PRESIDEN
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kekalahan
1-3 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpunca daripada barisan pemainnya
yang mengalami keletihan setelah mengharungi beberapa perlawanan sebelum ini.
Sambil
menganggap kudrat anak buah Bojan Hodak ‘terlebih guna’ dan penggantungan
Obinna Nwaneri menjejaskan prestasi Kelantan, Annuar bagaimanapun akur dan
menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.
“Kepenatan
dan penggantungan Obinna menjejaskan prestasi The Red Warriors (TRW) dan
kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh anak buah B. Sathianathan.
“ATM
juga bermain lebih baik pada keseluruhannya setelah mereka mempunyai tempoh
rehat yang panjang berbanding kita,” kata Annuar menerusi laman Facebook.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas kekalahan pasukannya kepada pasukan ATM di
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu semalam.
Dalam
perlawanan tersebut, ATM meraih tiga mata berharga di hadapan hampir 12,000
penyokong lawan.
Mengulas
lanjut, Annuar berharap kekalahan itu tidak akan mematahkan semangat anak buah
Bojan untuk terus berjuang selagi saingan liga belum berakhir.
“Kita
mesti berani menyahut cabaran dan berjuang, sentiasa yakin pada keupayaan kita
dan bertawakal pada ALLAH.
“Ini
kerana dalam bola sepak kita tidak akan temui jalan mudah untuk meraih sebarang
kejayaan, kita akan sentiasa dicabar dan di tentang, di sinilah ujiannya.
“Jadi
jangan kecewa dan putus asa. Apa yang penting kita harus berikhtiar untuk terus
maju ke hadapan,” jelas beliau.
Petikan dari Klate.Net
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment