Terima kasih kepada Shafie kawan yang sentiasa ada kontoversi tapi dalam bab basikal ni dia memang dah biasa dan boleh di katakan pakarlah.Kawe ingat kan beli basikal ni hanya basikal dan Pam sahaja rupanya banyak lagi Assoseri yang perlu ada.Ini adalah tempat letak bekas air dan benda ini perlu jika kita berkayuh jauh dan memakan masa yang lama.Ingatkan bekas air di rumah yang ada tu muat,tetapi tak muat,Nanti kena cari lagi bekas airnya.
Kawe memang pakai porch beg rupanya basikal pun ada jugak ye,inilah pengalaman baru dalam membeli basikal mahal ni.Beg ini penting untuk letak i/c,handphone dan syiling serta kunci rumah.Syiling penting kerana jika dahaga kita boleh behenti di tepi jalan ambik air mineral letak dalam bekas air kita.
Masalah memang kita tak mintakan tetapi jika berlaku sebarang kesulitan yang memaksa kita membatalkan kayuhan kerana masalah kritikal memang kita perlukan pengangkutan untuk membawanya pulang.Kalau pakai kereta Myvi seperti kawe tidak perlu risau kerana basikal ini memang muat dengan Myvi cuma kalau kancil kena sampai set penumpang.Cara kedudukan ini kena ingat jangan salah masuk nanti tercalar habis kereta.
Yang pertamanya adalah pedal,kedudukan padel kena lah seperti rajah di atas kerana menyelamatkan dari tersangkut di mana-mana.kawe ambik gambar ini semasa membawanya pulang kerumah.Tidak susah sangat nak buka dan pasang tayarnya kerana ada klip.
Tayarnya pula kena kedudukan selamat macam ni.Senang kerja.Bila masukkan basikal kena masukkan basikal dulu baru tayar dan bila keluarkan ,kena keluarkan tayarnya dahulu baru basikal.memang kena ada cara jugak kalau tidak banyak yang rosak nanti.
Di sebabkan basikal ini jenama Releigh so kena pakai helmet jenama yang sama jugak lah kan.Ingat nak cari warna merah tapi tak kesampaian sebab ada warna putih jee.Helmet ini sebab keselamatan kan jadi kena beli lah kan.Sebab jadual kawe mengayuh waktu pagi dan petang.Pertama kali beli basikal mahal ni kawe beli bersama Stand,Helmet dan porch beg.
Main atas jalan raya,ciri-ciri keselamatan perlu di utamakan.Pertama kali kayuh basikal ni tanpa meter miles rasa macam kosong jee so kawe beli meter miles.29 mei 2012 kawe beli Meter digital Miles Cat Eye RM 60 bersama Pam kaki RM20 jadi RM80.
Pada 30 mei 2012 kawe keluar bersama wife kawe.terasa nak tengok seluar untuk naik basikal.Kawe pergi sampai ke Batu Rakit semata-mata nak tengok sendiri.Sampai kedai Kayuh kawe ada tengok seluar jenis pendek,separuh dan panjang dan harganya agak mahal sikit lahh.Kawe bertanyakan kepada tuan kedai,dimana nak cari pakaian ni.Dia kata kat Batu Buruk dan kami pun terus ke sana.Kat kedai Batu Buruk ni memang banyak pilihan dan banyak stail.Kawe pun belilah seluar dengan harga promosi RM100 dan harga asalnya Rm136 di tambah pula dengan Bekas Air sebab yang ada kat rumah tak boleh masuk.Bekas air dia bagi dengan harga Rm18 bagi yang besar lahh
Pada mulanya rasa macam tak penting tapi memandangkan minggu depan kawe budget 30km sekali kayuh jadi kawe rasa memang perlulah kan.jadi dah alang-alang dah ada kat kedai ni jadi kawe pun belilahh.Jadi RM 118.
Pada pagi 31 Mei 2012 kawe pasangkan Meter Miles ni dan terus keluar worming up kawe ambik masa 40 minit dengan jarak 15km.Tapi Meter Miles tak berjalan,mungkin sebab salah setting.Kawe pun balik rumah buat simple straching dan work up sikit khususnya di perut.lepas tu baru kawe rehat.Selepas asar kawe telefon Shafie bertanyakan tentang Meter Miles dan akhirnya baru jadi.Rupanya setting magnet dengan detecionnya tak betul-betul pasang.
Pada jam 5.45 petang kawe pun mula berkayuh.Best rasanya ada meter baru sedap kayuh.Kawe ambik jalan Bukit Payung kg, Titian Baru,Atas Tol dan Jalan Padang Midin tapi bila nak sampai di rumah masih 6.45 petang kawe sekali lagi ke Bukit Payung tapi Potong ikut Kg Surau Haji Mat Zin,masa kat sini terasa sangat haus dan perih tekok.Nasib baik ada bekas air sambil kayuh tenguk 2,3 kali.Baru lega.Sampai Paya Resak kawe mula kayuh perlahan untuk cooling down dan Sampai di rumah jam 7.10 petang.Buat work up sikit dan terus buat Cooling down sebab dah magrib.
No comments:
Post a Comment