Nwaneri dan Okocha jadi tumpuan, peminat tak mahu import tempang
KOTA BHARU – Tewas 0-5 kepada Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan Rabu lalu, The Red Warriors sekali lagi berdepan dengan ujian penting sebelum menghadapi Sabah dalam perlawanan Liga Super di Kota Kinabalu pada 8 Februari ini.
Malam ini, Kelantan akan melayan kunjungan kelab Balestier Khalsa FC dari Singapura pada perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.
Ini merupakan perlawanan persahabatan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam tempoh tiga bulan. Dalam perlawanan pertama pada 23 November tahun lalu, The Red Warriors menang 3-0 menerusi jaringan Emmanuel Okine, Mohd Nurul Azwan Roya dan S Chanturu.
Bezanya kali ini, kelab yang beraksi dalam Liga-S di Negara jiran itu kini dibimbing oleh Darren Stewart, bekas pemain pertahanan import yang pernah menyarung jersi pasukan Johor dalam Liga Malaysia pada tahun 1994 hingga 1995 dan semusim pada 1998.
Stewart, 46, sudah tentu tidak asing lagi dengan corak permainan pasukan di Negara kita dan kelab yang berpengkalan di Toa Payoh itu hampir pasti mempertaruhkan kelibat pemain import musim lalu iaitu Paul Cunningham dari New Zealand, Goran Subara (Australia) serta Park Kang Jin dan Chang Jo Yoon (kedua-duanya Korea Selatan) dalam perlawanan ini.
Sementara itu, perlawanan persahabatan ini juga merupakan kesempatan terbaik kepada penyokong setia The Red Warriors untuk menilai kehebatan bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri yang baru menandatangani kontrak selama setahun beraksi bersama Kelantan.
Tidak terkecuali, peminat juga pasti tertunggu-tunggu untuk menyaksikan kehebatan pemain import terbaru dari Ghana, Samad Awudu Okocha yang difahamkan sudah pun menandatangani kontrak bersama Kelantan turut mempunyai sentuhan pembunuh di depan gol sebagaimana disaksikan dalam rakaman video.
Ketika kelibat Mohammed Ghaddar dan Denny Antwi hampir pasti terpadam dalam baki 21 perlawanan Liga Super selepas ini, apakah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menandatangani kontrak kedua-dua pemain import terbaru itu berbaloi hanya berdasarkan rakaman video dan pengalaman lampau mereka.
Yang pasti, penyokong setia The Red Warriors tidak mahu tertipu lagi dengan ‘kehebatan’ awang import indah khabar daripada rupa seperti Mohammed Ghaddar dan Denny Antwi disamping Emmanuel Okine dan Zacharia Charara yang sudah pun mengucapkan selamat tinggal dengan ‘berhijrah’ ke pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur.
Petikan Dari Klate.net
Kawe pun tengok live semalam melalui Geger Live Tv telecast terima kasih atas live video semalam.Tapi apa yang membingungkan kawe pada mulainya agak terkejut selepas Tan Sri Anuar Musa berkata ada pemain Import yang tidak mahu datang ke stadium.siapa mereka?kawe rasa Ghaddar sebab tak nampok pun kelibat Ghaddar semalam.Tapi hanya Tan Sri Anuar Musa tahu siapa?
Sejarah sekali lagi berulang di SSMIV sebelum perlawanan bermula semua penyokong dan yang berada di stadium melaungkan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W semua yang lihat live pun kawe grenti semua bersama-sama selawat malam tadi.Tahniah Kepada semuanya.
Kawe tengok semalam pemain import baru Pertahanan Obinna kuat sangat mengarah dan hanya lebih tertarik untuk ke hadapan untuk menjaringkan Gol padahal dia bermain Defender.Kualiti pemain ini pun boleh di pertikaikan kerana dalam perlawanan persahabatan pun dah kutip kad kuning dan bagaimana kalau perlawanan liga.2 kali main dah kena rehat sebab dapat kad kuning ke?
Pemain striker Samad ,kawe lihat Ghaddar lebih baik tapi mungkin dia baru sampai dan belum ada keserasian?betul ke kita akan pakai pemain ini untuk LIga Malaysia.Atau kita guna dulu sampai bulan 4 nanti lepas tu tukar pulak dengan Ghaddar?Harap dia dapat bermain dengan baik kalau pemain ini lah yang akan di gunakan nanti semasa bertemu Sabah 8 haribulan ni?
Kita tunggu Keputusan dari pngurusan siapa akan bermain untuk Liga Malaysia?Apa -pun Butler tahun ni buke serupo wakk kawe kenal dulu.Bakpo tektik lain ?buke tektikal dulu...Tan Sri kata awal musim nak main laju ,skill dan smart..ge mano?Jurulatih pun satu hal . . .entahlah kawe tengok setakat nii berat nak pergi jauh...Tapi harap sangat semua kembali ke prestasi terbaik dan berusaha untuk mencapai kejayaan untuk Kleantan dan pemain kena buktikan ,,,,Penyokong ke stadium untuk bayar gaji pemain dan pengurusan kalau sesuatu yang berupa masalah dalaman kena selesaikan secepat dan sesegera mungkin.Penyokong wakk susah pun siap pinjam duit nak tengok bola...Tapi kalau pergi ke stadium habis tengok bola balik rumah dengan tak puah hati dan sakit hati ..baik tak soh g awal-awal lagi.Bukan tak nak sokong tapi pemain yang ada sekarang ni bukan bermain sebagai worriors tapi ada pilih bulu semasa bermain dan bukan bermain sebagai satu pasukan.Kita kena tengok dan nilai sendiri bagi kawe lahh buat masa sekarang dan pada apa yang di tunjukkan malam tadi.Bukan kita nak menang sokmo..Barcelona pun kalah . .Tapi semangat bermain bersungguh-sungguh tu makin pudar sekarang nii.Kalau ada video 90 minit ulang tengok sampaii jumpa masalah nii.Kelantan kita kembali ke pejuangan sebenar bukan Qualiti makin menurun..BIMBE WEHHHH
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment