Monday, 13 May 2013

MAGIS PIYA BANTU KELANTAN



KETUA Pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi jelas mempunyai ‘magis’ tersendiri apabila membantu pasukannya menewaskan Negeri Sembilan 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

Sumbangan Mohd Badhri atau Piya nyata tidak mengecewakan apabila menjaringkan satu gol selain membantu rakannya, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Muhammad meledakkan dua jaringan sekali gus melonjakkan Kelantan ke tangga keenam liga.

Jika pada perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Ayeyawady United FC, 30 April lalu menyaksikan sepakan penjuru ‘inswinger’ Piya memerangkap Aung Min Khant, malam kelmarin giliran penjaga gawang Negeri Sembilan, Mohd Hamsani Ahmad pula tertewas dengan cara sama.

Hakikat ini diakui pengendali Kelantan, Bojan Hodak yang menyifatkan dua gol menarik dalam tempoh 10 hari oleh Mohd Badhri membuatkan jeneral padang berusia 31 tahun itu tidak semena-mena mendapat jolokan baru selaku ‘pakar sepakan penjuru’ negara.

“Saya tidak fikir ada mana-mana pemain bola sepak di dunia mampu menjaringkan dua gol cantik dalam tempoh yang singkat. Tetapi Piya membuktikan dia mampu melakukannya meskipun dari sudut sukar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Malah pengendali dari Croatia itu turut memuji persembahan Indra Putra dan menganggap prestasi pemain berasal dari Perak itu semakin memuncak meski pun sudah melewati usia 30 tahun.

“Secara jujur, saya akui Indra Putra merupakan pemain tengah terbaik dimiliki negara ketika ini. Malah dia kini berkongsi kedudukan selaku penjaring terbanyak (lima gol) pasukan kami bersama Mohd Norfarhan.

Pada perlawanan tersebut, hasrat skuad Jang untuk bangkit mencipta kemenangan pertama pada saingan Liga Super musim ini sekali lagi tidak kesampaian apabila tumbang 0-3 kepada Kelantan menerusi jaringan Mohd Badhri (m-31), Indra Putra (m-76) dan Mohd Norfarhan pada penghujung perlawanan.

Hodak yang gembira dengan kemenangan itu berkata, pasukannya berhak memenangi perlawanan tersebut meski pun diberi tentangan sengit pada awal permainan oleh skuad kendalian Divaldo Alves yang begitu terdesak mencari kemenangan pertama mereka musim ini.

“Tiga mata ini cukup penting sebelum kami bertemu Selangor di Kota Bharu minggu depan. Siapa tahu kita boleh pertahankan kejuaraan, jadi naib juara atau berada di tempat ketiga. Itu tidak mustahil berlaku, tetapi jika kami mampu menamatkan saingan berada dalam kelompok empat pasukan terbaik, itu sudah cukup baik buat Kelantan,” katanya.

Petikan dari Klate.Net


Apa yang di lakukan oleh Piya pada perlawanan ini adalah sesuatu yang sangat cemerlang.Jaringan dari sepakakan penjuru sekali lagi Berjaya di jaringkan oleh Piya.Sepakkannya bagai sudah di ukur dan selalu berlatih.Dia berlatih atau pun tidak kita tak tahu.Tapi apa yang dia buat seolah-olah dia dia memang pakar dalam sepakkan sebegini.Tidak dapat kita sangkalkan lagi.Piya memang pakar dan bukan setakat itu sahaja kawe berani katakan,Piya berada di puncak prestasinya ketika ini.Selain dari menjaringkan gol.dia jugalah yang menjadi pemangkin kepada jaringan Indra dan Farhan.Cantik bola hantarannya tepat dengan larian penyerang.Harap pemain-pemain TRW yang lain dapat meningkatkan prestasi hingga ke tahap terbaik.Sebab masanya adalah sangat sesuai bagi mengejar tempat terbaik dalam liga Super.Sekarang ni kita ketinggalan 11 mata dengan pendahulu liga.Harap pasukan yang teratas alami kemerosotan saat akhir.semuanya kita berserah pada Allah.Semoga Allah membantu kita…Insyaallah.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!

GOMO KLATE GOMO!!!!!! 

 

No comments:

Post a Comment