Monday, 13 February 2012

Red Warriors Kembali Teraju Liga

KELANTAN 2
Norshahrul Idlan Talaha (m-37)
Mohd Badhri Radzi (m-52)
TERENGGANU 1
Abdul Manaf Mamat (m-90+2)
KOTA BHARU – The Red Warriors kembali merampas gelaran pendahulu liga setelah mengalahkan musuh tradisinya Terengganu 2-1 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Kejayaan menumbangkan seteru utamanya itu ternyata memberikan signifikan tersendiri bagi Kelantan yang berjaya membalas dendam setelah dikecewakan dalam perlawanan akhir Piala FA dan saingan suku akhir Piala Malaysia pada musim lalu.
Tempoh 20 minit pertama perlawanan jelas penguasaan milik Kelantan yang melakukan asakan bertali arus menerusi dua rembatan kencang pemain sayap, S Chanturu pada minit kelapan dan m-11 namun mudah diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.
Empat minit kemudian, gerakan menarik di antara Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin turut berakhir dengan kehampaan apabila Mohd Sharbinee Allawee terlebih dahulu pantas meluru keluar menyelamatkan keadaan di gawang golnya.
Meski pun tertekan dengan asakan pemain tuan rumah namun pasukan dilihat Terengganu cuba mengimbangi perlawanan dan lima minit kemudian Abdul Hadi Yahaya terlepas peluang untuk menghadirkan gol bagi pasukannya apabila rembatan kencangnya sempat dihadang Mohamad Ab Aziz Ismail di depan pintu gol Kelantan.
Terengganu terus melancarkan serangan balas pantas dua minit kemudian apabila hantaran lintang Abdul Hadi pantas disambar bek kiri, Muhammad Zubir Mohd Azmi namun rembatan kencangnya sempat ditepis keluar oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada m-34, Indra Putra terlepas peluang untuk meletakkan Kelantan di depan apabila rembatannya berpunca hantaran jauh Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi hanya tersasar beberapa meter di sebelah kiri pintu gol Terengganu.
Tiga minit kemudian, penyerang yang terkenal dengan jolokan ‘The Linesman’, Norshahrul Idlan Talaha menggamatkan sorakan hampir 15,000 penyokong setia The Red Warriors apabila merembat masuk gol pertama Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
Berpunca hantaran pendek Mohd Nurul Azwan di dalam kotak penalti, Norshahrul Idlan pantas melakukan rembatan yang menyaksikan bola terkena salah seorang pemain pertahanan Terengganu dan mengelirukan Mohd Sharbinee Allawee di gawang golnya.
Bersambung babak kedua, Kelantan hanya memerlukan tujuh minit untuk menggandakan jaringan. Berpunca tandukan pendek Indra Putra di dalam kotak penalti, Mohd Badhri Radzi mudah menanduk masuk menewaskan Mohd Sharbinee Allawee untuk gol kedua Kelantan.
Ternyata gol kedua tersebut terus menyemarakkan semangat anak buah Peter Butler untuk menambahkan jaringan dan Indra Putra terlepas peluang untuk mencetak nama selaku penjaring gol apabila tandukannya pada m-55 perlawanan dibatalkan setelah dikesan berada dalam kedudukan ofsaid terlebih dahulu.
Ketinggalan dua gol ternyata memberi tekanan kepada pasukan pelawat untuk kembali bangkit merapatkan jurang. Kelibat penyerang import mereka, Francis Forkey Doe yang digembar-gemburkan cukup berbisa nyata tenggelam setelah dibayangi kehebatan S Subramaniam dan Obinna Nwaneri di benteng pertahanan Kelantan.
Malah Forkey Doe wajar dinobatkan selaku ‘pakar ofsaid’ dalam perlawanan malam tadi apabila tidak kurang 10 gerakan menarik yang direncananya sering terjerat dengan perangkap ofsaid oleh benteng pertahanan Kelantan.
Begitu pun pasukan pelawat tetap menjelmakan asakan merbahaya pada m-63 perlawanan menerusi rembatan pemain gantian, Abdul Manaf Mamat yang hanya tersasar beberapa meter di sebelah kanan pintu gol manakala percubaan Mohamad Ashari Samsudin lima minit kemudian jauh tersasar.
Selebihnya kemudian, giliran Kelantan pula kembali mendominasi perlawanan apabila Norshahrul Idlan mempunyai dua peluang terbaik pada m-70 dan 76 perlawanan namun gerakan menariknya memperdayakan dua pemain pasukan pelawat berakhir dengan bola rembatannya terus ke dakapan Mohd Sharbinee Allawee.
Tindakan Ketua Pasukan Terengganu, Mohd Mazuki Yusoff menarik penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar pada m-85 perlawanan di dalam kotak penalti akhirnya mengundang padah apabila pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Kelantan.
Namun Ghaddar yang diberi tanggungjawab menyempurnakan sepakan tersebut gagal menghadiahkan gol ketiga untuk Kelantan apabila sepakannya ke penjuru sebelah kiri ditepis keluar Mohd Sharbinee Allawee.
Usaha berterusan Terengganu untuk merapatkan kedudukan bagaimana berhasil apabila Abdul Manaf berjaya merembat masuk hasil sepakan penjuru rakan sepasukan untuk gol saguhati pasukannya dalam masa kecederaan.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, Obinna Nwaneri, S Subramaniam, Mohamad Ab Aziz Ismail (Mohamad Zamri Ramli), Mohd Shakir Shaari (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), Mohd Badhri Radzi (KP), Mohd Nurul Azwan Roya (Mohammed Ghaddar), S Chanturu, Indra Putra Mahayuddin dan Norshahrul Idlan Talaha.
FORMASI : 4-4-2
TERENGGANU : Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mazlizam Mohamad, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Mazuki Yusof (KP), Muhammad Zubir Mohd Azmi, Erison Da Silva Santos Carnietto (Abdul Shukor Jusoh), Reeshafiq Alwi, Mohamad Ashari Samsudin, Shamsul Kamal Mohamad (Joseph Kalang Tie), Abdul Hadi Yahaya (Abdul Manaf Mamat) dan Francis Forkey Doe.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (4) Terengganu (2)
Percubaan tersasar : Kelantan (6) Terengganu (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (5) Terengganu (2)
Sepakan percuma : Kelantan (18) Terengganu (13)
Ofsaid : Kelantan (2) Terengganu (13)
Kekasaran : Kelantan (11) Terengganu (4)
Kad kuning : Kelantan (Mohamad Ab Aziz Ismail, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Indra Putra Mahayuddin) Terengganu (Francis Forkey Doe dan Mohd Mazuki Yusof)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :   Empat minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Terengganu (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Mohd Amirul Izwan Yaacob
Penolong Pengadil 1: Mohd Yusri Mohamad
Penolong Pengadil 2: Azmi Khalid
Pegawai Keempat : Ku Alaudin Ku Mohd
Kommissioner Perlawanan : Leftenan Kolonel (B) Kamarudin Sakari
General Koordinator : Arif Hassan

Petikan dari Klate.net

Kita bermain baik terutamanya Kapten kita Piya yang berjaya mengelecek dengan skillnya dan juga Nurul Azwan Roya yang begitu menjadi malam ini.Matyo sekali membuktikan dia masih penyerang terbaik negara jika nak di bandingkan dengan penyerang lain buat masa ini.Kreadit kawe berikan kepada Kelantan kerana mampu menjinakkan sang penyu dengan menyerang habis-habisan dan pertahananan import Obinna begitu organize dan memudahkan tugas Subra.Indra agak tenggelam dan Chanturu bermain baik tapi masih perlu meningkatkan prestasinya.
 Kita sendiri dapat lihat prestasi pasukan kita semalam adalah yang terbaik setakat ini,malah strategi Butler memang mengkagumkan.dari segi pemilihan pemain memang tidak di nafikan sehingga hari ini Butler masih utuh menggunakan khidmat Indra walaupun jarang terbabit dalam serangan tapi asisnya amat penting.Apek juga bertindak cemerlang malam tadi dan menjadikan kita Team yang paling dikehendaki 2012.semua pasukan akan bermati-matian untuk mengalahkan kita nanti.selepas 7 Pelawanan kita adalah satu-satunya pasukan yang belum tewas dan setakat hari ini Kelantan sudah meningkat pada 70% dari semua aspek cuma di bahagian serangan masih mencari gandingan yang perlu di mantapkan.Indra sudah memberi kita sedikit kelegaan dan Piya membuatkan kita tersenyum malam tadi
  Tahniah Kelantan The Red Worriors atas kejayaan malam tadi dan semoga prestasi terus meningkat dan kita akan benamkan Red Giants Pulak nanti.Apa-apa pun kawe masih mengharapkan Ghaddar agar menemui rentak yang di cari-cari dan banyak bermain berpasukan bukan mencari kelebihan individunya sahaja.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment