Tuesday, 18 June 2013

KELANTAN NYALA KEBANGKITAN

SSMIV 25 Mei 2013



KOTA BHARU – Kelantan bangkit dari ketinggalan apabila membelasah seteru tradisi mereka, Terengganu 4-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV semalam, sekali gus membawa bekalan selesa menjelang aksi kedua di Kuala Terengganu.

Beraksi di hadapan lebih 25,000 penyokong setia, Kelantan bagaimanapun tersentak dengan jaringan awal pasukan pelawat seawal minit kedua menerusi Mohd. Asahari Shamsuddin yang menanduk masuk bola lantunan hasil rembatan deras G. Puaneswaran dari luar kotak penalti.

Tuan rumah yang dikejutkan dengan jaringan awal pelawat itu mula memperkemaskan rentak permainan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-19 menerusi Indra Putra Mahyuddin, namun rembatannya melewati palang gol pelawat.

Kelantan bagaikan ‘dirasuk’ terus mengasak kubu pelawat melalui dua peluang menarik pada minit ke-21 dan 22 menerusi Indra Putra bagaimanapun penyudah pemain tersebut gagal menemui sasaran.

Akhirnya kekebalan Mohd. Shamirza Yusof di gawang gol Terengganu lebur di kaki pemain gantian Kelantan, Dickson Nwakaemi yang berjaya meledakkan penyamaan pada minit ke-79.

Kelantan terus menggandakan asakan dan berjaya menambah jaringan pada minit ke-83, menerusi Indra Putra sebelum tonggak pertahanan import, Obinna Nwaneri menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-92 pada masa kecederaan.

Pemain gantian, Zairol Anuar Zailani melengkapkan malam kebangkitan The Red Warriors dengan meledakkan jaringan keempat menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti selang seminit kemudian.

Sementara itu, skuad Harimau Selatan sekali lagi menunjukkan taringnya apabila Pahang menjadi mangsa terbaharu dijinakkan 1-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Bermain di hadapan lebih 30,000 penonton sendiri, Johor DT menggunakan kelebihan tersebut untuk menguasai babak pertama dan mencipta beberapa percubaan menarik untuk merobohkan benteng pertahanan skuad Tok Gajah.

Pada minit ke-21, Leonel Nunez berjaya menemui sentuhannya apabila menyempurnakan bola hantaran Norshahrul Idlan Talaha menerusi sepakan lencong ke kanan gawang.

Petikan dari Klate.net




Alhamdullilah Janji Piya untuk membantu rakan-rakannya bangkit menjadi ,apa bila semua pemain berganding bahu walaupun Terengganu datang dengan tektikal dan pemainan yang terbaik mereka.Jadi pada aksi kedua selepas kita melihat apa yang di tunjukkan oleh mereka perlu di berikan perhatian.Tetapi bola jaringan Zairol memang sesuatu yang ajaib dan memang padat bola tu.

GO FOR MORE !!!!!!!!!!!!!!!!




No comments:

Post a Comment