KOTA
BHARU – Kelantan gagal ke suku akhir Piala AFC selepas tumpas 0-2 kepada kelab
Hong Kong, Kitchee Sport Club (SC) dalam aksi pusingan kedua di Stadium Sultan
Muhammad IV di sini, malam tadi.
Beraksi
di tempat sendiri tidak memberi kelebihan buat tuan rumah apabila pelawat
melakukan asakan awal dan meraih percubaan menarik menerusi ketua pasukan, Chui
Siu Kei pada minit keempat namun dinafikan Khairul Fahmi Che Mat.
Tersentak
dengan asakan pelawat, Kelantan pantas mengatur gerak dan mendapat peluang
terbaik pada minit ke-12, bagaimanapun rembatan Dimitrios Petratos sekadar
menggegar bahagian tepi jaring gol Kicthee SC.
Tiga
minit kemudian, tuan rumah dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat selepas
pertahan The Red Warriors, Lek Kcira tertampan bola ke gawang sendiri ketika
cuba menghalang rembatan pemain Kicthee SC, Pablo Gonzalez Counago.
Pelawat
terus bersemangat dan hampir menggandakan jaringan pada minit ke-20, namun
rembatan pemain pertahanan Cheung Kin Fung ditepis Khairul Fahmi.
Kelantan
terus diasak hebat oleh pelawat menerusi serangan bertali arus sehingga memaksa
barisan pertahanan tuan rumah yang diketuai oleh Obinna Nwaneri bekerja keras
untuk mengelak gawang daripada dibolosi.
Peledak
berbisa Kitchee SC, Josep menambah derita tuan rumah dengan menjaringkan gol
kedua pasukannya pada masa tambahan babak pertama.
Bersambung
babak kedua, tuan rumah yang terdesak memburu jaringan, membuat pertukaran
dengan membawa masuk penggempur berbisa, Dickson Nwakaeme bagi menggantikan
Mohd. Faiz Subri.
Percaturan
Bojan Hodak membawa masuk pemain berkenaan membuahkan hasil apabila barisan
serangan Kelantan berjaya mencipta gerak menarik di depan gawang lawan.
Pada
minit ke-63, Kelantan berjaya meletakkan bola ke dalam gawang lawan menerusi
Mohd Nor Farhan Mohamad, bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan oleh
pengadil dari Korea, Lee Min Hu selepas Nor Farhan dikesan berada dalam
kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.
Tuan
rumah terus kempunan untuk merapatkan kedudukan apabila gol Nwakaeme
kemudiannya dibatalkan Min Hu, selepas penyerang Kelantan itu berada dalam
kedudukan ofsaid.
Petikan dari Klate.net
Apa yang berlaku pada separuh masa pertama? ramai yang mengeluh kerana seorang pemain sahaja boleh menhancurkan harapan kita untuk mara lebih jauh dalam AFC ini.Sikap pemain atau ada perkara lain? mungkin itulah yang menjadi topik perbincangan antara yang menganggap bila ada kekalahan.Bukan semua itu.ini kerana Pemain kekok beraksi dengan posisi mereka. Kedudukan Petratos adalah striker tunggal.kenapa jadi begitu? ini kerana indra bukanlah striker.Dia akan berasa lebih selesa kalau berada di winger sebelah kanan.Kerana dia mampu dan sudah biasa membawa masuk bola dan membuat hantaran.Petratos bola jarang sampai kerana Piya pada separuh masa pertama terlalu jauh berada di bawah dan membuatkan kawasan yang sepatutunya di kawal oleh Piya tampak kosong dan membuatkan Piya dan petratos jauh.Farhan bermain di winger sebelah kiri dan adakah dia selesa? jawapannya tidak kerana dia adalah seorang striker dan sepatutunya dia berada bersama dengan petratos.Kelantan tiada penyerang yang bagus? itu adalah alasan yang tidak munasabah.Farhan,Faiz Subri ,Haris Safwan ,Fakri dan Khairul izuan adalah penyerang.Winger kanan adalah indra ,dan overlap boleh di lakukan oleh Nik Shahrul.Winger sebelah kiri kita ada Zairul Fitree kerana apa ? kerana dia boleh membawa bola ke hadapan dan boleh membuat hantaran baik kepada penyerang. dan seorang lagi stiker adalah Zairol tapi mengapa Zairol masih di simpan? Pertahanan Lek dan Obinna sudah bermain baik namun ketiadaan Daudsu yang cedera membuatkan Zairul Fitree di masukkan di sebelah kiri.dan sebelah kanannya Nik Shahrul.Inilah yang terjadi bila tiada kepuasan bermain bola sepak.Pemain nak kan posisi mereka kerana mereka nak tempat yang mereka selesa baru kita boleh nampak kesempurnaan dan kekuatan mereka akan terserlah.Bojan mungkin dah salah meletakkan pemain kerana dia sudah "Loose" kerana jarang dengar dia cakap saya kenal pemain saya.mungkin kita perlukan jurulatih lain tapi dengan sisa yang ada terpulang kepada pengurusan samada mereka masih nak kekalkan jurulatih atau mencari jurulatih baru.pemain kelantan sudah sempurna dari awal musim tetapi kerana Bojan tak kenal pemain sendiri 100% sebab itulah dia tak nampak apa pemain dia boleh lakukan dengan jauh lebih baik dari sekarang.Sesuatu perlu di lakukan sebelum semuanya dah terlambat.Kami syangkan Kelantan seperti nyawa kami sendiri.Bojan open your mind and please take note.....You already have full team,wake up and work for it before too late.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment