KELANTAN
berjaya bangkit dari dua kekalahan berturut-turut selepas menundukkan T-Team
3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Pelawat
terlebih dahulu mencemaskan pintu gol tuan rumah menerusi rembatan deras Ahmad
Syamim Yahya dari luar kotak penalti pada minit ke-9, namun rembatannya sekadar
menggegar palang gol walaupun Khairul Fahmi Che Mat sudah pun tertewas.
Minit
ke-15, pemain pertahanan T-Team, Shazlan Alias mendapat peluang terbaik
menghasilkan gol pertama apabila mendapat hantaran cantik daripada Ibric Yuksel
di dalam kotak penalti, namun rembatanya berjaya ditampan Khairul Fahmi.
Kelantan
membuka tirai jaringan pada minit ke-31 menerusi Dickson Nwakaeme yang
menyudahkan sepakan penalty, apabila tindakan Hasan Basri menjatuhkan Indra
Putra Mahayuddin di dalam kotak penalti di kesan pengadil, Mohd Amirul Izwan
Yaakob.
Selang
sembilan minit kemudian, pemain sayap, Mohd Faiz Subri mendapat peluang terbaik
untuk menambah gol buat Kelantan apabila hanya berhadapan dengan penjaga gol
T-Team, Iqbal Suhaimi, namun rembatannya jauh melepasi palang gol.
Minit
ke-45, Kelantan terus mengasak kubu pertahanan T-Team dan Indra Putra hampir
mendapatkan gol kedua buat The Red Warriors (TRW), namun tampanannya sekadar
singgah di palang gol selepas menerima hantaran lintang daripada Mohd Faiz.
Bersambung
babak kedua, Kelantan terus menguji pertahanan pelawat menerusi Mohd Faiz yang
membuat rembatan kencang dari luar kotak penalti yang ditepis keluar Iqbal.
Minit
ke-52, hasil daripada serangan balas, George Boateng hampir mendapatkan gol
penyamaan buat T-Team, namun rembatannya dalam kotak penalti ditampan kemas
Khairul Fahmi.
Tindakan
ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menggantikan Dickson dengan Mohd
Norfarhan Mohamad sebaik bermula babak kedua akhirnya berbaloi apabila pemain
itu bijak menanduk masuk hantaran lintang ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi pada
minit ke-60 untuk gol kedua Kelantan.
Yuksel
kemudian merapatkan jurang gol buat T-Team apabila menyempurnakan sepakan
penalti pada minit ke-80 selepas Ahmad Fakri Saarani menjatuhkan Ahmad Syamim
di dalam kotak penalti.
Kelantan
mengesahkan kemenangan apabila Indra Putra mudah menampan masuk bola hantaran
lintang daripada Mohd Badhri pada masa kecederaan.
Petikan dari Klate.Net
Alhamdulillah ,TRW sudah kembali.Inilah yang kita mahukan.Kita kena terus kekalkan prestasi terbaik untuk liga super.Kita perlu terus mendaki selagi terdaya.Walaupun sudah nampak agak jauh namun segalanya tampak berkemungkinan.dengan beberapa tektik dan strategi dari bojan dengan bantuan prestasi pemain tidak mustahil kita akan dapat merapatkan jurang dengan pendahulu.Lions XII sudah mula slow dengan seri dengan selangor dan kekalahan JDT di tangan Perak yang sudah menunjukkan taring mereka dan kita kena terus berusaha mengejar dan selebihnya kita berserah.
Nakeame menjaringkan penalti dengan hanya menyungkit bola dengan penuh confidentnya manakala Farhan menanduk bola ke gawang lawan dan Indra hanya taping bola dan Asistnya sekali lagi Kapten Marble kita Piya....
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment