Alhamdullilah segalanya sudah mula menunjukkan hasil dari latihan dan kajian yang di lakukan.Hari ini hari ke 14 kawe memiliki Storm Vivid nii tapi di bantu dengan bola second ball kawe Hammer mula menunjukkan keserasian dan antara faktor susah untuk maintain adalah spare ball.Tadi semasa di KT Bowl Astaka Kuala Terengganu first ball kawe pada mulanya teruk sangat kalau tak silap first Game hanya 95 jatuhan pin.kenapa jadi begitu? yang pertama kawe swing 80% dan Flick 20% ditambah pula dengan spare ball kawe yang masih tercari-cari jalan penyelesaian.Apabila masuk 2nd games kawe masih mencari kaedah yang sesuai apabila frame balingan ke 3 terakhir kawe menukar kepada swing 50% dan Flick 50% srtike mula hadir dan bola spare mula menunjukkan persefahaman dengan kawe macam ada comestry entah betul ke tak ejanya.
Inilah bola spare ball kawe memang di bola itu pun menunjukkan ianya bola spare tapi tangan kita juga yang mennetukan.Guru saya dulu Uncle Chong pernah berkata.Bila kita membeli bola baru atas faktor bola lama tak menjadi atau rosak.Perkara pertama kita buat adalah bermain dulu dengan bola tu.jangan hiraukan score kerana kita nak dia akan jadi kita.perkara kedua kita kenal bola itu.Kawe tanya dia macam mana nak kenal uncle? dia kata mudah macam u bercinta.lepas kenal-2 kita nak faham dia kita kena perhatikan dari segi gerak laku dan tawanya.Sama macam bola baru perhatikan setiap kali kita baling.kita ejas speed dan teknik.perkara ketiga bila rasa bola tu dan mula nak serasi dengan kita kita susun kedudukan dan kita mula ajak dia berlawan.Bola akan mula berlawan dengan score.Itu lah kata-kata dia yang sentiasa kawe ingat kalau pasal bola baru.
Hari ni pada game ke dua score kawe berubah kepada 122 per game.selepas kawe dapat cara swing dan flicknya kawe terus lock hand dan stand pada dot yang betul dan memulakan balingan.Bola spare sudah mula faham dan hanya split teruk sahaja yang tak dapat.tak silap kawe pada frame ke 8 dan 9 sahaja open dan strike ada 5 dan jumlahnya 189 untuk game ke tiga.Pada games ke empat score turun sikit sebab banyak sangat split.rasanya ada 4 split.spare semuanya dapat 171.Pada games kelima score kembali meningkat sebab split hanya ada satu.186 dan kawe mula bermain safe dan highers score datang semasa final game hari kepada 193.Insyaallah ada masa kawe akan turun lagi jumlah 6 games hari ni adalah 956 dan everage adalah 159.everage jatuh sebab 2 games pertama.minggu depan akan bermula sesi everage sebab kalau Maksak Terengganu sekurang-kurangnya 200.tapi itu kemudian kawe kena pastikan everage kawe naik kepada 180 dalam minggu hadapan.Insyaallah di mana ada kemahuan di situ ada haiway....
No comments:
Post a Comment