SSMIV KOTA BHARU 13.04.2013 |
Kota
Bharu: Rekod tanpa kalah Kelantan di stadium keramat – Stadium Sultan Muhammad
IV – akhirnya lebur selepas tewas 3-1 kepada Tentera dalam aksi pertama
pusingan kedua, saingan Liga Super, malam tadi.
Kekalahan
itu menyaksikan rekod bersih juara tiga piala musim lalu itu di gelanggang
sendiri yang dipertahankan sejak 2011 dicemari anak buah B Sathianathan yang
tampak lebih menguasai permainan untuk menebus kekalahan 3-2 kepada Red
Warriors sebelum ini.
Pelawat
mengejutkan kira-kira 15,000 penyokong tuan rumah apabila rembatan kencang
Hairuddin Omar pada minit ke-11 menerjah jaring selepas bola tertampan
pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim Ab Halim sekali gus menewaskan Khairul
Fahmi Che Mat.
Benteng
longgar bawa padah
Ketiadaan
pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri kerana menerima tiga kad kuning dalam
perlawanan sebelum ini ternyata melonggarkan benteng tuan rumah apabila
Kelantan sekali lagi dihukum dengan jaringan kedua pelawat menerusi Christie
Jayaselan pada minit ke-22 yang bijak menampan masuk bola hantaran lintang
Marlon Alex James.
Kelantan
akhirnya berjaya merapatkan defisit gol menerusi pemain sayap Mohd Faiz Subri
pada minit ke-39 selepas rembatan kencangnya dari sudut sukar untuk menewaskan
Farizal Haron.
Bersambung
babak kedua, Tentera terus menambah derita Kelantan apabila Marlon bijak
menampan masuk hantaran lambung Affize Faisal Mamat pada minit ke-64 yang
menyaksikan Khairul Fahmi tertewas buat kali ketiga.
Kemasukan
bekas penyerang Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani yang menggantikan Norfarhan
pada minit ke-63 juga gagal mengubah kedudukan.
Petikan dari Klate.Net
Sesiapa yang melihat Live atau berada di stadium atau di mana sahaja mesti terkejut dengan jaringan agak besar.walaupun Kelantan telah membariskan pemain terbaik mereka,namun FAM sepatutnya memberikan kelonggaran kepada Kelantan atas faktor AFC kerana perjalanan mereka mengambil masa yang panjang.walaupun kita telah merehatkan beberapa pemain utama namun pemain lain yang beraksi terlalu penat.7 pemain yang tidak ke Da Nang juga terpaksa bermain 2x dari biasa bagi menampung kepenatan mereka.Kelantan tiba pada malam khamis kerana flight delay.pagi jumaat pemain terpaksa di rehatkan pada sebelah petang baru boleh buat latihan ringan.Malam lawan pasukan ATM plak.Nasib lah kan kalau dah anak tiri tu kan.
Apa yang menyedihkan kita pada hari ini 13.04.2013 kekebalan stadium keramat kita juga lebur di tangan ATM.Yang selama ini kita pertahankan.biarlah kita mulakan kembali buku baru.Harap pemain kita cepat recovery dan kembali bangkit.
GO FOR MORE!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment