SSINS 28 Mei 2013 |
KUALA
TERENGGANU – Kelantan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas
bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Terengganu secara agregat 6-5 dalam
aksi separuh akhir kedua di sini, semalam.
Selepas
ketinggalan 0-4, Kelantan bangkit mengikat kedudukan agregat 5-5 apabila pemain
import Obinna Nwaneri menanduk bola ke gawang pada masa kecederaan sekali gus
menghidupkan saingan penyandang juara itu dan memaksa perlawanan diheret ke
masa tambahan.
Tuan
rumah turut menerima padah apabila dua pemainnya, Effa Owana dan Abdul Manaf
Mamat dilayangkan kad merah sekali gus memberi kelebihan buat pelawat
menggandakan asakan.
Terengganu
yang terpaksa bermain tanpa tiga tonggak utama, Owana dan Abdul Manaf serta
pemain tengah, Ashari Samsudin yang kemudiannya dikeluarkan akibat kecederaan
mula hilang punca.
Kepincangan
itu membolehkan Kelantan meneruskan asakan sebelum melengkapkan kemenangan
apabila bola hantaran Indra Putra ke gawang gol lawan berjaya disudahkan
penyerang import, Dikson Nwakaeme pada minit ke-120.
Pun
begitu, skuad Bojak Hodak terpaksa berdepan asakan bertubi-tubi anak-anak buah
E. Elavarasan sepanjang 90 minit permainan.
Terengganu
yang bangkit beraksi garang selepas tewas 1-4 di Stadium Sultan Muhammad IV
pada perlawanan separuh pertama 25 Mei lalu, berjaya memperoleh gol seawal
minit keempat hasil penyerang import, Vincent Bikana.
Kelantan
yang seolah-olah hilang rentak pada awal permainan terus diberi tekanan apabila
Terengganu menambah satu lagi gol pada minit ke-26 menerusi G. Puaneswaran
hasil hantaran lintang Abdul Manaf Mamat tepat ke gawang gol lawan.
Tersentak
dua gol Terengganu, Kelantan cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun
kekentalan benteng pertahanan yang dikawal rapi kapten pasukan, Hasmizan
Kamaroddin berjaya mengekang kemaraan jentera serangan skuad Kijang sehingga
tamat babak pertama.
Babak
kedua pula menyaksikan Terengganu terus menjarakkan mata jaringan apabila
lorongan G. Puaneswaran disempurnakan Effa Owana pada minit ke-70 yang kemudian
disusuli jaringan keempat pada minit ke-92 oleh Abdul Manaf Mamat.
Terengganu
yang seolah-olah sudah menempah tiket perlawanan akhir, dikejutkan dengan
tindakan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada Owana
kerana didakwa mengasari salah seorang pemain pelawat sehingga mencetuskan rasa
berang pemain itu.
Dalam
keadaan kelam-kabut itu, pasukan Terengganu yang terpaksa bermain dengan 10
orang, berjaya dimanfaatkan Kelantan apabila memperoleh gol pertama daripada
Nwaneri pada masa kecederaan.
Jaringan
itu memaksa permainan diheret ke masa tambahan selepas kedudukan agregat
terikat 5-5, dan tidak lama selepas itu berlaku kekecohan apabila Abdul Manaf
pula dilayangkan kad merah oleh Suhaizi kerana menendang belakang pemain
Kelantan, Mohd. Farisham.
Insiden
kekecohan berlarutan sehingga ke luar padang apabila penyokong Terengganu mula
memaki hamun pengadil sehingga memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan
(FRU) mengiringi pengadil terbabit ke bilik rehat.
Pengendali
pasukan Terengganu, Elavarasan ketika diaju tentang kad merah kepada dua
pemainnya, enggan mengulas dan meminta pihak media merumuskan insiden itu.
Beliau
bagaimanapun tetap memuji usaha anak-anak buahnya yang mampu meraih empat gol
dalam aksi semalam.
Petikan
dari Klate.Net
Berat
sangat performance Kelantan pada separuh masa pertama dengan membiarkan
Terengganu menggasak dan membelah pertahanan namun 2 gol yang di biarkankan di
bolosi perlu di buat kajian.mungkin tiada lagi alas an tidak biasa bermain di
waktu petang.TRW perlu hadapi hakikat ini.separuh masa kedua Terengganu Berjaya
mengikat aggreget pada 4-4.Satu kebangkitan yang harus di puji oleh pemain
Terengganu.Mereka memberikan 200% da nada keinginan untuk ke Final.Kita agak
bernasib baik kerana jaringan Nakaeme.Yang membuat Terengganu di heret ke masa
tambahan.Jaringan Obinna memastikan kita ke Final.Terima Kasih Obinna kerana
jaringan itu memberikan kita merasai kembali Final Piala FA.
GO
FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment