Wednesday, 18 April 2012

TTEAM 1 VS KELANTAN 2

Perlawanan pertama pusingan ke 2 liga super telah bermula semalam bagi Kelantan.kesebelasana utama bagi kedua dua pasukan semalam adalah:

KELANTAN
SUBRAMANIAM, OBINNA, SHAKIR, NORFARHAN, NURUL AZWAN, DAUDSU, BADHRI RADZI (KP), KHAIRUL FAHMI (PG), GHADDAR, CHANTURU, ZAIRUL FITREE

SIMPANAN
NIK MD SHAHRUL, FARISHAM, NORSHAHRUL, INDRA PUTRA, ZAMRI, RIZAL FAHMI, SYAZWAN (PG)

KETUA JURULATIH - BOJAN HODAK
PENGURUS - HJ AZMAN IBRAHIM

T.TEAM
SHAHRUL FAIZAL, NORFAZLY ALIAS, ZAIRO ANUAR (KP), MARCO TULIQ, MOHD FAIZ SUBRI, KHAIRUL IZWAN, TG HASBULAH, BOJAN PETRIC, ROSDI TALIB, AZRUL HAZRAN, SYAMSURI (PG)

SIMPANAN
ABDUL ALIF ALIAS, HASBULLAH AWANG, WAN KHAIRUL FAIZ, W MOHD ALIFF, BADROL HISANI, MOHD IQBAL (PG), MD DZAIDIN

KETUA JURULATIH - AHMAD YUNUS MOHD ALIF
PENGURUS - YB HAJI ROZI MAMAT

PENGADIL - AZHAM BIN MUSA
PEN PENGADIL 1 - NIK MOHD ZIN SAID
PEN PENGADIL 2 - WAN ZAINUDIN HARUN
PEGAWAI KE 4 - SUKRI ABD RAHMAN

KOMMISIONER - ABDUL KADIR ABDULLAH
GC - ALI EMBONG
PEGAWAI MEDIA - MOHD ZIANI A BAKAR
 Apabila masuk sahaja ke stadium ternampak stiker yang tertulis Pelawat.Dari sebahagian besar tempat duduk dalam stadium hanya 10% di peruntukkan oleh PBSNT.Sikap tidak professional pengurusan yang hanya memberi kapasiti tempat duduk sebegitu kecil di mana sebelah pasukan tuan rumah hanya penuh di score board sahaja tapi di sudut lain kosong.Tidak kira pelawat atau pun tuan rumah tiket penyokong dan peminat bayar RM10 tapi layanan kelas ke3 di berikan.Alangkah tidak bersikap pro atas pengurusan stadium dan pentadbir.Sebelum masuk ke stadium terserempak dengan geng kb kito . .abe Lokman Bonyamin.Tiket dia warna kuning tapi wakk kawe color merahh . . hehhehe



 Wisel pertama bermulanya sepak mula TTeam bermain dengan tempo yang laju hantaran pada mulanya kemas tetapi tiap kali pasukan kita mengasak lawan walaupun hanya langgar angin Pengadil pulakk suka tiup wisel.Kekasaran yang yang ringan pun di tiupnya.Laneman pulak macam baru bangun dari tidur,bola keluar dia bagi pada pasukan lawan padahal semasa itu balingan out milik Kelantan.Ke Presiden FAM arah buat game nii menang pada TTEAM?Sikap pengadil perlawanan malam ini mengganggu kerancakkan permaianan yang sepatutnya sedap di tonton.Selepas bebrapa kali tiupan wisel,kedua-dua pasukan bermain agak kelam kabut dan mula lah dapat di lihat hantaran yang tidak tepat dan suasana jadi tawar.

 Ghaddar pada separuh masa pertama bermain seolah-olah jaga diri.Kuat nak mengelecek nak tunjuka skill padahal masa itu lah peluang ada dan dia tidak nampak rakan-rakan yang bersedia dan mempunyai peluang yang terbaik.Bola terlepas dari kaki tidak di kejarnya.Ghaddar-Ghaddar ,penyokong memberi seribu harapan apabila masuk ke liga Malaysia semula dia masih boleh maintain dan menunjukkan aksinya yang terbaik.Dalam AFC pemain lain tak kenal Ghaddar tapi dalam liga Malaysia paling kurang 3 akan menjaganya.Mungkin aksi kembali sulung.Kita bagi dia peluang dalam aksi Piala FA 21 april ini nanti.Piya mempunyai 1 peluang keemasan tapi plessing depan pintu gol terlalu perlahan.Ghaddar pula lambat untuk merembat bola yang mana waktu itu adalah saat terbaik yang dia ada.Piya dan Shakir pula tidak menjadi malam ini.Gandingan Farhan dan Ghaddar nampak tidak serasi mungkin Ghaddar lebih gemar bermain di sebelah kanan padahal dia adalah Top Striker dan sepatutnya lebiha banyak ke tengah.Ruang kosong di tengah milik siapa? Tamat separuh masa kedudukan 0-0.Penyokong agak hampa dengan perlawanan malam ini.tetapi yang menariknya paluan gendang dari Kelab Penyokong Kelantan menengelamkan paluan gendang tuan rumah yang seakan hidup segan mati tak mahu.Gendang kita adalah yang terbaik penuh dengan alunan dan berirama merdu.ini baru kat stadium lawan kalau kat SSMIV di tambah pulak dengan sorakkan gemuruh dari seluruh penyokong pasti suasana akan menjadi lebih hebat.rindunya....kat SSMIV, Stadium Keramat The Red Worriors.

 Semasa rehat separuh masa pertama kawe ada dengar ada penyokong yang datangnya dari Kelantan selepas melihat aksi masa pertama tadi seakan-akan putus harap dan menjangkakan perlawanan malam ini akan berakhir dengan keputsan seri.Ada yang lain pula memberi sedikit harapan yang katanya menang itu bonus.Bagi kawe kita  boleh menang kerana dari segi peluang kita banyak mencipta berbanding TTeam.
 Separuh masa kedua bermula, permaianan lebih tersusun sedikit dan Nurul Azwan Roya di keluarkan dan Mat Yo di masukkan.Kemasukkan Mat Yo banyak memeningkan pertahanan TTeam untuk mengawal kehadiran 2 penyerang berbisa Kelantan.Tetapi TTeam terlebih dahulu menembusi gawang Kelantan hasil tanddukan Khairul Izwan pada minat ke 54.Jaringan itu menyedarkan Kelantan dari tidur dan bermulalah sesi tempur.Asakan demi asakakan di lancarkan bagi menyamakan kedudukan.Memang kita tengok Kelantan bangkit dan hasil rembatan chanturu terkena pertahanan TTeam dan bola menrjah Gawang.Sorakkan Kita bergema dan mendiamkan penyokong Tuan Rumah.Jarang kita tengok chanturu menjaringkan gol tapi malam ini dia mula menjaringkan gol.Beberapa aksi keasaran bermula Obinna di layangkan kad Kuning,begitu juga Shakir kerna terjahan dan lakonan pemain lawan.TTeam nampak mula tertekan Kelantan mula menyusun permainan dan Piya banyak terlibat di saat-saat aksi memburu kemenangan.Pada minit ke 85 gerakakan lincah Ghaddar menyebabkan Bojan Patrik terpaksa menahan bola dengan tangan untuk menyekat Ghaddar dari menjaringkan gol.Pengadil melihat aksi itu di depan matanya sendiri dan menhadiahkan Penalti.Pakar Penalti Kelantan Mohammad Ghaddar merembat bola ke penjuru gol dan ggal di selamatkan oleh Syamsuri.Pada minit ke 87 Ghaddar memberi kemenangan kepada Kelantan di gelanggang lawan dan menhapuskan badi dengan TTeam.Tetapi dengan kegembiraan dia menjaringkan gol dengan membuka jersi pula mengundang kad kuning kepadanya.


Tambahan masa 3 minit di berikan.Kelantan mula memperlahankan waktu dan banyak membuang bola keluar.Apek pula menjadi masa kerana lambat mengambil sepakan percuma kerana arahan berbeza dari laneman yang meminta apek meletakkan bola di dalam box tapi pengadil menganggap perkara itu melengahkan permainan.Saat-saat mendebarkan di kala menunggu 3 minit masa tambahan seperti sejam lamamnya akhirnya tiupan 3 mata penuh di raih oleh Kelantan dan pemain akan menerima bonus khas sempena perlawanan malam ini.Tahniah kepada Kelantan ,para penyokong dan peminat yang hadir di SSNS
di Kuala Terengganu.

 Selepas tamat permainan pemain nampak keletihan tapi tak pe 3 mata berjaya dan misi menundukkan TTeam berjaya dan bertambah jayanya dengan Bonus Khas.Syabas dan Tahniah THE RED WORRIORS.
Apa Pun Kita GOMO KEDAH PLOKK.....


Sementara itu lain keputusan Liga Super semalam melihat beberapa keputusan yang di luar jangkaan.

Lions XII mula mengganas nampaknya tapi Kelantan masih ada 3 perlawanan kurang dari wakil singapore niii.Selangor pun nampak nya sudah mula temui rentak.Sementara kedah mendapat tonik baru untuk sebelum bertemu Kelantan pada aksi Semi final Piala FA di Stadium Keramat Kelantan.Stadium Sultan Muhammad Ke IV di kota Bharu.Kita tengok Live Big Screen Pulakk . . .
Ada yang mempertikaikan astro arena 801 sekarang nii rasanya sudah hampir 5 kali siarannya ke atas lions XII kalau anugerah Berita Harian baru-baru niii Zed Zaidi pertikaikan kemenangan orang singapura Aron Aziz kenapa bola sepak negara boleh berbangga dan selalu siarkan secara lansung setiap kali Lions Bermain.FAM pun mungkin gemar tengok lions secara live kemana perginya 13 pasukan lain? jangan menaikkan nama kelab bolasepak negara orang sedangkan Kelab bolasepak negara kita masih ada banyak keistimewaannya.
 Biar orang hancurkan blog kawe nii tetapi kawe haramkan kawe menulis tentang negeri sebesar kebun bunga ini Kelantan Darul Naim.Selagi nyawa di kandung badan,selagi darah Kelantan mengalir selagi itu kawe akan terus berjuang bersama Kelantan THE RED WORRIORS.

 Simbolik kemenagan kelantan ke atas TTeam angka 2 dan 1 .GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment