KOTA
BHARU 02.04.2013– Kelantan merampas kedudukan teratas saingan Kumpulan G Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas membelasah wakil Vietnam, SHB Da Nang
FC 5-0 di sini, semalam.
Gol-gol
tuan rumah hadir menerusi pemain import Dickson Nwakaeme seawal minit ketiga,
Indra Putra Mahyuddin (m-6), Mohd. Faiz Subri (m-23), Dimitrios Petrators
(m-59) dan Mohd. Badhri Radzi (m-85).
Nwakaeme
yang bergandingan dengan penyerang kelahiran Australia, Petrators mempamerkan
ketajaman penyudahnya melalui gerakan solo sebelum merembat rendah bola
menewaskan penjaga gol SHB Da Nang, Nguyen Thanh Binth.
Tuan
rumah yang masih segar dengan tiga kemenangan pada perlawanan lalu terus
menjarakkan kedudukan pada minit keenam apabila Indra Putra tenang menyudahkan
hantaran Petratos untuk gol kedua tuan rumah.
Pelawat
yang tertekan apabila dikejutkan tiga jaringan awal tuan rumah rumah, membuat
tiga pertukaran pada babak pertama, namun usaha tersebut gagal membuahkan hasil
apabila mereka terus buntu untuk mendapatkan jaringan.
Begitupun
pelawat turut tidak berputus asa dan mempunyai peluang terbaik untuk
mendapatkan gol pertama, namun rembatan Vo Hoang Quang berjaya ditepis oleh
Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-44.
Kelantan
turut melepaskan peluang untuk menambah jaringan apabila pemain tengah Mohd.
Shakir Shaari gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70.
Kapten
pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi melengkapkan malam gemilang The Red
Warriors apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke-85.
Kedudukan carta selepas perlawanan
GO FOR MORE!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment