Thursday, 30 August 2012

Kelantan Nafi Hajat Besar ATM

KUALA LUMPUR – Kelantan menafikan hajat besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merekodkan kemenangan tiga kali berturut-turut apabila berjaya mengikat pendahulu Kumpulan B Piala Malaysia itu 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.
Bagaimanapun kerancakan perlawanan antara ATM dengan Kelantan di hadapan 20,000 penonton itu dicemari oleh insiden baling botol daripada penyokong The Red Warriors ke dalam padang ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan, Mohd. Amirul Izwan.
Akibat kejadian itu, perlawanan terpaksa diberhentikan 14 minit di babak kedua selepas pengadil enggan memberikan penalti kepada pasukan pelawat selepas Mohd. Badri Radzi dikasari di dalam kotak penalti.
Marlon meletakkan ATM di hadapan pada minit ke-55 ekoran kesilapan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang gagal menangkap kemas rembatan penyerang dari St. Vincent & Grenadines itu sebelum bola bergolek masuk ke dalam gawang.
Namun, Obinna Nwaneri memastikan penyokong setia Kelantan seramai 15,000 tidak pulang hampa apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 hasil rembatan kencang ke gawang gol selepas menyambung percubaan Shakir Shaari yang sebelum itu dapat diselamatkan oleh Farizal Harun.
Keputusan seri itu meletakkan peluang buat semua pasukan dalam Kumpulan C masih sama rata dengan ATM kekal di tangga teratas dengan tujuh mata sementara Kelantan naik ke tempat kedua dengan empat mata, Kedah dan Terengganu memungut tiga mata.
Kelantan membayangkan penguasaan awal melalui dua gerakan solo menarik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-8 dan 11 namun rembatan leretnya terlalu lemah dan mudah ditangkap kemas oleh penjaga gol ATM, Farizal Harun.
Ketika Red Warriors rancak menyerang, ATM melakukan serangan balas pada minit ke-14 menerusi gerakan Hairuddin Omar yang melakukan hantaran tinggi kepada Marlon Alex James.
Penyerang import itu berjaya mengatasi kawalan ketat Obinna Nwaneri dan menggelecek Khairul Fahmi Che Mat tetapi rembatannya sekadar sipi mengenai jaring di sebelah tepi.
Jika tidak kerana Azmi Muslim dapat menahan rembatan Mohd. Afiq Azmi di atas garisan gol, Kelantan sudah pasti berada di hadapan pada minit ke-26 selepas Irwan Fadzly Idrus melakukan kesilapan apabila terlepas bola dalam kotak penalti.
Bermula babak kedua, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak membuat penukaran memasukkan Mohammad Ghaddar untuk menggantikan Afiq dan pemain import Lebanon itu hampir meledak gol pembukaan seminit kemudian tetapi percubaannya tidak membuahkan sebarang hasil.
Rembatan jarak jauh Marlon dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-47 sebelum penjaga gol kebangsaan itu sekali lagi terpaksa bekerja keras menyekat gerakan Hairuddin lima minit kemudian yang berjaya melepasi pertahanan Kelantan dalam kawasan penalti ATM.

Petikan dari Klate.Net


Alhamdullilah walaupun Mat Yo tidak berjaya menjaringkan gol tapi ada 2 atau 3 cubaaannya dan mula menampakkan yang dia akan menjaringkan gol dalam masa terdekat.Kawe yakin Mat Yo sudah kembali ke prestasi asalnya cuma Aidil sahaja penghalang utamanya malam tadi.Nurul Azwan Roya di lihat kurang menjadi dan kemasukkan Farhan mengubah corak permainan dan sekaligus membuka banyak peluang-peluang menjaringakan gol.
Dari segi prestasi pasukan.Kelantan semakin meningkat dari semasa ke semasa dan membuatkan kita rasa kelantan akan terus meningkatkan prestasi pasukan hingga ke peringkat akhir.Insyaallah,nampak gaya Sang Juara sudah mula mengeluarkan taringanya.ATM akan bertandang ke Kota Bharu pada 1 haribulan september untuk aksi timbal balik kumpulan.Rasanya Kelantan bakal merobek ego ATM bila bermula sahaja pusingan kedua.Mari ramai-ramai kita ke stadium Keramat STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-IV bagi memberi sokongan pada pasukan kesayangan kita.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!

 

No comments:

Post a Comment