozaimie sekali lagi dipaksa bekerja keras menahan asakan pemain Kelantan kali ini menerusi rembatan leret Muhammad Ramzul Zahini Adenan yang terus ke dakapannya.
Aksi sepanjang 20 minit babak pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan pujian harus diberikan kepada barisan pemain skuad warga kota itu yang dilihat begitu bersemangat menyaingi kehebatan pemain The Red Warriors dalam perlawanan malam tadi.
Penyerang Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad memecahkan kebuntuan apabila menjaringkan gol pertama pada m-30 perlawanan. Berpunca umpanan Mohd Badhri dari tengah, Mohd Norfarhan yang berjaya melepasi perangkap ofsaid pertahanan lawan mudah menolak masuk menewaskan Rozaimie untuk gol pertama Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
Tujuh minit berselang, Indra Putra sekali lagi terlepas peluang untuk memastikan Kelantan berada lebih selesa berada di depan apabila tandukannya tersasar di sebelah kanan pintu gol Kuala Lumpur setelah menerima umpanan cantik daripada S Chanturu.
Begitu pun, pasukan pelawat kembali mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila berjaya menyamakan kedudukan dua minit kemudian. Pemain gantian, Muhammad Afiq Azmi pantas menanduk masuk hantaran lintang Hishamuddin Othman untuk menewaskan Khairul Fahmi di pintu gol Kelantan.
Namun Indra Putra memadamkan dua kesilapan awalnya apabila menjaringkan gol kedua The Red Warriors dua minit sebelum babak pertama berakhir. Gerakan menarik Mohd Badhri yang berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan di pintu gol pasukan lawan sebelum itu dimanfaatkan menerusi rembatan rendah Indra Putra untuk gol kedua Kelantan.
Empat minit babak kedua bersambung, Kuala Lumpur kembali memberikan tentangan sengit menerusi rembatan Muhd Syafwan daripada sudut sukar namun percubaannya terus ke dakapan Khairul Fahmi.
Kelantan walaubagaimanapun kembali melancarkan serangan dan mempunyai dua peluang terbaik untuk terus mengukuhkan kedudukan namun tandukan Indra Putra pada m-52 tersasar sementara rembatan kencang Chanturu tiga minit kemudian pula dinafikan oleh Rozaimie sekali lagi.
Penyerang import Kuala Lumpur, Zacharia Charara hampir menjaringkan gol penyamaan untuk pasukannya namun sepakan percuma yang dilakukannya pada m-58 perlawanan hanya sedikit melewati pintu gol Kelantan.
Pemain import Kelantan, Onyekachi Nwoha terlepas peluang untuk mencipta nama selaku penjaring gol dalam perlawanan malam tadi apabila percubaannya setelah menerima umpanan cantik daripada Mohd Shakir Shaari terkena tiang gol kiri Kuala Lumpur pada m-64 perlawanan.
Seminit kemudian, Mohd Badhri mengukuhkan kedudukan Kelantan apabila meledak gol ketiga pada m-65 perlawanan. Rembatan padunya dari luar kotak penalti tepat menerjah jaring gagal diselamatkan Rozaimie di gawang golnya.
Minit-minit akhir masa tambahan, Kuala Lumpur berjaya merapatkan jurang apabila menjaringkan gol keduanya. Sepakan percuma yang dilakukan oleh pemain gantian, Fazuan Abdullah terus menerjah jaring untuk gol terakhir dalam perlawanan malam tadi.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, Obinna Nwaneri,  Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, S Chanturu, Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP) (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad (Mohd Nurul Azwan Roya) dan Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Onyekachi Nwoha).
FORMASI : 4-2-2
KUALA LUMPUR : Rozaimie Rohim, Hishamuddin Othman, Ahmad Jihad Ismail, Muhammad Syafiq Johari, Muhd Syafwan Shahlan (S Sivaraj), Pritam Singh Charun Singh,  Emmanuel Okine, Mohamed Aslam Haja Najumudeen (KP), Ahmad Dashila Tajudin, Stanley Bernard Stephen Samuel (Muhammad Afiq Azmi) dan Zacharia Charara (Fazuan Abdullah).
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (4) Kuala Lumpur (4)
Percubaan tersasar : Kelantan (5) Kuala Lumpur (5)
Sepakan penjuru : Kelantan (6) Kuala Lumpur (5)
Sepakan percuma : Kelantan (15) Kuala Lumpur (21)
Ofsaid : Kelantan (7) Kuala Lumpur (2)
Kekasaran : Kelantan (14) Kuala Lumpur (13)
Kad kuning : Kuala Lumpur (Muhd Syafwan)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :   Lima minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Kuala Lumpur (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Shukri Abdul Rahman
Penolong Pengadil 1: Mohd Yusri Mohamad
Penolong Pengadil 2: Mohd Azha Khalid
Pegawai Keempat : Ismadi Ibrahim
Kommissioner Perlawanan : Nasaruddin Ishak
General Koordinator : Arif Hassan

Petikan Dari Klate.Net

 

Red Warriors Kutip Satu Mata

KELANTAN 0
NAVIBANK SAIGON 0
KUALA LUMPUR – Kelantan memulakan saingan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia dengan aksi cemerlang meski pun sekadar seri tanpa jaringan ke atas kelab Navibank Saigon FC dalam aksi perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Tuah ternyata tidak memihak The Red Warriors yang dilihat menguasai hampir keseluruhan babak perlawanan apabila deretan peluang dimiliki gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan rentetan beraksi dalam padang yang becak setelah hujan turun begitu lebat sepanjang perlawanan tersebut berlangsung.
Malah aksi barisan pemain The Red Warriors yang menampilkan empat pemain import dalam kejohanan ini boleh disifatkan yang terbaik sejak Bojan Hodak mengambil alih tugas selaku Ketua Jurulatih baru seminggu lalu.
Seawal minit ketiga perlawanan, Navibank Saigon memulakan asakan awal menerusi penyerang importnya, Edison Fonseca Pulgarin namun rembatan leretnya mudah diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Tiga minit kemudian, Kelantan terlepas peluang untuk berada di depan apabila hantaran cantik Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi gagal ditampan kemas Mohammed Ghaddar meski pun mempunyai peluang terbuka untuk melakukan rembatan ke arah pintu gol Navibank Saigon.
Pada m-25 perlawanan, penyerang Kelantan, Onyekachi Nwoha gagal meletakkan bola ke dalam jaring apabila rembatannya daripada sudut sukar setelah menerima umpanan Mohammed Ghaddar hanya tersasar beberapa meter disebelah kiri pintu gol pasukan pelawat.
Dua minit kemudian, giliran Mohammed Ghaddar pula mensia-siakan peluang terhidang apabila beliau bijak memperdayakan seorang pemain pertahanan Navibank Saigon namun rembatannya tersasar di sebelah kiri pintu gol.
Begitu pun Navibank Saigon kembali mencemaskan pintu gol Kelantan kali ini menerusi tandukan pemain tengahnya, Luong Van Duoc Em namun Khairul Fahmi tampak lebih bersedia menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.
Namun Dennis Antwi kembali menghidupkan suasana hangat pada m-34 perlawanan dengan melakukan rembatan kencang memaksa penjaga gol Navibank Saigon, Phan Van Santos menepis percubaan tersebut.
Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa mempamerkan corak permainan berhati-hati setelah separuh permukaan padang ditakungi air. Namun The Red Warriors mendominasi keseluruhan dalam babak tersebut apabila sentiasa melancarkan serangan bertali arus ke pintu gol pasukan lawan.
Kombinasi terbaik rangkaian jentera tengah diketuai Mohd Bahdri seharusnya diberi pujian apabila kerap kali mencipta peluang kepada barisan serangan Kelantan untuk melakukan percubaan merbahaya ke arah pintu gol lawan.
Malah, Van Santos dipaksa bekerja keras di pintu golnya menahan asakan menggila pemain Kelantan bermula dengan rembatan Nwoha pada m-53 perlawanan yang menyaksikan beliau terpaksa menepis keluar percubaan tersebut.
Pada m-66 perlawanan Nwoha sekali lagi terlepas peluang untuk memastikan Kelantan berada di depan apabila rembatannya berpunca hantaran lintang Mohamad Zamri sedikit tersasar di pintu gol Navibank Saigon.
Tempoh 10 minit terakhir ternyata memihak kepada pasukan tuan rumah apabila mempunyai empat peluang terbaik untuk mencipta jaringan. Nwoha, pemain import yang dikritik hebat sebelum ini terus mempamerkan sentuhan berbisanya apabila menanduk cantik umpanan Mohd Badhri pada m-82 perlawanan namun tinggi melepasi pintu gol.
Dua minit berselang, Nwoha sekali lagi terus hampa untuk mencetak nama selaku penjaring gol dalam perlawanan malam tadi apabila percubaannya dari luar kotak penalti terus ke dakapan Van Santos.
Asakan bertali arus Kelantan tidak terhenti di situ apabila Mohammed Ghaddar melepaskan satu-satunya peluang terbaik dimiliki dalam babak kedua apabila rembatannya pada m-86 ditepis keluar Van Santos.
Seminit kemudian, Mohd Badhri turut melakarkan kekecewaan setelah tandukannya berpunca hantaran lintang pemain gantian, S Chanturu hanya sedikit tersasar di pintu gol lawan.
Minit-minit akhir perlawanan menyaksikan kelab dari Vietnam itu hampir mencipta kejutan untuk membawa pulang tiga mata apabila mempunyai peluang untuk menjaringkan gol kemenangan.
Salah faham yang berlaku di antara Khairul Fahmi dan Mohd Farisham Ismail hampir mengundang padah apabila Fonseca Pulgarin bijak memanfaatkan situasi tersebut namun kuisannya menyaksikan bola tersekat di atas takungan air meski pun pintu gol Kelantan sudah pun ternganga.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Zamri Ramli, Obinna Nwaneri,  Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Dennis Antwi (S Chanturu), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP), Mohd Nurul Azwan Roya (Mohd Norfarhan Muhammad), Onyekachi Nwoha dan Mohammed Ghaddar (Muhammad Ramzul Zahini Adenan).
FORMASI : 4-4-2
NAVIBANK SAIGON : Phan Van Santos, Nguyen Thanh Long Giang, Doan Viet Cuong, Bossou Vincent, Luong Van Duoc Em (Nguyen Duy Khanh), Nguyen Minh Triet, Dang Khanh Lam (Huynh Duc Nghia), Aniekan Okon Ekpe, Phan Van Tai Em, Nguyen Van Nghia (Nguyen Cao Thien) dan Edison Fonseca Pulgarin.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (4) Navibank Saigon (2)
Percubaan tersasar : Kelantan (6) Navibank Saigon  (4)
Sepakan penjuru : Kelantan (6) Navibank Saigon (3)
Sepakan percuma : Kelantan (14)  Navibank Saigon  (16)
Ofsaid : Kelantan (5) Navibank Saigon (4)
Kekasaran : Kelantan (11) Navibank Saigon (10)
Kad kuning : Navibank Saigon (Bossou Vincent)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :   Empat minit
Penguasaan bola : Kelantan (60%) Navibank Saigon (40%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Yu Ming Hsun (Chinese Taipei)
Penolong Pengadil 1: Hsu Min Yu(Chinese Taipei)
Penolong Pengadil 2: Teerajit Sittisook (Thailand)
Pegawai Keempat : Prathan Nasawang (Thailand)
Kommissioner Perlawanan : Robert John Torres Jr (Guam)

Petikan Dari Klate.Net
 

 

Thursday, 1 March 2012

Kemelut KAFA Dan Butler Berakhir

KOTA BAHARU, (Bernama) – Kemelut antara Peter James Butler dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akhirnya terlerai apabila Kafa akhirnya menamatkan kontrak ketua jurulatih itu berkuatkuasa hari ini.
Timbalan Presiden Kafa Datuk Afandi Hamzah berkata keputusan menamatkan kontrak Butler sebagai ketua jurulatih itu dicapai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam satu pertemuan di Wisma Kafa di sini.
“Kami berbincang secara kekeluargaan dan kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk meleraikan ikatan ini.
“Kontrak Butler bersama Kafa berakhir yang berkuatkuasa hari ini dan Kafa mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangannya terhadap Kelantan dan pasukan selama ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian bersama penamatan kontrak itu di sini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim.
Butler sebelum ini mencetuskan isu apabila tidak kelihatan melatih pasukan Kelantan sebelum ini berikutan “perang dingin” antara bekas jurulatih itu dengan pengurusan Kafa.
Khabar angin yang mengatakan Kafa akan mengambil jurulatih baru terus bertiup kencang apabila persatuan itu melantik bekas ketua jurulatih UPB My Team, Bojan Hodak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) yang baru.
Namun apabila ditanya sama ada benar Kafa akan melantik Bojan sebagai ketua jurulatih yang baru, Afandi berkata keputusan itu belum muktamad.
“Bojan dan beberapa nama jurulatih tempatan kini sedang dalam perhatian Kafa dan kita belum buat keputusan dan Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkannya dalam tempoh tidak lama lagi,” katanya.
Mengulas Bojan yang dilihat melatih pasukan Kelantan sekarang, Afandi berkata Bojan berhak melatih bersama penolong jurulatih yang lain iaitu Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin kerana mereka adalah pegawai terlatih Kafa.
Butler ketika ditanya selepas itu bagaimanapun melahirkan rasa terkejut apabila kontraknya ditamatkan namun beliau akur kerana itu adalah hak Kafa untuk berbuat demikian.
“Saya sedikit terkejut tetapi keputusan ini saya terima dengan baik dan kami pun berbincang dengan baik dan saya menerimanya juga dengan baik,” katanya.
Beliau bagaimanapun belum menetapkan hala tujunya selepas ini tetapi akan tetap menjadi seorang jurulatih bola sepak di mana sahaja.
“Saya berharap pasukan Kelantan akan lebih baik selepas ini dan Kelantan adalah sangat dekat di hati saya dan kepada peminat bantulah pasukan ini untuk menjadi yang terbaik,” katanya.
Bersama Kelantan pada 2008-2009, Butler telah melonjakkan nama pasukanitu apabila dapat melangkah ke Liga Super pada 2009.  Bekas pemain tengah West Ham United, Butler telah berjaya membawa Kelantan
ke perlawanan akhir Piala FA namun kalah di tangan Selangor pada tahun yang sama.
Butler kemudiannya dikatakan merajuk dan membawa diri ke tempat lain sehingga kembali semula ke Kelantan pada musim baru ini selepas pengunduran Datuk M. Karathu.
Kelantan kini di tangga teratas liga dengan mengutip 17 mata keseluruhan selepas lapan perlawanan.

Petikan dari Klate.net

Sumak sokmo PJB nii . . .kita senaraikan hitam terus bo lah panggil dia lagi . . .perangai hudohhh . . .Apa pun Ayuh semua worriors kita ada liga yang masih panjang dan AFC serta Piala yang yang bakal kita hadapi

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

Hodak Ganti Butler?

KOTA BHARU – Siapa yang bakal menduduki ‘kerusi panas’ Ketua Jurulatih Kelantan mungkin terlalu awal untuk diperkatakan tatkala kemelut dalaman di antara Peter Butler dengan majikannya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sendiri masih belum menemui titik penyelesaiannya sehingga kini.
Namun, sudah ada petunjuk apabila Pengarah Kejurulatihan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) yang baru dilantik, Bojan Hodak besar kemungkinan akan mengambil alih tugas melatih pasukan Liga Super Kelantan dalam masa terdekat ini.
Ini dibuktikan lagi apabila jurulatih kelahiran Croatia itu dilihat memainkan peranan secara ‘tersembunyi’ menyusun percaturan taktikal ketika The Red Warriors menewaskan pasukan Singapore Armed Forces (SAF) FC 2-1 dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, malam semalam.
Menurut sumber dalaman Kafa, Hodak yang baru dilantik memegang jawatan baru tersebut minggu lalu dijangka turun padang buat pertama kali melatih pasukan Liga Super Kelantan secara tidak rasmi dalam masa terdekat.
“Namun Peter Butler masih kekal selaku Ketua Jurulatih Kelantan dan belum ada tindakan pemecatan dilakukan ke atas beliau. Kita masih menunggu sehingga beliau tampil menjawab surat tunjuk sebab berikutan kenyataan keras yang dikeluarkan oleh beliau kepada media pada minggu lalu.
“Perkembangan ini cukup menarik apabila Hodak yang mempunyai kuasa selaku Pengarah Kejurulatihan dan CEO ARMY mungkin menjadi calon berpotensi untuk mengisi jawatan tersebut sekiranya Butler mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Kelantan,” katanya.
Jurulatih berusia 41 tahun itu mungkin calon paling sesuai bagi menggantikan Butler memandangkan beliau bukan sahaja kaya dengan pengalaman sebagai pemain bola sepak selama 11 tahun di negaranya, Singapura dan Hong Kong malah sudah berkecimpung di dalam bidang kejurulatihan sejak lapan tahun lalu.
Sementara itu Sinar Harian turut difahamkan, Butler kini dikhabarkan berada di Indonesia dan sedang berunding dengan salah sebuah kelab bola sepak di sana bagi meneruskan kerjayanya setelah menghadapi masalah untuk bekerja di Kelantan.
Ini diperkukuhkan lagi apabila Butler sehingga kini tidak muncul di Kota Bharu, meski pun beberapa kali diberi peluang oleh pihak Kafa untuk tampil membela diri kepada Jawatankuasa Pengurusan di atas ketidakpuasan hati beliau dalam beberapa perkara termasuk isu campur tangan pemain import oleh pihak pengurusan baru-baru ini.
Bagi The Red Warriors, mereka tidak harus menunggu terlalu lama untuk menamakan jurulatih baru memandangkan saingan Liga Super akan bersambung tidak lama lagi dan kedua-dua penolong jurulatih sekarang, Zahasmi Ismail dan Mohd Sideek Samsudin pula hanya mempunyai Lesen Kejurulatihan Bola Sepak Kelas B sahaja.

Petikan dari Klate.Net

Kawe berharap jurulatih baru nii mampu menggalas tugas yang baik dan mampu memberikan kejayaan kepada Kelantan.kita nak kelantan bermain laju dan hantaran yang tepat serta banyak score gol.Apa pun kita nak semua worriors kita bersedia untuk menghadapi cabaran baru...

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!