Tuesday, 21 May 2013

HODAK KECEWA GAGAL RAIH TIGA MATA



PENGENDALI The Red Warriors, Bojan Hodak nyata kecewa dengan prestasi barisan pemainnya apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ke atas Selangor pada ‘pertembungan epik’ dua pasukan berstatus Gergasi Merah itu di Kota Baharu, malam kelmarin.

Hodak yang hampa dengan keputusan itu turut memberi alasan faktor kepenatan mengharungi jadual perlawanan padat dalam tempoh sebulan setengah sebagai punca aksi mengecewakan anak didiknya pada perlawanan tersebut.

“Aksi perlawanan yang teruk, banyak kesilapan dilakukan di samping rentak permainan yang sangat perlahan. Bukan sahaja pemain Kelantan, malah Selangor juga menunjukkan persembahan mengecewakan malam ini.

“Saya beritahu pemain pada masa rehat, kena tukar corak permainan namun itu tidak berlaku meski pun kita menjaringkan gol penyamaan selepas itu.

Bagi saya, keputusan seri ini dianggap adil jika diambil kira persembahan hambar kedua-dua pasukan,” katanya kepada Sinar Harian sejurus perlawanan tamat.

Pada perlawanan tersebut, pemain pertahanan import, Adam Griffiths terlebih dahulu meletakkan Selangor di depan pada minit ke-55 sebelum Zairo Anuar Zalani muncul selaku penyelamat buat Kelantan menerusi rembatan jarak jauh 11 minit kemudian.

Keputusan tersebut menyukarkan peluang Kelantan untuk menamatkan saingan liga domestik dalam kelompok empat pasukan terbaik setelah hanya mengumpul 24 mata daripada 17 perlawanan setakat ini.

Malah ketiadaan penyerang import, Dickson Nwakaeme pada pertemuan tersebut menelanjangkan kelemahan jentera serangan Kelantan apabila gandingan Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Khairul Izuan Rosli mempamerkan aksi lembik pada perlawanan itu.

Mengulas mengenai status terkini Nwakaeme, Hodak yang terus kempunan menggunakan penyerang kelahiran Nigeria itu memberitahu, pemain tersebut masih lagi dibelenggu kecederaan otot paha.

“Saya tidak pasti sama ada dia boleh bermain atau tidak untuk perlawanan menentang Johor Darul Takzim pada Rabu ini. Tapi saya harap dia cukup bersedia diturunkan pada saingan separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu di Kota Bharu, pada 25 Mei nanti,” katanya.

Petikan dari Klate.Net



  Sayang sungguh perlawanan malam ni,sepatutunya kita sudah dapat merapatkan jurang dengan 4 tangga dan memotong Selangor yang dating dengan kepenatan perjalanan jauh.Line up meletakkan Fakri dan Khairul Izuan Rosli sekali lagi memakan tektikal Bojan.Sepatutnya pemain seperti Farhan dan Faiz Subri boleh di letakkan bahagian serangan manakala zairul Fitree boleh bermain Flangker sebelah kiri.manakala indra perlu kekal bermain Flangker kanan.Manakala tugas Piya perlu banyak ke hadapan bukan kerap turun kea rah Defensive.Walaupun kita baru mengalami kekalahan di tempat sendiri disini juga lah kita perlu bangkit mencapai kemenangan.Sudah 2 kali kita mengalami kekalahan di tempat sendiri.satu dengan pasukan ATM dan Satu lagi dengan pasukan Kitchee FC.Apa yang berlaku sebenarnya Bojan seolah-olah tidak tahu yang pemainnya boleh bermain di posisi lain dan merupakan posisi asal yang mereka sukai.Umpama suka sangat makan nasik dagang tapi di beri nasi kerabu,makan tetap makan tapi kepuasan tiada.Macam mana pemain nak bermain dengan sepenuh hati kalau tiada kepuasan.Kawe berharap pemain seperti Zairol perlu di letakkan di bahagian serangan kerana kreadibiliti pemain ini sudah terarah ke striker.Bojan perlu bijak menggunakan pemain yang sedia ada untuk di letakkan di posisi berlainan mengikut kaedah dan corak pemain itu sendiri.”Please Bojan you have to do it now” dalam liga kalau keputusan semalam adalah kemenangan sudah tentu jika ada keajaibpan kita mampu menyaingi Lions.Semoga tiada lagi episode kesilapan dari Bojan dari segi lane up.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!! 

 

No comments:

Post a Comment