Wednesday, 11 April 2012

Cinta Facebook

  Semenjak adanya Facebook bermacam-macam perkara yang dapat di gunakan untuk bersosial dan tak kurang plakk yang menjadikan FB ini sebagai pengantaraan antara keluarga,Pelbagai guna atau lebih mesra sebagai multipurpose sosial network . . .tapi jangan kita terlupa sudah banyak pula yang terjadi tentang slah faham,suami menduakan isteri,isteri jumpa x boyfriends ,berkasih sayang dan lain-2 lagi.
 Ada satu kisah percintaan alam maya ini tapi yang menhairankan kenapa tanpa ada pertemuan 2 mata ia boleh berputik sebagai Cinta? memang bermula dari friends request dan lama kelamaan berbalas chat.Selepas dari itu bermula lahh episod baru untuk bertukar no telefon.Masej entah berapa ribu sehari dan untuk tauke celcom untung lahh kan.sambil tidur pun duit masuk berjuta-juta.

Gambar hiasan semata-mata

  Bila satu ketika bertemu dengan seseorang dan ingatkan akan kembali mengingati pada cinta laman buku.tapi ada yang berakhir dengan kebahagiaan dan ada juga yang kecundang.kadang-2 bagus untuk mencuba sesuatu yang baru tapi perinsip lama jangan sesekali tinggalkan.Cari dalam FB mula keluar dan mengenali di alam nyata lebih banyak membawa kebaikan dari hanya laman buku.mungkin ada orang yang tersilap langkah tapi tak kurang yang terlupa.pengajaran amat berguna.Gunalah keadah apa sekalipun hubungan di alam nyata lagi memberi kesan yang terbaik setakat hari nii.Ada baiknya gunakan teknologi untuk berkomunikasi dan perhebatkan melalui alam nyata.Kerana takut kaca di sangka permata rupanya hanya nista.Ada orang yang serik bila dah kecewa tetapi yang bangkit dari kekecewaan itu adalah seorang pahlawan yang teruskan berjuang seperti patah sayap bertungkah paruh namun menyerah dalam kekecewaan adalah sikap seorang yang pengecut yang takut untuk bangkit demi kejayaannya sendiri.Kepada pemain cinta lebih baik berubah dan kaji kembali niat yang asal untuk menjadi manusia dan bukan memberi keperitan kepada manusia lain kerana yang kecewa dan yang pergi tidak sesekali akan kembali kerana bagi seseorang yang berlalu biarkan berlalu.

 Saje nak poskan tajuk nii kerana pernah terkena dulu tapi dah lama dah.cuma berharap pada seseorang agar berubah menjadi yang terbaik anatara terbaik.namun buat masa ini semua kekosongan telah terisi . .gunakanlah teknologi untuk kebaikkan dan jangan sesekali membawa kemudaratan untuk manusia yang lain.

No comments:

Post a Comment