Friday, 1 June 2012

KEJOHANAN BOWLING MASKEB SIRI KE-5

Siri ke 5 di Ipoh Perak.Kami memulakan perjalanan pada 24 Mei 2012 pada jam 11 pagi.Tuan Syariman tiba-tiba nak bawak Van tapi semua tak tahu apa sebabnya.Tapi semasa dia memandu dia hanya menggunakan gear 4.Bila di tanya katanya jalan teruk dan Gear 4 adalah gear terbaik bagi jalan sebegini.Pelik jugak kan,kawe ni baru tahu.Kami singgah di Batu Rakit untuk makan,tapi Tuan Wan dan Zurina (Isterinya) sahaja yang makan.Kami berlima sahaja kali ini.Dayah masih di skipkan kerana masalah dalaman dan Fauzi isterinya baru bersalin.Kami terus ke Ipoh,sampai di ipoh kami check in di Hotel lotte.Biliknya o.klah kan sebab ni budget Hotel Tapi pada malamnya kawe dapat sms dari Tuan Syariman mengatakan: Kawe nak turun check bilik set demo pah ni,kawe tak se demo dok tido sbb sama bayar dan kawe nak tgk tempat demo tidur.Mungkin pengalaman lepas Tuan Wan Mintak Kawe dapat rehat yang secukupnya dan tido.
 Kesokkan harinya 25 Mei 2012 kami test lane di Ampang Superbowl,Ipoh Parade.Dalam keadaan Test lane ni Mustaffa macam tidak bersemangat dan fikirannya banyak kepada MAKSAK.Sepatutnya dia lupakan dulu MAKSAK sebab dalam siri ni,kalau kita menang dah tentu dapat RM 1500.Tapi ni lah yang tidak sepatutnya berlaku.Kita perlu beri tumpuan dari game ke game dan bukannya sekejap bagus sekejap turun.Mustaffa dan Zairi hanya test 3 games.Tapi kawe,Zurina dan Tuan Syariaman main 9 games dengan harganya hanya RM12.Dua pemain yang mudah putus asa dan seorang lagi asyik fikirkan MAKSAK.Nampak gayanya haus lah esok.Selepas main Kawe,Zairi dan Tuan Syariman ke Food Court sebab dah hampir 3 petang.Kebulur rasanya.Kawe tengah Hari kena makan nasik Putih sebab dah biasa macam tu.Selepas makan kami pulang ke Hotel.
 Sebaik sahaja sampai di Hotel Zairi mintak kawe jadi model pulak.Model Baju yang akan di Pakai Esok semasa Pertandingan.
Baju ini di sponserkan oleh Zairi.Terima Kasih banyak-banyak comel baju ni kan siap ada kening lagi tu.ni di pandangan depan dan pada pandangan belakang lagi cantik boleh di katakan baju ni ada keunikkannya.

Inilah dia pandangan belakang baju DIADORA.kalau lihat dari depan dan bila kita pandang ke belakang tentunya orang tidak akan dapat cam kita kan sebab design dia dah begitu.walau bagaimana pun masa ini kawe fikir pemain akan kembali fokus dengan game esok.
 26 Mei 2012 bermula lah siri ke-5.Score kawe akan update kemudian.Acara trio yang di wakili oleh Zairi,Mustaffa dan Zurina.Mereka bermain seperti biasa terutama Zairi dan Zurina,tetapi Mustaffa teruk sangat bola dia memang tak jadi.Bila kawe mintak dia mencuba Bola Biru dia macam tak confident untuk menggunakannya.mungkin dia tidak boleh fokus tapi itu bukan alasan kerana masa masih ada.kawe selaku Pemangku Pengurus telah buat apa yang pemain inginkan termasuk menukar nama tetapi mungkin bukan rezeki kita kali ini dan mungkin juga mereka tidak sedar akan tenggungjawab mereka untuk Bomba Terengganu.Kawe juga bertindak sebagai Coach dan pada pendapat kawe pemain hari ini sudah tidak bersemangat lansung.Musaffa pun mula memarahi pemain lain termasuk Zairi dan Zurina,Dia tak sepatutunya lakukan hal macam ni.Kita berpasukan dan dalam apa jua hal kita kena sama-sama support antara kita.Attitude ini tidak akan menjayakan pasukan malah menhancurkan.Kawe memang kecewa dan mereka tidak terfikir ke nak ringankan beban dengan memenangi siri kali ini bagi membayar bila hotel dan makan.Fikiran player membuatkan mereka tidak bersemangat di campur pula dengan selalu meanggap diri mereka hebat.Kalau Allah nak tarik kehebatan kita buat macam mana sekalipun kita tetap tidak akan berjaya.Selaku rakan sepasukan,kawe berharap mereka akan fokus dan saling membantu antara satu sama lain dan memberi sokongan semasa ada antara kita yang jatuh dan jangan sesekali kita menjatuhkan rakan kita.Ibarat lidi.jika sebatang mudah di patahkan dan jika segemgam memang teguh dan kemah.Trio Bomba Terengganu dapat no 11.Harap mereka membaiki prestasi dan kembali fokus.mungkin kawe akan bagi kata-kata yang bakal menyedarkan mereka...Insyaallah.
  Acara Pegawai kanan,pasukan kami di wakili Tuan Syariman.Tuan Syariman bengkak tangan kanan akibat jatuh di toilet hotel.Harap dia dapat bagi persembahan yang terbaik.Tapi dia hari ini bermain baik pada mulanya tapi semangat dalaman dia mungkin hilang kerana masalah trio tadi.Kawe ada di belakang dia dan mintak dia miaintain cara balingan tetapi dia tukar jugak.Entah lah semua tidak mahu mendengar kata-kata coach sendiri.Apa yang di fikirkan oleh dia pun kawe tak tahu lah.Tuan Syariman dapat tempat ke 10.Coach sendiri sudah tidak boleh buat apa sebab player nak main cara dia sendiri.padahal kalau dia ikut cakap coach kawe rasa dalam 180 jatuhan pin senang dia dapat.Semoga team ni kembali ke pretasi sebenar di johor nanti....GO BOWLING TEAM GO!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment