Stadium Larkin 22 mei 2013 |
DUA
bekas pemain Kelantan muncul wira Johor Darul Takzim (Johor DT) apabila
membantu Harimau Selatan menundukkan skuad The Red Warriors 2-0 pada aksi Liga
Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Norshahrul
Idlan Talaha dan Mohd. Nurul Azwan Roya yang mula menyertai Johor DT musim ini
masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-65 dan ke-68 untuk menghadiahkan
tiga mata penuh buat pasukan tuan rumah.
Kemenangan
ketiga berturut-turut itu membolehkan Johor DT kini melonjak ke tangga kedua liga
selepas mengumpul 34 mata, satu mata di belakang pendahulu, Lions XII.
Meskipun
perlawanan tertangguh 40 minit gara-gara sedikit kekecohan yang berlaku di
antara penyokong Kelantan dan tuan rumah, ia tidak mematahkan semangat
kedua-dua pasukan untuk mempamerkan aksi menarik sepanjang perlawanan.
Anak-anak
buah Fandi Ahmad bermula garang apabila melakukan beberapa serangan di awal
permainan, namun gagal menghasilkan sebarang jaringan.
Penyerang
import, Leonel Nunez melaku- kan cubaan seawal minit kedua, namun tendangannya
tersasar sebelum cubaan Nurul Azwan pada minit ke-26 berjaya diselamatkan
penjaga gol pasukan pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.
Penyerang
skuad The Red Warriors, Mohd. Haris Safwan turut melakukan cubaan pada minit
ke-29, namun rembatan dari dalam kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol
Muhd. Al-Hafiz Hamzah.
Sebaik
babak kedua bersambung, Johor DT menggandakan asakan dengan serangan sebelum
gol pertama pasukan tuan rumah diperoleh melalui Norshahrul yang merembat
kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-65.
Di
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan tewas 0-2 kepada Terengganu
hasil sepakan penalti Razman Roslan dan jaringan gol Damion Stewart
masing-masing pada minit ke-38 dan ke-50.
Di
Stadium Shah Alam, pasukan tuan rumah, Selangor mengalahkan Terengganu 2-0
hasil dua jaringan gol Francis Forkey Doe pada minit ke-24 dan ke-89.
Kedudukan
Pahang dan Selangor kekal masing-masing di tangga kelima dan keempat manakala
Johor DT memintas ATM di tangga ketiga.
Petikan
dari Klate.net
Apa
yang Bojan ingin tunjukkan pada perlawanan ini? Daudsu di letakkan sebagai
defensive midfielder menggantikan tempat Shakir.Dah beberapa kali Daudsu di
cuba uji pada posisi ini.Kenapa tidak di letakkan pada Nantha? Buat apa nantha
dalam pasukan jika tidak di gunakan.Tektikal Penyerang meletakkan Haris dan
Fakri pada kawe ia adalah sesuatu yang mendukacitakan.mereka berdua tidak
semakan apatah lagi untuk beraksi dengan cemerlang.Kawe pun tidak pasti ada
yang Bojan ingin lakukan.Jika Kelantan Berjaya mendapatkan 3 mata penuh malam
ini,kita dah tentu boleh merapatkan kedudukan dengan 4 pasukan teratas dan
memintas JDT.Namun kita di aibkan dengan 2 jaringan dari bekas pemain Kelantan
sendiri.Apa lagi nak di katakan.Harap ada pihak yang menegur aksi Bojan.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment