Masih ingatkah anda, beberapa bulan
lalu, seorang pegawai dari FIFA, Chris Eaton mendakwa ada pegawai
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang terlibat di dalam gejala
mengatur perlawanan membabitkan saingan Liga Malaysia? FAM tanpa
menyiasat lebih lanjut, meminta pegawai itu dan FIFA memohon maaf di
atas tuduhan tersebut yang disifatkan tidak berasas.
Hari
ini, kecoh memperkatakan seorang pengadil dari Malaysia, Shukri Nor
yang mana majikannya adalah FAM, didakwa di sebuah Mahkamah Singapura
bersama seorang bekas pemain kebangsaan yang kini bergelar ahli
perniagaan, S.S Thana Segar atas tuduhan bersetuju menerima suapan
RM15,000 untuk mengatur perlawanan Liga Super, membabitkan Lions XII
menentang Sarawak.
Shukri dan Thana
Segar, didakwa melakukan kesalahan itu, di sebuah bilik hotel di Pulau
Pinang pada 19 Mei lalu, namun difahamkan dia ditahan Anggota Biro
Siasatan Amalan Rasuah Singapura sebelum bermulanya perlawanan antara
kedua-dua pasukan, yang berkesudahan Lions menang 3-0, dan tempatnya
dalam perlawanan itu diambil alih Wan Ahmad Tarmizi.
Shukri,
47 tahun, boleh dikatakan antara pengadil paling berpengalaman di
Malaysia dan perkembangan ini nyata cukup memalukan di saat pemain dari
Malaysia semakin menjadi sebutan di luar negara. Ini nasib baik kantoi
sebelum perlawanan berlangsung, yang tak terkantoi entah berapa banyak
lah lagi? sungguh kasihan peminat bolasepak tempatan, hadir ke stadium
bersemangat tinggi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan, rupanya
keputusan sudah diatur. What a shame!!
Apa
yang berlaku, pastinya dilihat sebagai satu lagi tamparan hebat buat
FAM, beria-ria menyuruh FIFA meminta maaf kini sudah HAMPIR dapat
dibuktikan dan terpercik ke muka sendiri (walaupun kita sebagai rakyat
Malaysia akan berharap dakwaan tersebut tidak benar), apakah penjelasan
FAM tentang perkara ini, adakah mereka kini dalam situasi menjilat ludah
sendiri?
Dalam satu kenyataan kepada
Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz
berkata FAM akan menunggu keputusan perbicaraan mahkamah Singapura
sebelum mengambil tindakan lanjut katanya ini sebagai menghormati
undang-undang negara tersebut.
Manakala
dalam satu kenyataan ringkas kepada media, FAM mengucapkan tahniah
kepada CPIB di atas tindakan badan itu menahan dan mendakwa pihak yang
terlibat dengan gejala bookie. Menurut kenyataan itu lagi, FAM sentiasa
memandang berat isu rasuah bolasepak dan telah mengambil pelbagai
inisiatif untuk memerangi gejala ini. Cubaan untuk mendapatkan komen
orang kuat FAM, Datuk Azuddin Ahmad bagaimanapun tidak berhasil,
dilaporkan dia berada di Hungary ketika ini.
Mahkamah
membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin dengan bayaran $50,000
sebelum kes itu disebut semula 31 Mei nanti, dan jika sabit kesalahan
mereka boleh didenda sehingga $100,000 atau 5 tahun penjara atau
kedua-duanya mengikut undang-undang Singapura.
Apa
yang akan FAM pula lakukan? Saya masih ingat janji Datuk Astaman ketika
saya bertemu beliau dua tahun lepas, ketika beliau dilantik sebagai
pengerusi jawatankuasa pengadil, struktur gaji para pengadil adalah
perkara pertama yang akan dinilai agar mereka mendapat bayaran setimpal
perkhidmatan yang diberi. So, apa jadi?
Kritikan
terhadap mutu pengadilan juga perlu diteliti secara serius, bukannya
cepat melatah menjatuhkan hukuman, ini komen sikit terus nak menghukum
sedangkan kualiti pengadilan itu mungkin juga berkait rapat dengan
gejala mengatur perlawanan. Setakat pakai baju tertera logo INTEGRITI
dan berikrar beria-ria kononnya TELUS AMANAH, mana cukup? Kenapa tidak
selama ini apabila menerima laporan atau aduan, sama ada secara terus
atau melalui saluran lain, FAM jalankan siasatan untuk kenal pasti
puncanya?
Sebaliknya FAM hanya sibuk
menghukum, inikah yang mereka katakan sebagai bekerjasama memerangi
rasuah – iaitu dengan menjatuhkan hukum kepada orang yang menyuarakan
rasa tidak puas hati? Tengoklah, Persatuan Bolasepak Singapura telah
menjalankan tanggungjawab memerangi rasuah dengan berkesan, setinggi
ucapan tahniah buat FAS! FAM harus malu dengan FAS. Tak malu ke ucap
tahniah kpd badan induk negara jiran, terang-terang nampak diorang lagi
telus dan berintegriti.
Oleh: http://suarasukan1mas.blogspot.com
Petikan dari Klate.Net
Sampai bila virus rasuah ni akan terus bermain di kalangan warga bolasepak.Kita ingatkan perlawanan semuanya dah bersih tapi hantu rasuah ini masih lagi ada dan mungkin sudah mula merebak yang mana hanya kita sahaja yang tidak prihatin dengan masalah ini.Du harapkan FAM sedar akan masalah ini dan jika pengurusan dah terlalu lama berada di kerusi mintak yang sepatutunya berundur silalah berundur demi bolasepak negara dan bukannya demi nama dan pangkat.
Petikan dari Klate.Net
Sampai bila virus rasuah ni akan terus bermain di kalangan warga bolasepak.Kita ingatkan perlawanan semuanya dah bersih tapi hantu rasuah ini masih lagi ada dan mungkin sudah mula merebak yang mana hanya kita sahaja yang tidak prihatin dengan masalah ini.Du harapkan FAM sedar akan masalah ini dan jika pengurusan dah terlalu lama berada di kerusi mintak yang sepatutunya berundur silalah berundur demi bolasepak negara dan bukannya demi nama dan pangkat.
No comments:
Post a Comment