“PERCATURAN
paling bodoh musim ini.” Demikian komen pedas penasihat Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar) melalui entri laman sosial
facebooknya sebelum berakhirnya perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul
Takzim (Johor DT) yang menyaksikan gergasi pantai timur itu tumbang 0-2 di
Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin malam kelmarin.
Kenyataan
yang dikeluarkan oleh ‘orang kuat’ bola sepak Kelantan itu dipercayai mempunyai
kaitan dengan tindakan ketua jurulatihnya, Bojan Hodak yang merehatkan tiga
tonggak utama mereka, Badhri Radzi, Norfarhan Muhammad dan Indra Putra
Mahayuddin.
Ketiga-tiga
pemain tersebut hanya dimasukkan kira-kira 20 minit sebelum perlawanan tamat,
dan Indra Putra serta Badhri hanya membuat penampilan pada 10 minit terakhir.
Ia
dilihat sudah terlambat selepas Johor DT mendahului dengan dua gol.
Pada
babak pertama perlawanan, Kelantan dilihat masih mampu mengimbangi perlawanan
dengan melakukan beberapa perubahan tanpa melibatkan pemain berkenaan sehingga
berjaya mengekang asakan lawan tanpa sebarang gol membolosi gawang.
Ketika
babak kedua bermula, ramai yang menaruh harapan untuk melihat kelibat
ketiga-tiga pemain berkenaan dimasukkan namun, tindakan Hodak memasukkan
Norfarhan selepas Johor DT mendapat gol pertama, dan dua lagi pemain dimasukkan
selepas mereka ketinggalan 2-0 dan tindakan tersebut dilihat sudah terlambat.
Namun,
tindakan Hodak ‘menyimpan’ ketiga-tiga pemain berkenaan dilihat sebagai salah
satu percaturan untuk memberikan rehat yang cukup sebelum mereka dijadualkan
turun menentang Terengganu pada perlawanan separuh akhir Piala FA Sabtu ini di
Kota Bharu.
Bagaimanapun,
kekalahan tersebut menyebabkan ramai peminat tidak berpuas hati dengan
percaturan tersebut terutama apabila pertembungan melibatkan pasukan Johor DT.
Annuar
dalam entri terbaharunya menulis, perlawanan separuh akhir Piala FA bakal
menjadi penentu terhadap pencapaian mereka yang telah diberikan tugas untuk
menguruskan pasukan Kelantan.
“Tiada
siapa yang akan dilindungi, kalau prestasi tidak mencapai tahap yang
diinginkan, alasan sudah tidak diperlukan lagi,” ujarnya.
Petikan
dari Klate.Net
Kawe
pun terasa jugak dengan apa yang Bojan Buat dengan pencaturan
perlawanan.Separuh Masa kita dapat mengimbangi tektikal JDT.Tetapi separuh masa
kedua Bojan di lihat lambat betindak dengan pertukaran memasukkan pemain
seperti Indra dan Piya.Farhan dimasukkan selepas kedudukan 1-0.Eloklah apa yang
TSHAM katakan.Tak sampai target maknanya adalah sesuatu yang tidak berjalan
dengan licin.Penyokong Kelantan dengan JDT ni macam ada isu yang tidak
selesai.Dan boleh di katakan Kelantan bila sahaja melibatkan pasukan Johor
mereka perlu tahu yang nama JDT ni sudah menjadi sensitive pada penyokong Kelantan.Bojan
perlu bijak melakukan tektikal supaya hati Penyokong di jaga.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment