Tuesday, 7 August 2012

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI


LONDON - “Maafkan saya, saya tahu rakyat Malaysia kecewa. Saya sudah melakukan yang terbaik," kata Datuk Lee Chong Wei selepas gagal dalam usahanya untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik selepas tewas buat kali kedua kepada musuh tradisi, Lin Dan pada perlawanan akhir di Arena Wembley, semalam.
Kegagalan tersebut sekali gus menghampakan impian jaguh No. 2 negara itu untuk menjadi penyumbang emas pertama Malaysia dalam sejarah Olimpik, namun dia tetap menghadiahkan pingat perak pertama buat kontinjen negara di Temasya London 2012.
Chong Wei, 29, sudah begitu hampir untuk melakar sejarah di Olimpik sebelum dua mata akhir memberi kemenangan kepada Lin Dan yang akhirnya mengekalkan pingat emas buat kali kedua berturut-turut.
Turun dengan semangat yang menyala, Chong Wei yang tewas kepada lawan yang sama pada babak akhir di Beijing 2008 diberi tentangan sengit apabila kedua-duanya saling bertukar mata sebelum menang 21-15 di set pembukaan, tetapi Lin Dan bangkit menyamai kedudukan 21-10 pada set kedua untuk ke rubber set.
Set penentuan Chong Wei bermula baik, namun kesilapan pada permainan jaring dan kerap melakukan hantaran tinggi menghukumnya sehingga memberi mata mudah kepada Lin Dan yang garang menyerang untuk memungut mata walaupun satu ketika lawannya ketinggalan 9-11 dan 16-18, sebelum mengesahkan kemenangan 21-19.
“Saya kecewa dengan kekalahan ini. Lin Dan seorang lawan yang sukar tetapi kekalahan ini juga memberikan semangat kepada saya untuk tidak jemu menentangnya. Begitupun untuk Sukan Olimpik seterusnya saya mungkin sudah bersara tetapi tak tahulah, sama ada Lin Dan masih menyertainya. Selepas ini saya akan menyertai Liga China dan mungkin kami akan bertemu lagi dan menjadi kawan baik.
“Hanya ada satu Lin Dan sahaja di dunia dan tidak ada sesiapa pun mampu menewaskannya. Sudah dua kali saya tewas kepada dia pada perlawanan akhir Sukan Olimpik. Mungkin saya hanya berhak untuk pingat perak.
“Lin Dan bekerja kuat untuk temasya ini dan kemenangan dia merangsang saya untuk berkerja lebih kuat. Berbanding dengan permainan saya di Beijing 2008, persembahan saya kali ini lebih bagus,'' katanya lagi.
Dalam pada itu, Lin Dan mengakui lebih bernasib baik kali ini selepas diberi tentangan sengit termasuk tewas pada set pertama.
Katanya, bukan mudah untuk mendapatkan emas, malah dia terpaksa melakukan banyak pengorbanan sejak menang buat kali pertama pada 2008.
“Saya bernasib baik selepas tewas di set pertama. Chong Wei bermain bagus tetapi saya dapat mencuri peluang daripada permainan perlahannya di set kedua dan ketiga,’’ kata Lin Dan.
China mengukuhkan kedudukan sebagai gergasi badminton dunia dengan memenangi semua lima emas yang ditawarkan di London.
Turut menyaksikan perlawanan akhir itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor. - UTUSAN

Petikan dari Utusan Malaysia

Siapa sahaja yang melihat aksi perlawanan akhirnya tentunya berdebar sangat-2.Kawe pun rasa macam nak tercabut jantung nii.Tapi itulah adat perlawanan semestinya ada pemenang.Datuk Lee Chong wei Kalah juga tapi kekalahan kali ini sememangnya dia bertungkus lumus hingga ke saat-saat akhir untuk mencapai kejayaan.Walau pun tewas cara dia berjuang seolah-olah ini adalah olimpiknya yang terakhir.Tak pa lah Datuk mungkin itu sahaja rezeki kita kali ini.
 Tangisan dia membuatkan kita sendiri berasa sedih kerana usaha yang telah dia buat untuk negara masih lagi gagal untuk mencapai pingat emas pertama Malaysia dalam sukan olimpik.Ramai yang menyambut kepulangan wira negara ini di Airport pagi td.Di anggarkan lebih kurang 500 orang.

Kejayaan Datuk Lee Chong Wei ini memang di jangka dari awal antara perak dan Emas.Tetapi Perak yang di kalungkan untuknya.Di sebalik sedikit rasa kecewa kita keran kegagalan pingat emas tetapi aksi beregu negara yang sememangnya kita tengok teknik permainan mereka sangat teruk.Kenapa perlu bertahan sewaktu bertemu dengan beregu china tempoh hari di mana jurang mata yang jauh telah berjaya di perolehi tetapi kerana  nak sangat bertahan mereka di kejar dan di tewaskan.mana semangat melawan mereka berdua? adakah masalah peribadi membuatkan mereka lupa akan tanggungjawab mereka kepada negara?BAM perlu mendapatkan ramuan lain bagi mereka ni.Apa pun Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana hadiahkan pingat perak buat Malaysia.We are Proud Of you!!!!!



No comments:

Post a Comment