KELANTAN dan Sime Darby FC melangkah ke final Piala FA 2012.
Sime
Darby mara dengan kelebihan agregat 2-1 selepas terikat seri tanpa
jaringan dengan Terengganu pada aksi separuh akhir kedua di Stadium
Selayang malam tadi.
Kelebihan agregat tersebut diperoleh hasil kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.
Kelantan
pula melangkah bergaya selepas mencatat keputusan 2-2 dengan Kedah pada
aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi sekali gus mara
dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Pada aksi pertama minggu lalu, kedua-dua pasukan turut mencatat keputusan seri 1-1.
Meskipun terikat dengan agregat 3-3 tetapi Kelantan mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Kedah
pernah beraksi di final Piala FA pada tahun 1996, 2007 dan 2008 dengan
meraih gelaran sebagai juara, namun pada tahun 2010 mereka dihampakan
Negeri Sembilan yang pada masa itu dibimbing Wan Jamak Wan Hassan.
Nasib
ternyata tidak menyebelahi anak-anak buah pengendali yang berasal dari
Johor itu berdasarkan perkiraan gol ditempat lawan menerusi agregat 3-3.
Kelebihan
dua jaringan pada babak pertama menerusi jaringan penyerang licik,
Mohd. Khyril Muhymeen Mohd. Zambri yang mampu memberi kelebihan kepada
Kedah gagal dipertahankan sehingga wisel penamat.
Sebaliknya Kelantan bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan, Obinna Nwaneri dan penyerang, Mahmoud Ghadar.
Kedua-dua
pasukan yang mahu mencari jaringan awal sebagai gol semangat saling
mengasak sebaik wisel dibunyikan pengadil perlawanan, M. Yusof Mat
Karim.
Pasukan tuan rumah berpeluang
mendahului menerusi Gerc pada minit ke-29, namun diselamatkan penjaga
gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.
Usaha
skuad Kenari akhirnya berhasil menerusi sepakan percuma Ketua Pasukan,
Baddrol Bakhtir yang dikuis cantik Mohd. Khyril Muhymeen pada minit
ke-31.
Mohd. Khyril Muhymeen sekali
lagi menceriakan lebih 30,000 penyokong skuad Hijau Kuning apabila
menjaringkan gol kedua pada minit ke-42.
Pemain
berjersi 18 itu menolak masuk hantaran Mohd. Fazliata Taib yang
menerima hantaran Mohd. Khairul Helmi Johari daripada kawasan tengah
padang untuk meletakkan pasukan tuan rumah selesa mendahului dua
jaringan.
Skuad Kijang memulakan
babak kedua dengan langkah kanan apabila berjaya merapatkan kedudukan
menerusi pemain import, Obinna Nwaneri yang menanduk masuk bola hantaran
sepakan sudut Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-47.
Mohd.
Khyril Muhymeen yang berjaya melepasi pertahanan pasukan pelawat sekali
lagi berpeluang melebarkan jaringan dua minit kemudian, namun
sepakannya diselamatkan Khairul Fahmi.
Pasukan
pelawat selepas itu menggandakan asakan dan akhirnya berjaya memperoleh
gol penyamaan menerusi Mahmoud Ghadar pada minit-61.
Petikan dari Klate.Net
jaringan pencetus kebangkitan Kelantan.Obinna membuktikan tektikal kita menjadi malam ini.Separuh masa pertama pemain kita relax sahaja sebab nampak sangat tak bersungguh tapi sebaik masa kedua bermula Baru kita bermain dengan baik.
Ghaddar menyelamatkan Kelantan dan membawa team kita ke Final dengan Jaringannya.Terima kasih Ghaddar.Tapi yang menariknya Ghadar berlari ke arah penyokong dan memanjat pagar bagi meraikan jaringannya.
Bukan Setakat itu sebaik sahaja wisel penamat di tiup selepas meraikan bersama pasukan.
Cara Ghaddar meraikan bersama penyokong menandakan kasih sayang dan dia amat menhargai peminat Kelantan.Sebab inilah dia di senangi oleh semua penyokong Kelantan.
No comments:
Post a Comment