Persoalan ini berjaya menimbulkan keraguan dari kalangan penyokong lain apabila ada penyokong Kelantan cuba mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan mereka dari pasukan lain yang menyatakan kesediaan menyertai bantahan rabu ini atas dasar ingin melihat kecemerlangan masa depan bolasepak Malaysia.
Bagi mereka yang prihatin tentang bolasepak, mereka melihat bantahan rabu ini harus di ambil peluang sebaik mungkin, kes perbicaraan tatatertib Tan Sri Annuar Musa akan dijadikan sebagai pencetus luahan rasa tidak puas hati pencinta bolasepak Malaysia daripada terus di tipu dengan momokan kejayaan meskipun saban tahun tewas bersama impian juara sebuah pasukan yang ditubuhkan di atas nama.pembangunan bolasepak Malaysia.
Keperihatinan mereka ini sememangnya ikhlas dari hati untuk melihat kejayaan pembangunan bolasepak dan tidak mengharapkan habuan wang ringgit sepertimana segelintir orang yang membutakan mata dan memekakkan telinga dalam arus bolasepak Malaysia demi menjaga jawatan serta inisiatif peribadi.
Jika diungkit kembali sejarah penganjuran Piala Dunia Remaja 1997 di Malaysia, seluruh rakyat mengimpikan Malaysia sudah melangkah ke satu era baru bolasepak dunia. Ini kerana dalam kejohanan ini telah melahirkan nama-nama besar pemain bolasepak dunia yang pada ketika itu berusia bawah 20 tahun seperti Michael Owen, David Trezeguet, Thierry Henry, Mikael Silvestre, Marcelo Zalayeta, Shinji Ono dan ramai lagi, namun selepas 15 tahun berlalu pemain-pemain ini sudah ada yang menggantungkan but, Malaysia masih lagi mencari resipi-resipi kejayaan yang bercelaru.
Tidak dinafikan dalam tempoh 15 tahun lalu, skuad Malaysia atau Harimau Malaya ada memenangi kejuaraan di asia tenggara seperti pingat emas sukan sea, juara Piala AFF Suzuki dan sebagainya. Namun hingga ke hari ini skuad ini masih mencari-cari ramuan untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap dan sekurang-kurangnya mampu menjadi jaguh asia tenggara yang digeruni.
Tidak hairanlah Liga Malaysia di kategorikan gred D oleh FIFA manakala Liga Thailand dan Indonesia di kategorikan gred B sehingga melayakkan pasukan dari negara ini menyertai Liga Juara-Juara Asia. Bagi 2 wakil daripada pasukan kita hanya layak untuk menyertai Piala AFC kerana sikap pemimpin atasan FAM sendiri yang tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik kecuali berubah untuk menyelamatkan pasukan anak emas mereka.
Dalam konteks pembangunan bolasepak Malaysia, sebagai pencinta sejati bolasepak kita perlu melihat dari segala aspek pembangunan kejayaan bolasepak dan kejayaan trofi yang dicapai. Mungkin agak terlampau jika kita mengharapkan Malaysia mampu melepasi peringkat kumpulan dalam saingan Piala Dunia sedangkan peringkat zon pun masih belum ada tanda-tanda Malaysia mampu melepasinya kecuali semua pihak atasan FAM sedia untuk berubah ke arah yang lebih berjaya.
Jepun dan Korea Selatan antara negara asia yang mampu menyerlah di persada dunia harus dijadikan model transformasi bolasepak Malaysia. Kajian yang dilakukan perlu meliputi bagaimana dua pasukan belasahan Malaysia di zaman Mokhtar Dahari ini mampu muncul sebagai antara sebuah pasukan gergasi dunia dan asia. Mungkin cucu bekas pemain kebangsaan Jepun sekarang sudah boleh berbangga kerana kekecewaan atuk dan nenek mereka sudah ditebus dan tidak mampu lagi dibalas oleh Malaysia sampai bila-bila selagi Malaysia masih ditakuk sekarang.
Cakap memang senang cuba lu buat tengok! ini pula antara luahan mereka yang kononnya rapat dengan bolasepak Malaysia dan FAM. Kemajuan bolasepak sekarang bukan lagi perkara yang mustahil , banyak rujukan yang boleh dilakukkan dan di jadikan panduan sepertimana Jepun berkongsi ilmu pembangunan bolasepak dunia bersama pakar yang berpengalaman daripada Jerman sebelum Jepun mampu berdiri megah dengan pembangunan dan kejayaan bolasepak mereka.
Berbalik kepada reaksi kemuncak seluruh penyokong Kelantan ini, keperitan yang mereka tanggung bukan baru sahaja di terima daripada kes Tan Sri Annuar Musa ini, malah emosi mereka sudah terganggu sejak mula Kelantan menongkah arus kemajuan bolasepak Malaysia. Pelbagai isu penyokong Kelantan dihebohkan secara berat sebelah dan berlebihan oleh FAM serta media arus perdana daripada insiden membaling mercun hinggalah apa sahaja insiden yang melibatkan penyokong Kelantan dilebih-lebihkan bagi menggambarkan inilah sifat keseluruhan rakyat Kelantan. Namun layanan ini berbeza pula apabila melibatkan insiden yang sama diakukan oleh penyokong pasukan lain, isu-isu panas bagai di tutup rapi daripada pengetahuan masyarakat umum.
Banyak hikmah yang diperolehi daripada isu Tan Sri Annuar Musa ini, kini rakyat Kelantan sudah mula mengenali penggiat media dan FAM yang sebenarnya penuh sifat benci kepada Kelantan muncul satu persatu, jika sebelum ini mereka berselindung di sebalik laporan manis untuk menarik minat penyokong Kelantan tetapi hari ini kuasa Illahi telah mendedahkan sifat buruk mereka sebenar. Bagi seluruh penyokong Kelantan mereka sudah lali jika melibatkan isu politik semasa tetapi yang menyebabkan mereka begitu terkilan laporan sukan juga menerima tempias yang sama.
Apalah dosa rakyat negeri Kelantan dan negeri lain selain Selangor dan Pahang yang ingin melihat kejayaan bolasepak Malaysia? Datuk Ahmad Basri bapa transformasi bolasepak Kedah antara pernah menerima akibat kritikan kepada FAM ini dan kini bapa transformasi Kelantan pula menerima akibat yang sama. Salahkah bolasepak negeri lain selain Selangor dan Pahang bergerak lebih maju dan cemerlang? Inilah antara simptom-simptom parah yang dikesan dari hati penggiat media tempatan yang rupanya lebih kenegerian daripada melaporkan kisah sebenar.
Isu-isu ini sedikit pun tidak melemahkan semangat seluruh penyokong bolasepak Kelantan untuk terus melihat kejayaan yang mereka kecapi ini dikongsi bersama pasukan-pasukan lain mahupun pasukan kebangsaan. Himpuan Merah 404 akan menjadi titik tolak kebangkitan peminat bolasepak yang ikhlas ingin melihat satu perubahan dalam arena pengurusan bolasepak Malaysia menjadi kenyataan atau cukuplah sekadar menyedarkan mereka yang berada di kerusi empuk berkerja sepenuhnya.
Dalam perjumpaan bersama wakil-wakil kelab penyokong Kelantan hari ini (1 April), Tan Sri Annuar Musa mula risau dengan keputusan yang bakal diterimanya nanti dan juga risau bagaimana dengan pasukan The Red Warriors yang masih memerlukan sentuhan dan semangat daripadanya akan berdiri kukuh. Adakah tahap keyakinan penaja akan terus kekal tanpa beliau atau akan berlaku sebaliknya menjadi tanda tanya kepada beliau. Selain lauhan beliau yang merasakan ada juga tangan-tangan ghaib yang cuba mengusik kerusi yang dipegang beliau dalam KAFA dan FAM melalui isu yang dihadapinya ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Tan Sri Annuar Musa dan The Red Warriors.
TERUSKAN PERJUANGAN MU SELURUH PENCINTA THE RED WARRIORS DAN TAN SRI ANNUAR MUSA. PEDULIKAN APA ORANG KATA, APA YANG PENTING TEKAD DAN KEIKHLASAN KITA UNTUK MERUBAH FENOMENA BOLASEPAK DI MALAYSIA HARUS DITERUSKAN. SELAMAT BERJUANG KEPADA SELURUH PEJUANG THE RED WARRIORS.
KAMI AKAN TERUS MENYOKONG KEPIMPINAN TAN SRI ANNUAR MUSA TANPA PREJUDIS!
Petikan dari Laman web KAFA
ini adalah keratan akhbar . .adakah penulis ini antara yang tidak mnyukai pembangunan bolasepak yang di buat oleh bapa pembangunan bolasepak Kelantan? adakah wartawan ini di bayar oleh ajk FAM untuk menjatuhkan Tan Sri Anuar Musa . . .apa salah Kelantan? apa salah kita?
No comments:
Post a Comment