Sebelum
undian Piala Malaysia berlangsung semalam, pengurus pasukan bola sepak
Kelantan, Azman Ibrahim ada membayangkan jika diberi pilihan juara Liga
Super dan Piala FA itu tidak mahu berada dalam satu kumpulan dengan
Terengganu, Kedah dan Tentera.
‘Mulut
masinh’ atau secara kebetulan kerana apa yang dibimbangkan Azman itu
akhirnya menjadi kenyataan apabila The Red Warriors diundi dalam satu
kumpulan dengan ketiga-tiga pasukan berkenaan, semalam.
“Apa
yang saya risaukan berlaku juga akhirnya,” kata Azman selepas majlis
undian yang meletakkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Tentera dalam
Kumpulan B.
“Ini jelas sekali adalah
kumpulan maut saingan kali ini. Terengganu dan Kedah memang lawan sukar
yang cukup kami hormati, manakala juara Liga Perdana musim ini, Tentera
yang dikendali bekas pengendali Kelantan, B Sathianathan bukan
calang-calang pasukan.
“Sathia pernah
menerajui Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada 2009 dan dia menyimpan
banyak rahsia pasukan ini. Saya harap menyimpan sebahagian daripadanya
dan memberi peluang kepada Kelantan untuk muncul juara,” katanya.
Bagaimanapun
Azman yakin, pasukan yang mampu melepasi cabaran peringkat kumpulan
maut ini akan pergi jauh dalam kejohanan itu nanti. “Jika dapat melepasi
kumpulan, pasukan itu akan dapat pergi jauh,” katanya.
Sementara
itu, Sathianathan akur dengan nasib pasukannya yang diundi bersama
Kelantan dan tidak menolak kemungkinan Tentera mempunyai peluang untuk
melakukan sesuatu dalam saingan Piala Malaysia tahun ini.
“Sebelum
pasukan terakhir dalam Kumpulan B diundi, saya sudah terbayangkan nama
Tentera akan keluar, dan apabila ia benar-benar muncul saya tidak
terkejut,” kata Sathia. “Apa-apa pun boleh terjadi dalam peringkat ini,
peluang kami tetap ada.”
Pengurus dok bimbang tapi itu yang terjadi.Kita duduk dalam pasukan Maut.2 pasukan dari 4 pasukan akan layak ke pusingan kalah mati.Mampukah Kelantan akan ke Separuh akhir? kerana sasaran pasukan adalah separuh akhir.Tetapi kawe rasa Kelantan akan berada di Final dan di ramalkan Kelantan akan bertemu LionsXII.Kita doakan perkara ini menjadi kenyataan dan kita berharap mampu membawa pulang Piala Ke tiga musim ini.Ini adalah harapan kita dan hanya Pemain dan Penyokong mampu memainkan peranan untuk menjayakan misi ke 3 kita.Insyaallah semoga Allah menerima Doa kita semua di bulan ramadan ini.\
Apa pun...bo lawe stara demo...GOMO KLATE GOMO!!!!!!!
lawan tetap lawan kalah menang Allah tentukan
No comments:
Post a Comment