Stadium Negeri,Petra Jaya Sarawak 16.04.2013 |
Kota
Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memuji persembahan bekas penyerang
Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani (gambar) yang beraksi cemerlang dalam
perlawanan menentang Sarawak pada suku akhir kedua saingan Piala FA, di Stadium
Negeri, Petra Jaya, Sarawak, malam kelmarin.
Selain
Ahmad Fakri, jentera tengah Kelantan, Mohd Badhri Radzi dan Shakir Saari turut
mendapat pujian daripada jurulatih berusia 41 tahun dari Croatia itu apabila
berjaya menguasai permainan di bahagian tengah.
“Ahmad
Fakri beraksi dengan baik malam kelmarin walaupun ia baru kali kedua dia
beraksi bersama Kelantan. Semua orang boleh lihat dengan jelas keyakinan tinggi
dimilikinya. Walaupun dia tidak menjaringkan gol namun saya gembira dengan
persembahannya.
Bahagian
tengah mantap
“Barisan
tengah saya juga berjaya menguasai permainan di bahagian tengah dan membuat
banyak gerakan merbahaya. Ia terbukti apabila hasil gerakan Piya (Mohd Badhri)
berjaya membuka ruang buat Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol pertama Kelantan.
“Kami
menguasai perlawanan di separuh masa pertama dan berjaya mendapatkan dua gol
awal sekali gus memberi tekanan buat Sarawak. Kami bermain secara bertahan di
separuh masa kedua kerana sudah mempunyai kelebihan gol,” katanya, semalam.
Kemenangan
2-0 ke atas Sarawak malam kelmarin membolehkan Kelantan mara dengan agregat 4-1
dan akan bertemu jiran tetangga Pantai Timur, Terengganu di peringkat separuh
akhir 25 Mei ini.
Selain
itu, Bojan turut berkata, pasukannya akan melakukan persediaan rapi sebelum
pertemuan dengan Terengganu bagi memastikan Piala FA dapat dipertahankan The
Red Warriors (TRW).
Petikan dari Klate.net
GO FOR MORE!!!!!!!
No comments:
Post a Comment