Friday, 4 May 2012

KEJOHANAN TEN PIN BOWLING MASKAB

Sebelum bergerak ke Kedah.Team bowling Bomba Terengganu mengadakan suprise party untuk pengurus Induk Tuan Syariman sempena hari jadi beliu.small Party tapi suprise "semoga panjang umur di murahkan rezeki dan berbahagia selalu".Masa perjalanan mungkin mengambil masa yang agak panjang dengan Bismillahirahmanirrahim kami memulakan perjalanan ke Alor Setar Kedah dan pemandu kami adalah Zairi.Kami bertolak jam 10 pagi.Suasana agak kekok sedikit bila Norhidayah di skipkan dari Pertandingan kali ini kerana maslah kerja.Kami tetap berjuang dan akan terus berjuang.
Melalui jalan ke kota bharu dan ikut jalan haiway ke machang,tanah merah dan Grik.Kami berhenti di lintang untuk makan tengah hari.Tapi bayaran nya agak mahal.6 Orang makan sampaii RM 33.Ermmm tak pa lahh tempat dia kan.
 Kami Sampaii di Alor Star pada jam 7 malam.Check in di ASRC berdekatan dengan area stadium.Tempatnya cantik dan biliknya pula sangat selesa dengan harga RM75 saru malam.Lebih kurang jam 8 malam kami ke Star Parade untuk tengok dan test lane.Malam ini hanya pemain sahaja yang test lane.Pengurus dan coach hanya tengok sahaja.Semasa test lane ini Zairie mendapat high score tertinggi dengan 250 jatuhan pin.Harap ad sinar untuk Pertandingan nanti.
Ada jugak yang letak tanduk atas kepala Coach yerr.semasa test lane ni Mustaffa menunjukkan tanda-tanda dia sudah pulih dan sedia untuk beraksi.Zairi pun nampak yakin dan Zurina dapat maintain 130 jatuhan pin.Kawe pun main sekadar test jee.nampaknya kena cari solution untuk bola VIVID kalau kawe bermain di sebelah kiri memang susuh untuk maintain.Bermain 4 game dengan Score 147,138,138 dan 144 bukanlah score biasa kawe.mungkin tak jumpa kat lane di Sky Bowl nii.Total untuk 4 game adalah 567 dan everage 141 per game.teruk nii entahlahh kena banyak bertenang dan fikirkan kaedah lain.mungkin kawe kena cari cara balingan asal di sebelah kanan  lane.Tapi bila nak cuba nampak gayanya kena pergi trainning sorang-2 baru boleh concentrade.Kawe agak terkilan dengan cara pemainan bola VIVID nii.Bola dah o.k cuma nak cari solution untuk menghasilkan score terbaik dan maintain tu yang susah.Ada juga yang mintak kawe cepat cari tapi terpaksa buat bodoh je sebab kawe tahu hari dan kaedah yang belum di temui,jadi kawe hanya enjoy my game.Walaupun ada yang bosan tengok kawe main tapi tak pe lahh.Mungkin satu hari nanti kawe akan jumpa kaedah yang paling sesuai dengan bola baru nii.
Tengok wajah pengurus dengan isterinya siap posing maut lagi tuu.Mereka ni spoting gila.Terutama yang pakai baju biru tuu.Pengurus induk.Pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa kami tempuhi untuk sampaii di tahap permainan sebagaimana hari ni.Ada time jadi tapi Team lain jadi jugak so kita tengok peluang dan masa yang sesuai untuk bangkit.Memang kita perlu bangkit untuk mendapatkan peluang mendapatkan mata,kalau ingin ke final di sunway Piramaid pada bulan 12 nanti.Buat masa sekarang ni setelah habis 2 siri kami belum ada sebarang mata.Paling tidak kali ini kami memerlukan sekurang-kurangnya 5 pasukan terbaik.Bagaimana caranya untuk menjadikan 5 terbaik.Paling kurang satu game kami perlu mencari sekurang-kurangnya 500 jatuhan pin bagi setiap game.4 game permainan dan nak atau tidak semua 3 pemain perlu menjaga score mereka supaya tidak di bawah par.Mereka boleh lakukan sebenarnya dan tidak perlu marah atau mempersendakan rakan sepejuangan malah kena terus berusaha untuk tingkatkan prestasi dan everage itu penting bagi mencapai kejuaraan.Bukan nak kan juara tapi 5 pasukan terbaik.Jangan jadi sesetengah pasukan lain.Siri pertama johan dan siri berikutnya berada di antara yang terakhir.Tidak seronok dan tidak boleh perkara begini berlaku pada team kami.

Seronok jugak test lane kat sini,Tetapi ada seorang pekerja di tempat bowling nii muka dia seakan-akan Mas Idayu sampai seluruh team panggil dia Mas Idayu.Hehhehehe.

Selepas jumaat kami ke Sky Bowl sekali lagi dan kali ini hanya pemain sahaja yang bermain 4 game.Dari score pada waktu petang nampaknya agak baik berbanding di waktu pagi dan jika esok mereka mengekalkan corak pemaianan sebegini 5 tempat teratas sememstinya milik kita..Insyaallah.
Pengurus pertandingan kami siap mengurut lagi sambil tenangkan fikiran dan mencari idea.heheh sedakk pengurus kita ni kan.
Suasana di perkarangan hotel,Siap ada Swimming pool lagi.Tapi dar semalam rancang nak turun mandi tapi masa masih mencemburi kami.Tak pe lah ada masa kita terjun.
Inilah baju yang kami pakai semasa hari pertandingan dan sebaik sahaja permainan bermula kami mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim..semoga Allah menberi kami rezeki dan hidayah.Segalanya nampak baik di awal permainan dan pemain bagi trio Mustaffa ,Zairi dan Zurina.Hasilnya kami berjaya mendapat tempat kedua.
 Tahniah di ucapkan kepada pemain yang bermain dengan baik dan kami hanya ke tinggalan 2 pin dari Juara Negeri sembilan.Alhamdulillah bersujud syukur kami atas rezeki yang Allah berikan.Dalam ketegori pegawai kanan pula ,Tuan Syariman mendapat tempat ke 4.
Spek kawe bertukar warna menjadi warna hitam bila terkena cahaya matahari.Besar jugak posh beg kawe ni yerr.mungkin waktu ni tak sempat nak ketatkan pinggan,hehehhehhe.Sebaik sahaja habis Pertandingan siri ke 3 ini ,kami terus ke Penang untuk siri ke 4.Semoga semua pemain dapat mengekalkan prestasi dan bijak dalam strategi yang di atur.Selamat maju jaya....

No comments:

Post a Comment