25 Julai 2012 - Pasukan Harimau Malaya
beraksi baik ketika tumpas 1-2 kepada pasukan Arsenal pada aksi
persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia terlebih dahulu
memecah kebuntuan di penghujung babak pertama permainan namun Arsenal
bangkit dengan dua gol di babak kedua.
Arsenal menguasai babak awal permainan
dengan serangan mereka dijana oleh Mikel Arteta dan Gervinho di
bahagian tengah. Namun begitu, penyerang antarabangsa Morocco, Marouane
Chamarkh dan Andre Santos gagal untuk menyudahkan peluang yang dimiliki.
Ketangkasan penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias serta kecemerlangan
barisan pertahanan berjaya menidakkan serangan pasukan Arsenal.
Malaysia mencipta kejutan di
penghujung babak pertama. Percubaan pemain pertahanan kiri Malaysia,
Azmi Muslim dari luar kotak penalti berjaya menewaskan Vito Mannone di
gawang Arsenal. Separuh masa pertama tamat dengan Arsenal 0-1 Malaysia.
Arsenal membuat pertukaran
besar-besaran di separuh masa kedua dan menukar hampir keseluruhan
pemain mereka. Arsenal memasukkan pemain utama mereka seperti Theo
Walcott dan Alex Song di babak kedua.
Gol penyamaan Arsenal hadir setelah
Nico Yennaris berjaya mengatasi Rozaimi Abdul Rahman di bahagian sayap
kanan sebelum melorongkan bola yang berjaya disempurnakan Thomas
Eisfield.
Gol kemenangan Arsenal hadir pada
penghujung babak permainan. Pemain yang dilahirkan dari Akademi bola
sepak Arsenal, Chuks Aneke muncul wira setelah percubaan beliau terbias
pertahanan Malaysia sebelum bola itu melantun untuk menewaskan Farizal
Marlias buat kali kedua.
Kekelahan tipis ini pastinya
melambangkan peningkatan yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia pada
perlawanan kali ini. Pada pertemuan persahabatan antara kedua-dua
pasukan tahun lalu, Arsenal membenam Malaysia 4-0
Arsenal bakal meneruskan perlawanan
pra-musim mereka di Hong Kong. Malaysia pula dijadualkan bertemu pasukan
Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada perlawanan
persahabatan seterusnya pada 30 Julai 2012 di Stadium Nasional Bukit
Jalil
Petikan dari Gawang.my
Pada pendapat kawe aksi persahabatan menentang pasukan Arsenal yang di barisi pemain skuad utama dan kedua.Perlawanan pada separuh masa pertama Malaysia bermain baik walaupun Striker kembar kita Norshahrul dan Shafie Sali masih berada dalam masalah prestasi tetapi mereka sudah mula menunjukkan bahawa mereka akan kembali 100% nanti.Ternyata mereka berdua perlu kerap bermain bersama dan bermain pada perlawanan yang lebih baik terutama peringkat Asia.Kalah tidak mengapa tetapi kita nak striker kita menemui kembali sefahaman anatara mereka.Di samping itu juga Malaysia sudah boleh menyiapkan beberapa penyerang muda yang lain agar perbezaan antara Srtiker lama dan baru tidak sejauh sekarang.
Ramai pengulas dan Rakyat Malaysia mahukan Malaysia menang.Betul ,kita sudah menang separuh masa pertama dan itu dari skuad utama.Kita tewas tipis kerana pertukaran pemain dan skuad kedua Malaysia.Apa yang di lakukan oleh Coach Kita amat baik.Walaupun ramai yang inginkan kemenangan tetapi kemenangan pengalaman yang di pilih oleh Coach Malaysia.
Rakyat Malaysia pasti akan mula berfikir akan kehebatan Farizal Marlias tetapi bagi Kawe Apek masih pemjaga Gol No 1 Malaysia.Bukan sebab dia berasal dari Kelantan tetapi kematangan semasa dia bermain yang membuatkan kawe Confident bila dia ada.Apa pun di harapkan Team Malaysia mengumpulkan Segala pengalaman ketika menentang pasukan EPL ni.Selamat maju jaya kepada TEAM MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment