KOTA BHARU – Jaringan hatrik Mohammad Ghaddar memastikan Kelantan melakarkan kemenangan pertama pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia setelah menewaskan Arema FC 3-0 dalam aksi perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri buat pertama kali, The Red Warriors seharusnya berterima kasih kepada penyerang import dari Lubnan itu yang bukan sahaja mencipta hatrik malah berjaya menamatkan penantian sejak dua bulan lalu dengan menjaringkan gol padang dalam perlawanan malam tadi.
Seawal minit keempat perlawanan Kelantan hampir mendahului namun hantaran lintang S Chanturu gagal disambar Mohammad Ghaddar dan Dennis Antwi di depan pintu gol Arema FC.
Sepuluh minit kemudian, Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi mencetuskan gerakan menarik bersama Mohammad Ghaddar di depan pintu gol lawan namun Chanturu memilih untuk merembat terus ke dakapan penjaga gol, Deniss Romanovs.
Pasukan pelawat yang dilihat gagal menyerap asakan awal pemain Kelantan kembali melancarkan serangan menerusi rembatan jarak jauh Abdul Mushafry Talaohu yang menyaksikan bola terus ke dakapan penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail pada m-20 perlawanan.
Seminit kemudian giliran Kelantan kembali membalas serangan namun Chanturu mensia-siakan ‘dummy’ yang dilakukan Mohammad Ghaddar apabila melepaskan rembatan liar ke sebelah kanan pintu gol Arema FC.
Begitupun Mohammad Ghaddar menamatkan keresahan hampir 9,000 penyokong setia The Red Warriors apabila menjaringkan gol pertama tiga minit kemudian. Berpunca gerakan solonya yang memperdayakan dua pemain pertahanan lawan, Mohammad Ghaddar merembat kencang untuk menewaskan Romanovs di pintu golnya.
Ketinggalan satu gol memaksa pasukan pelawat bangkit menyusun serangan dan satu-satunya peluang terbaik hadir pada m-38 perlawanan apabila Roman Chmelo melakukan hantaran mengelirukan di depan pintu gol Kelantan namun rembatan Putut Waringin Jati diselamatkan Mohd Shahrizan.
Seminit babak kedua bersambung, Arema FC kembali memberikan saingan namun kempunan untuk menyamakan kedudukan apabila percubaan Chmelo di dalam kotak penalti terkena tiang gol kiri Kelantan.
Mohammad Ghaddar terus membuktikan sentuhannya masih belum berkarat apabila menjaringkan gol kedua seminit selepas itu. Berpunca sepakan penjuru Mohd Badhri, Mohammad Ghaddar pantas menanduk masuk untuk menewaskan Romanovs buat kali kedua.
Seakan berpuas hati dengan kelebihan dua gol itu, barisan pemain Bojan Hodak dilihat mula mengendurkan corak permainan dan situasi tersebut dipergunakan sebaiknya oleh barisan pemain Arema FC dengan melancarkan serangan ke pintu gol Kelantan.
Hasilnya mereka mempunyai dua peluang terbaik untuk merapatkan jurang pada m-56 namun rembatan Abdul Mushafry sedikit melewati pintu gol sementara percubaan pemain gantian, Ahmad Amiruddin yang melepasi kekangan Mohd Daudsu Jamaluddin pada m-64 perlawanan terus ke dakapan Mohd Shahrizan.
Tidak terhenti di situ asakan pemain Arema FC apabila Abdul Mushafry sekali lagi mempunyai peluang untuk memecahkan kebuntuan dua minit kemudian namun rembatan kencangnya pula tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan.
Enggan membenarkan Arema FC terus menguasai perlawanan, Kelantan kembali melancarkan serangan namun tindakan Mohammad Ghaddar yang terlalu lama menyimpan bola pada m-70 perlawanan memaksa beliau menggigit jari apabila rembatannya dikeluarkan pemain pertahanan Arema FC meski pun berjaya menewaskan Romanovs sbelum itu.
Malah simulasi Mohammad Ghaddar yang mendakwa dijatuhkan oleh pemain pertahanan lawan di dalam kotak penalti dua minit kemudian turut mengundang padah apabila beliau dilayangkan kad kuning oleh pengadil dalam perlawanan malam tadi.
Pemain gantian, Indra Putra Mahayuddin turut terlepas peluang menambahkan jaringan untuk Kelantan apabila rembatannya pada m-82 perlawanan hasil tolakan ke belakang Mohammad Ghaddar terus ke dakapan Romanovs.
Hasrat Arema FC untuk sekurang-kurangnya mendapatkan gol saguhati terus gagal apabila sepakan percuma Herman Rhomansyah yang ditanduk cantik Andrew Nikolas Barisic terkena palang gol pada m-88 perlawanan.
Seminit kemudian, Mohammad Ghaddar memastikan nama beliau terpahat selaku penjaring hatrik apabila bijak menyempurnakan hantaran Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim dengan merembat masuk menewaskan Romanovs untuk gol ketiga Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Daudsu Jamaluddin (Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim), Obinna Nwaneri, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Nurul Azwan Roya (Indra Putra Mahayuddin), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP), S Chanturu, Dennis Antwi dan Mohammed Ghaddar (Faizol Nazli Sayuti).
FORMASI : 4-2-2
AREMA FC : Deniss Romanovs, Fariz Bagus Dhinata, Hermawan, Irfan Raditya, Putut Waringin Jati (Ahmad Amiruddin), Gunawan Dwi Cahyo, Legimin Raharjo (KP), Marko Krasic (Anggo Yulian Hari Sapta P), Abdul Mushafry Talaohu, Roman Chmelo (Herman Rhomansyah) dan Andrew Nikolas Barisic.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (6) Arema FC (4)
Percubaan tersasar : Kelantan (4) Arema FC (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (2) Arema FC (3)
Sepakan percuma : Kelantan (19) Arema FC (12)
Offsaid : Kelantan (1) Arema FC (8)
Kekasaran : Kelantan (11) Arema FC (11)
Kad kuning : Kelantan (Mohd Nurul Azwan Roya dan Mohammad Ghaddar) Arema FC (Andrew Nikolas Barisic, Hermawan dan Fariz Bagus Dhinata)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Enam minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Arema FC (45%)
Percubaan tersasar : Kelantan (4) Arema FC (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (2) Arema FC (3)
Sepakan percuma : Kelantan (19) Arema FC (12)
Offsaid : Kelantan (1) Arema FC (8)
Kekasaran : Kelantan (11) Arema FC (11)
Kad kuning : Kelantan (Mohd Nurul Azwan Roya dan Mohammad Ghaddar) Arema FC (Andrew Nikolas Barisic, Hermawan dan Fariz Bagus Dhinata)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Enam minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Arema FC (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Kim Sang Woo (Republik Korea)
Penolong Pengadil 1: Yoon Kwang Yeol (Republik Korea)
Penolong Pengadil 2: Kim Sung Il (Republik Korea)
Pegawai Keempat : Abdul Hannan Miron (Bangladesh)
Kommissioner Perlawanan : Chen Yong Liang (China)
Penolong Pengadil 1: Yoon Kwang Yeol (Republik Korea)
Penolong Pengadil 2: Kim Sung Il (Republik Korea)
Pegawai Keempat : Abdul Hannan Miron (Bangladesh)
Kommissioner Perlawanan : Chen Yong Liang (China)
Petikan daari KLate.net
Kemah Mat Ghaddar dia dah jumpa Gol jaringan Padang . . .Import kita sudah mula menjadi . .permainan ala-ala Baecelona memang sedap di lihat dan skill Ghaddar amat menabjubkan....apa pun
GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment