SEREMBAN 29.03.2013
– Kelantan bukan sahaja menafikan hajat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk
mengukuhkan cengkaman pendahulu, malah kejayaan membenam naib juara Piala
Malaysia itu 3-2 di di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi semalam membuka laluan
kepada Selangor untuk merampas teraju Liga Super.
Walaupun
berjaya menunjukkan kebangkitan hebat selepas ketinggalan 0-2 di babak pertama,
namun ATM akhirnya terpaksa akur dengan jaringan lewat minit Mohd. Nor Farhan
Muhammad untuk terlepas sekurang-kurangnya meraih satu mata berharga.
Malah,
tuan rumah harus menyalahkan diri sendiri selepas Marlon Alex James gagal
menyempurnakan sepakan penalti seawal minit pertama, apabila dijatuhkan oleh
penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan
bermula garang apabila membuka jaringan menerusi Indera Putra Mahiyuddin, yang
mudah menyepak bola ke gawang yang kosong pada jarak 30 meter pada minit ke-27,
berpunca daripada kesilapan antara Md Safwan Hashim dan penjaga gol tuan rumah,
Farizal Harun.
Penyerang
import Red Warriors, Keita Mannjou menambah perit ATM apabila menyumbat gol
kedua pada minit ke-33.
ATM
yang cuba bangkit turut mendapat peluang keemasan melalui pemain sayap, Venice
Elphi yang melepaskan rembatan kencang, namun cubaannya diselamatkan Khairul
Fahmi pada minit ke-40.
Sebelum
tamat separuh masa pertama, Hairuddin Omar hampir menjaringkan gol pertama
melalui hantaran Bruno Marteloto, bagaimanapun sepakannya terus ke arah dakapan
Khairul Fahmi.
Pada
babak kedua perlawanan, Kelantan hampir menambah derita tuan rumah melalui
rembatan kencang Keita Manjou pada minit ke-49, tetapi diselamatkan Farizal.
ATM
kemudian berjaya merapatkan jurang gol pertama melalui jaringan Alex James yang
merembat kencang selepas menerima sepakan percuma di luar kotak penalti pada
minit ke-54.
Seminit
selepas itu, ATM hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang
Christeejayaseelan, namun terkena tiang pasukan pelawat.
Pada
minit ke-67, Alex James berjaya menyelamatkan maruah ATM selepas menyamakan
kedudukan menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti.
Farizal
yang beraksi tangkas seharusnya diberi pujian apabila menyelamatkan banyak
percubaan dan asakan Kelantan.
Pada
minit ke-90, Mohd Norfarhan muncul wira apabila berjaya melepasi perangkap
ofsaid sebelum menjaringkan gol kemenangan Kelantan.
Keputusan
kekal 2-3 jaringan sehingga wisel penamat ditiup pengadil Mohd Zamzaidi Katimin
pada minit ke-94.
Petikan dari Klate.net
Alhamdullilah dendam sudah selesai..tapi kena ingat mereka akan datang ke Kb pada pusingan kedua nanti...Harap kita akan kekalkan rekod kemenangan.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment