Tuesday, 10 July 2012

Kelantan bakal bertemu barisan terbaik QPR



PENGURUSAN dan pasukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Queen Park Rangers mempunyai alasan mereka untuk memilih Sabah dan Kelantan dari Malaysia sebagai pasukan yang akan ditentang dalam perlawanan persahabatan bersempena "QPR Asia Tour 2012"

Menurut Pengarah Perdagangan QPR, Euan Inglis, Pengerusi kelab berkenaan , Tony Fernandez, membuat keputusan memilih Sabah sebagai menyokong keperluan perkembangan dan pengukuhan perniagaan Air Asia yang mahu menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah satu hub antarabangsa syarikat penerbangan berkenaan.

Keputusan tersebut juga adalah sebagai tanda terima kasih Air Asia kepada rakyat dari negeri berkenaan yang menyokong kehadiran syarikat penerbangan tersebut dan sekaligus membuka ruang kepada penyokong-penyokong pasukan bola sepak Sabah untuk melihat aksi pemain-pemain mereka bersama barisan pemain antarabangsa dari kelab yang terkenal dengan nama jolokan "R"
Kelantan pula, menurut Inglis, merupakan sebuah pasukan yang diiktiraf sebagai pasukan juara dalam Liga Tempatan. Keupayaan pasukan Kelantan menjuarai Piala FA dan melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala AFC 2012 dilihat sebagai kekuatan yang perlu diuji QPR yang turut disertai beberapa pemain baru untuk Liga yang akan bermula Ogos nanti.

Tanpa memandang rendah pencapaian Kelantan dalam arena bola sepak rantau ini, Inglis memberi jaminan QPR akan menurunkan barisan terbaik mereka, termasuk nama-nama seperti Robert Green, Dijbril Cisse, Shaun Wrigh-Phillips, Anton Ferdinand dan Bobby Zamora.

Pasukan QPR yang dikendalikan oleh Mark Hughes dijangka tiba di Kota Kinabalu dari Hong Kong pada 14 Julai 2012. Mereka akan mengadakan perlawanan dengan pasukan Sabah di Stadium Likas pada 17 Julai, kemudian bertemu pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2012 dan mengakhiri kembara Asia mereka di Surabaya untuk satu lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan Persebaya pada 23 Julai 2012.


Bagi tujuan persediaan tersebut, Inglis telah mengadakan lawatan ke semua stadium perlawanan bagi memastikan ia berada ditahap yang baik bagi menjamin kelancaran perlawanan. Beliau, berharap Kembara Asia QPR 2012 ini akan mencapai matlamat seperti yang ditetapkan dan membantu kelab bersedia menentang Swansea ketika bermulanya kempen Liga Perdana Inggeris pada pertengahan bulan Ogos akan datang.

Dalam perkembangan yang lain, Tan Sri Annuar Musa yang mengilhamkan perlawanan ini berkata, penyokong-penyokong pasukan Kelantan harus mengambil peluang untuk hadir dan menyaksikan perlawanan bersejarah ini.

 
Tiket-tiket perlawanan persahabatan berkenaan yang berharga RM33, RM53 dan RM73 akan mula dijual secara atas talian melalui laman web AirAsia RedTix (talian hotline 03-8775 4666, 9am-6pm, kecuali pada hari minggu), juga di lokasi-lokasi Rock Corner, Victoria Music dan KL Life Center.

Manakala di Kota Bharu, tiket-tiket boleh dibeli di kaunter tiket Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan di Wisma KAFA mulai hujung minggu ini.

KLIK untuk gambar-gambar sekitar majlis Sidang Media QPR Aisa Tour 2012, di GRV Kota Bharu.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

Ada promosi istimewa sempena Perlawanan 2 Pasukan hebat ini

 Satu orang pembeli tiket yang membeli tiket awal iaitu sebelum 15hb Julai 2012 akan mendapat peluang yang datang sekali seumur hidup iaitu:

1) Naik taraf tiket kepada tiket VIP
2) Penginapan satu malam di hotel Saujana bersama pasukan TRW dan QPR
3) Sarapan pagi bersama pasukan TRW dan QPR

Apa yang ditunggu lagi, dapatkan tiket anda hari ini untuk berpeluang memenangi hadiah ini. Pemenang akan diumumkan pada 17hb Julai 2012 dan hanya mereka yang membeli tiket SEBELUM 15hb layak.

Inilah perkataan yang paling sedap didengar bila tengok Page QPR:

For the first time, Queens Park Rangers will be coming to Asia for their 2012 pre-season friendly. They will be facing the strongest team of Malaysia, Kelantan 'The Red Warriors' ***(click here for match info)***
Description
Kick-off at 9:15pm in Shah Alam Stadium on the 20th July 2012

Tickets available for purchase at:
1. Sultan Muhammad IV Stadium
(Kota Bharu, Kelantan) during Kelantan vs Sarawak

2. Karangkraf Complex
(Lot 2, Jalan Sepana 15/3, off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor)

3. Rock Corner outlets
(The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur)
(Mid Valley, Kuala Lumpur)
(KLCC, Kuala Lumpur)
(Subang Parade, Selangor)
(One Utama, Selangor)
(The Curve, Selangor)

4. Victoria Music outlets
(Sg Wang, Kuala Lumpur)
(Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur)
(AmCorp Mall, Selangor)
(Tropicana, Selangor)

5. A. Hassan restaurants
(43 Jalan Pedang Seksyen 13/27, Shah Alam, Selangor)
(35-G Jalan USJ 10/1, UEP Subang Jaya, Selangor)
(17 Jalan 7/7a, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor)
(30 Veledrome Business Park, Batu 4 Jalan Cheras, Kuala Lumpur)
(AB-PO Lebuhraya Shah Alam, Rehat & Rawat Awan Besar, Selangor)
(61 Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, Puchong, Selangor)

6. Pejabat KAFA
(Kelantan)

7. TRW Cafe @ KTC
(Kelantan)

8. Kedai Warriors Kubang Kerian
(Kelantan)

9. Arena Futsal Pengkalan Chepa
(Kelantan)

10. Korean fans can now buy tickets at Kim's Mart (Korean Supermarket) at:
a) Kim's Mart at Solaris. No 7&9 Jalan Solaris 2, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
b) Kim's Mart ar Desa Sri Hartamas. No12, Ground Floor, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Ticket Prices:
VIP - RM103
Grandstand - RM 73
Open Seating - RM 53
Upper Terrace - RM 33

Tickets available for online booking at:
AirAsia RedTix
( http://www.AirAsiaRedtix.com/Events/QPRAsiaTour2012 )


IMPORT BARU KELANTAN SELAMAT TIBA DI KOTA BHARU


Penyerang import baru Kelantan iaitu Keita Mandjou yang akan didaftarkan untuk bermain dalam saingan Suku Akhir Piala AFC menentang kelab dari Iraq iaitu Erbil SC selamat tiba di Kota Bharu pada petang ahad tadi.
Selain posisi penyerang, bekas penyerang Perak pada musim 2004 – 2007 ini juga boleh bermain di posisi Attacking Midfielder.
Sebelum berhijrah ke Kelantan, Keita Mandjou bermain bersama kelab dari India iaitu Pune FC dan meledak 16 gol dalam 17 perlawanan.
Selamat Maju Jaya kepada Keita Mandjou
Biodata Keita Manjou

petikan dari Kelantanfa.com
 Selamat Datang ke Kelantan Darul Naim.Kawe harap dengan kehadiran pemain ini dapat menguatkan barisan serangan Kelantan dan Gandingan 3 lagi pemain import pasti mengukuhkan Kelantan bagi menghadapi saingan AFC Cup tahun ini.Insyallah ,kalau tektikal dan prestasi pemain berada dalam tahap 100% pasti kita akan menempa satu lagi sejarah buat Kelantan dan Malaysia.Selamat berjuang Pahlawan Merah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Suara kecewa sikap FAM kian lantang



Rentetan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu lebih umur pemain Myanmar, suara penyokong yang tidak puas hati dengan keputusan itu kian lantang.

Paling ketara, sekumpulan 30 hingga 40 orang penyokong setia Harimau Malaya diwakili orang-orang kuat Ultras Malaya sanggup menunggu sehingga Kongres FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin berakhir untuk menyerahkan memorandum supaya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan.

“Jika tidak kerana bantuan media kita, siapa lagi nak bantu dedahkan penipuan Myanmar. Tapi FAM hanya mahu rujuk data pemain dalam sistem AFC saja.

“Sudah tentu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Remaja AFC, Zaw Zaw (yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Myanmar) sudah menyembunyikan segala fakta usia sebenar untuk selamatkan pasukan mereka.

“Tapi FAM sendiri sudah rosakkan semangat kita semua. Kami rasa Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) gagal mengendalikan isu ini dengan baik dan wajar diganti dengan individu berkredibiliti,” kata wakil Ultras Malaya, Lekir Ahmad.

Pendapat sama turut dikongsi beberapa wakil kelab penyokong negeri-negeri seluruh Malaysia.

“FAM buat keputusan yang tidak rasional. Pengajaran perlu diberikan kepada Myanmar supaya penipuan umur tidak berulang. FAM pernah potong mata skuad Piala Presiden Kelantan kerana turun pemain tak sah. Kenapa mereka biar saja dalam kes ini,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali.

Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah pula berkata: “Ini membuktikan FAM tidak serius memperjuangkan hala tuju bola sepak negara. Sikap ini hanya akan menyebabkan industri bola sepak negara statik dan hanya gah di peringkat liga domestik saja. Moral para pemain juga pasti terjejas.”

Sementara itu, jurucakap sekumpulan penyokong di Melaka, Rosli Murad menambah: “Memang kami kesal dengan tindakan FAM. Harap pada masa depan situasi seperti ini harus ditangani dengan bijak kerana bantahan rasmi adalah pentas terbaik mengatasi kekusutan dan pertikaian berpanjangan.”

Bagi Pengasas Laman Web Penyokong Bola Sepak Selangor (SelangorFC.com), Amir Sharifuddin Samad: “FAM tak boleh duduk diam saja. Walaupun tak kemuka bantahan, teruskan usaha untuk mencari juga bukti-bukti kukuh kerana hak skuad B-22 kita perlu diperjuangkan.”

BERITA HARIAN

FAM oh FAM, ada baiknya juga Ultras Malaysia bersuara setidak-tidaknya semua penyokong yang ada di bumi TANAJ TUMPAHNYA DARAHKU ini sedar yang FAM tidak iklas dalam menyokong pasukan kebangsaan.Mereka nampak gagal memberi sokongan terhadap titik peluh rakyat Malaysia yang berkerah keringat dan berkorban untuk bolasepak negara.FAM setidak-tidaknya menghantar bantahan terhadap Myammar yang telah menggunakan pemain lebih umur untuk AFC U22 Asians Cup.Sebab Myammar Malaysia Tewas dengan cara tidak professional dan FAM hanya tengok sahaja.Setiausaha mana perginya dan Pengerusi nya di mana?
 Semasa kongress berlansung,Setiausaha berkata tidak boleh memberi sebarang komen sebab tidak ada dalam Artikel FAM.Artikel lama nak di perbaharui tetapi di potong oleh Setiausaha Terhormat.Sampai bila MARUAH NEGARA akan terus di pandang sepi oleh FAM.Pengerusi sudah terlalu lama berada dalam FAM, alangkah baik kalau di gantikan dengan orang baru yang tiada kena mengena dengan Istana.Lantik orang yang bekerja dan mampu menerima teguran dan mahu belajar dan mengkaji tentang bolasepak.Setiausaha dari orang yang berpencen.Alangkah bagus kalau pencen duduk di rumah sahaja dan bawa diri ke surau buat amal ibadat lagi bagus kan.Siapa kenal setiausah ni? Pernah main bola ke? kelab mana dia bermain? pernah mewakili Malaysia?Siapa tahu mintak tolong bagitau.
 Satu lagi perkara yang boleh kita lakukan adalah boikot skuad kebangsaan dan kosongkan stadium.Sebab Persatuan Sukan Negara tidak menitik beratkan MARUAH NEGARA.Bagi kawe ,kawe malas nak tengok bola skuad kebangsaan lagi.Tengok pun buat sakit hati,bukan sakit hati dengan pemain tetapi majikan mereka.Bangkitlah semua kelab penyokong yang ada di Malaysia ni.Selamatkan BOLASEPAK NEGARA..


Sunday, 8 July 2012

Kelantan Juara Liga Super 2012


KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) – Kelantan berjaya mempertahankan Piala Liga Super yang dimenangi pasukan itu musim lepas apabila membelasah Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Kelantan.
Kemenangan ke-17 daripada 24 perlawanan liga itu membolehkan mereka memungut 57 mata, berkelebihan tujuh mata daripada pencabar terdekat, Lions XII dari Singapura dengan masing-masing masih mempunyai dua baki perlawanan.
Kelantan merupakan pasukan ketiga yang berjaya mempertahan piala itu sejak ia diperkenalkan pada 2004 yang dimenangi oleh Pahang, selepas Kedah melakukannya pada 2007 dan 2008 serta Selangor pada 2009 dan 2010.
Sementara itu, pasukan tangga keempat liga, Selangor mencatat kemenangan 4-0 ke atas jiran mereka, Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam menerusi jaringan Azidan Sarudin pada minit ke-33, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-46 dan ke-79 dan Ramez Dayoub pada minit ke-62.
Gergasi Merah diekori rapat oleh Terengganu yang mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Felda United turut mencatat kemenangan tipis 1-0 ketika bertemu PKNS Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hasil jaringan Farderin Kadir pada minit ke-22.
Negeri Sembilan yang tewas 2-3 kepada Kelantan, Selasa lepas bangkit dengan menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar hasil jaringan Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit ke-42 dan S. Kunanlan pada minit ke-82.
Satu lagi pasukan dari Terengganu, T-Team pula terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila terikat 1-1 dengan Johor FC pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Petikan dari Klate.Net


 "Alhamdullilah,Kami semua bersyukur ke hadratmu Ya Allah.Kerana Mengizinkan kami memenangi perlawanan malam ini dan seterusnya mempertahankan Liga Super 2012...Amin".
 Kita bermain baik dengan hantaran dan percubaan dan juga tidak henti -henti melancarkan serangan tanpa jemu.Apa yang di tunjukkan oleh Kelantan pada separuh masa pertama membuatkan Perak seolah-olah di buai mimpi ngeri.Jurulatih Perak sendiri pening memikirkan tektikal Kelantan ini yang sememangnya tidak di jangkakan oleh Tetamu kita malam ini.Kelantan bermain dengan permainan sebenarnya dan memang jauh perbezaan tektikal dan persembahan antara kedua-dua pasukan ini.Nampak macam berat sebelah.
 Kelantan bermuala dengan Apek,Subra Obinna,Daudsu dan Nik Shahrul Azim di bahagian pertahanan manakala di bahagian tengah pula Shakir dan Piya di sebelah kiri pula Awe dan sebelah kanan Indra.Manakala Ghaddar dan Farhan mengemudi bahagian depan.
 Permulaan permainan Kelantan di uji dengan percubaan merbahaya dari Nazri dan Akmal.Selepas 10 minit permainan Kelantan mula mencuba tektikalnya cuba beberapa gerakkan di halang oleh ketidaktepatan hantaran sahaja.Pada minit ke 17 jaringan dari Indra Putra maka bermulalah tektikal terbaik kelantan.Selepas satu-satu jaringan di hasilkan sehingga 5-0.
 Sebelum berakhirnya perlawanan separuh masa pertama satu aksiden melibatkan Ghaddar dan Sharulnizam mustapa,Kapten Perak.Pada Kawe dia lakukan perkara ini bukan dengan sengaja kerna mentalnya sudah parah kerana 5 jaringan Kelantan.Bila hilang fokus cakap sikit pun dan naik darah.Inilah aksiden tersebut.



   Bermulanya separuh masa kedua,Mat Yo di masukkan menggantikan Ghaddar.Kerana aksiden tadi Ghaddar patut di keluarkan bagi mengelak kejadiaan yang tidak diinginni.Pergerakkan Mat Yo sedikit perlahan dan mungkin baru pulih dari kecederaan.manakala pemain lain seperti Farhan,indra,Awe,Piya dan Shakir tidak henti-henti membantu serangan.Farhan di keluarkan dan di gantikan dengan Azlan.Sekarang ni dua-dua  perlahan di bahagian serangan dan Azlan nampak terburu-buru mencari gol.Sehinggakan lupa kawan-kawan yang berada di kedudukan lebih baik darinya.Kelantan menjaringkan 1 gol lagi dari indra dan menjadikannya hatrik buat indra putra mahyuddin.Selepas itu kelantan meredakan permainan dan banyak membuat hantaran sesama sendiri dan sesekali melancarkan serangan. Sebaik sahaja tiupan wisel penamat dari pengadil perlawanan Kelantan telah mengesahkan JUARA LIGA SUPER 2012.

  Tahniah Kepada Tan Sri Anuar Musa,Bapa pembangunan Bolasepak Kelantan,Pengurusan KAFA,Pengurus pasukan.Jurulatih Bojan Hodak dan pembantunya ,Pemain-pemain Kelantan dan Penyokong-penyokong Kelantan.Jasamu pasti di kenang dan Ribuan terima kasih atas segala pengorbanan dan usaha.Terima kasih...terima kasih...Terima Kasih

 Segala usaha dan pembangunan serta peningkatan demi peningkatan dan perubahan serta sentiasa mengkaji dan belajar dari negara lain.Perancangan awal dan persiapan rapi di akhiri dengan kejayaan dan kepuasan.2 Piala dari 4 piala sasaran menunjukkan Kelantan sudah jauh dari negeri-negeri lain dan kelab-kelab yang ada di Malaysia.Penat lelah Kelantan berbaloi.Inilah detik-detik kegembiraan sebaik sahaja tamat perlawanan semalam.
 Meraikan kejayaan bersama penyokong-penyokong bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan selama ini.Tanpa pemain ke-12 Kelantan ,apalah yang Kelantan ada.


Tan Sri Anuar Musa di julang oelh Obinna dan Kawan-kawan meraikan kejayaan bersama Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan ini.Terima Kasih Tan Sri Anuar Musa.

Farhan menyejukkan Bojan Hodak.Tektikal dan Permainan pantas menyebabkan Perak pening dan coach Perak menggaru kepala yang tidak gatal.
Daudsu memusingkan air bagi meraikan kejayaan merangkul piala liga super 2012.Daudsu salah satu pertahanan kental Kelantan
Kepuasan menonton dan menyokong negeri sendiri.Bermula dari penyokong yang ganas dan panas barang dan kini sudah bertukar kepada professional penyokong dan terus di asuh untuk memantapkan sokongan.Penyokong Kelantan bersama-sama keluarga dan bukan lagi keseorangan.Tahniah Penyokong Kelantan,sokongan yang membantu pasukan.Apa pun Semoga kita terus berjaya dalam mendapatkan satu lagi bagi Piala iaitu Piala Malaysia dan AFC pula kita semakin menuju ke Sejarah.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Saturday, 7 July 2012

2 MARUAH DALAM SATU PERLAWANAN

Stadium Sultan Muhammad Ke-4 malam ini akan menjadi saksi,Kelantan bakal mentahtai dan merangkul PIala Liga Super 2012 seandainya kemenangan malam ini.3 mata adalah mata yang paling di harapkan malam ini di samping kapasiti stadium kita malam ini pastinya penuh sepenuhnya.Bagi yang ada di stadium mereka ada di tapak bersejarah dan bagi yang menonton dari Astro mereka juga sejarah kerana Mereka juga adalah Pemain ke-12 TRW.


Jika Kelantan mencatatkan kemenangan malam ini,bermakna Kelantan adalah pasukan yang kosisiten sepanjang musin 2012 dan menjadikan Kelantan terus menguasai Liga malaysia.Satu perkara yang penting adalah Maruah Negeri Kelantan walaupun kami bahagia dengan cara hidup kami tetapi kemenangan dalam Bolasepak adalah satu kebanggan bagi kami.Apatah lagi kami akan mempertahankan Piala LIga Super dari jatuh ke tangan Lions XII.Seandainya kita gagal dalam misi ini makanya Piala ini akan menyeberangi Selat Selatan.Kami semua Berdoa semoga Pahlawan-Pahlawan merah akan turun berjuang habis-habisan agar kita berjaya memperolehi Tahta Liga Super 2012 seawalnya.Tidak perlu menunggu hingga ke perlawanan terakhir.Bagi semua pemain ke-12 Kelantan berteriaklah tanpa henti,bagi plyer kata-2 semangat agar mereka bangkit andainya ketinggalan dan Laungkanlah kalimah Keramat Kita GOMO KLATE GOMO!!!!bagi memberi peransang kepada semua pemain.Berdoalah demi maruah Kelantan dan tanpa kita sedari Ianya Maruah Negara kita juga MALAYSIA.
 Kita juga menerima perkhabaran baik dari Kem Kelantan yang menyatakan Obinna dan Nurul Azwan Roya Sudah lepas dari pergantungan Kad Kuning dan Begitu juga dengan Ghaddar,Mat Yo dan Piya.Jika tiada aral yang melintang mereka bakal di turunkan.Kita berharap strategi Bojan akan menjadi malam ini.

SELAMAT BERJUANG PAHLAWAN MERAHKU!!!!!!!

ingatlah Laungan ini:


Wednesday, 4 July 2012

BASUH BASIKAL

 Hari ini kawe nak kongsikan sedikit tentang nak jaga basikal jenis mountain atau racing yang mahal ni.Tidak kira lah apa brand yang anda gunakan selepas sahaja berkayuh kita perlu keluarkan segala debu dan pasir yang melekat pada basikal.Tidak kira di bahagian mana sekalipun.Pada awalnya kawe pun belum tahu cuma sewaktu menukar tayar tempoh hari kawe ternampak Mat Nor membasuh basikal dan kawe bertanyakan kepadanya apa kenapa kita perlu basuh?Dia cakap,untuk kita kekalkan basikal dalam keadaan terbaik dan tidak mudah rosak.Kat kedai dia gunakan minyak untuk hilangkan debu dan pasir.Tapi dia nasihatkan kawe agar menggunakan sabun sahaja dah mengcukupi.
   Biasanya kalau kawe keluar berkayuh waktu pagi dan selepas asar baru kawe basuh.Boleh di katakan setiap kali keluar memang kena basuh.Basuh basikal jenis yang ni pelik sikit dari kita basuh basikal biasa.Yang pertamanya bahagian rantai basikal dan spoket depan dan belakang.semuanya kena basuh dengan sabun sampai semua kotoran hilang dan bahgian lain seperti tayar dan body.


Inilah bahagian yang sangat penting semasa membasuhnya.Kita kena pastikan semuanya di basuh dengan sabun dan perlu bersih sebersihnya.

Speed system ni juga perlu di basuh dengan bersih termasuklah spoket yang kecil-kecil tu sekali.biasanya debu dan pasir suka lepak kat situ.Tempat lain seperti di bond rim,di paddle dan break disk tidak perlu di letakkan sebabnya ianya menggunakn griss.


Apabila semuanya sudah di basuh dan di lapkan.Kita tunggu dalam 15 minit ke atau 20 minit bagi memastikan semua tempat kering sepenuhnya.Atas nasihat Shafie ,kita kena letakkan minyak di setiap tempat yang bergerak.Minyak yang kawe gunakan adalah minyak selinder motor yang belum di gunakan.Setiap tempat yang ada pully pun kena letak kecuali di Break disk dan di bond tayar.yang lain semua kena letak.


Di speed system depan pun kita kena letakkan supaya bila menukarkan speed dia bergerak dengan lancar.Selepas kita letakkan minyak di rantai kita perlu tunggu selama lebih kurang 10 minit bagi memastikan minyak tu dah betul-2 memngalir dan melekat.Selepas itu kita lap semua tempat yang kita letakkan minyak termasuk rantai,bukan sebab apa bila letak minyak di ranatai dan kita tidak lapnya balik.Minyak itu akan memercik dan melekat kat rim dan tayar belakang semasa kita mengayuh.Dan rim akan nampak kotor.
 Selepas semuanya sudah beres simpanlah basikal anda di dalam rumah.Kerana bila di simpan di luar rumah risikonya amat tinggi untuk hilang.Ada kawan-kawan berbasikal yang lain memberitahu ada kes kehilangan yang berlaku sewaktu membasuh pun ada.Jadi beringat sebelum kena.Inilah cara dan kaedah terbaik penjagaan basikal yang kawe belajar.Kalau anda belum mencubannya.Silalah...Ilmu yang bermenfaat adalah ilmu yang boleh di kongsi dan di gunakan bersam.Insyaallah....

Kelantan Kekal Pendahulu Liga Super

KELANTAN mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam tadi.
Keputusan tersebut membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak menggumpul 54 mata iaitu empat mata di hadapan pasukan Lions XII dari Singapura yang tidak bermain semalam.
Penyerang skuad Rusa, Mohd Firdaus Azizul membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 sebelum Mohd Azlan Ismail menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-46.
Mohammed Ghaddar Mahmoud menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-63 sebelum Indra Putra Mahayuddin mengukuhkan kedudukan pasukan pelawat lima minit kemudian.
Ketua pasukan Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan mengurangkan defisit jaringan apabila menyumbat masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-85.
Terengganu yang tewas 1-2 kepada Kedah, Sabtu lepas kembali bangkit mencipta kemenangan selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dua gol skuad Penyu dijaringkan penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-13 dan 84 manakala gol tunggal skuad warga kota
dijaringkan Emmanuel Okine pada minit ke-30.
Johor FC turut mencatat kemenangan dengan jaringan yang sama bertemu Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Dua gol Johor FC dijaringkan Mohd Syazwan Zainon seawal minit kedua dan sepakan penalti Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit ke-45 manakala gol tunggal Sabah menerusi Shahrudin Yakup pada minit ke-36.
Selangor pula mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Shah Alam.
Penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-62 sebelum Muhd Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan, dua minit sebelum tamat permainan.
Sementara itu, pasukan tangga ketiga liga Perak tewas 1-2 kepada pasukan kelab dari Lembah Klang, PKNS Selangor di Stadium Perak, Ipoh.
Penyerang Akmal Rizal Ahmad Rakhli menjaringkan gol pendahuluan skuad Seladang pada minit ke-43 sebelum pasukan pelawat membalas dengan dua gol menerusi Mohd Fazli Baharuddin pada minit ke-75 dan 78.
Sarawak turut menerima nasib sama apabila tumpas 0-1 kepada T-Team di Stadium Negeri Sarawak menerusi jaringan Mohd Fadzli Saari pada minit ke-30.

Petikan dari Klate.Net

 Bojan Hodak mempertaruhkan muka baru semasa perlawanan ini.Barisan Pertahanan kita di kemudi oleh Subra dan Rizal Fahmi manakala sebelah kanan adalah Nik Mohd Shahrul Azim.Sebelah kiri pula Daudsu.Ketiadaan Obinna Kerana menerima Kad kuning menyebabkan dia di gantung.
 Barisan tengah yang di kemudi oleh Shakir dan Indra nampak kurang menyengat kerana indra jarang bermain dengan bola.Dari segi tektikal kenapa kita perlu menhantar bola dari defend ke pada srtiker di mana Azlan nampak tidak begitu fit.manakala di sayap kanan kita meletakkan Khairul Izwan Rosli dan sebelah kanan Zamri Ramli.Farhan bermain macam biasa tetapi sokongan dari midfield dan syap kurang dan menyebabkan Azlan dan Farhan sukar mendapatkan bola.
  Kita perlu berterima kasih pada Apek yang mana berjaya menyekang beberapa percubaan bahaya dari Negeri sembilan.Dia memberi komitment 200% .Walaupun 2 kali tertewas di sebabkan pertahanan kita agak goyah tanpa Obinna.
Ghaddar walaupun bukan 100% fit untuk perlawanan ini dan hanya di masukkan pada separuh masa ke dua.Kerana bagi Bojan dia hanya mamapu bermain dalam 45 minit dan sebab itu dia di masukkan pada separuh masa ke-2.Tetapi Ghaddar berjaya menjaringkan Gol juga walaupun dalam keadaan tidak cergas sepenuhnya.
Piya di masukkan dalam 15minit terakhir kerana masih belum cergas setelah mengalami kecederaan semasa melawan selangor tempoh hari.Berita kurang enak untuk di dengar adalah Kecederaan Shakir yang terpaksa di keluarkan 5 minit sebelum masa permainan tamat.Harap kecederaan Shakir tidak serius.


Kita hanya memerlukan 3 mata lagi untuk di sahkan mempertahankan kejuaraan liga Super 2012.Dengan berbaki 3 lagi perlwanan kawe yakin dengan penuh debar bahawa kita mampu jika berjuang habis-habisan.Yang penting,siapa sahaja yang di turunkan termasuk pemain muda mereka perlu memberikan komitment yang tinggi bagi membalas kepercayaan Coach dan peminat.







Gol -gol yang di jaringkan semasa perlawanan malam tadi yang telah memberikan Kelantan kelebihan bagi mempertahankan Kejuaraan Liga Super 2012.Apa pun ,kita tidak boleh melatah kerana dengan pemain yang ada termasuk yangmengalami kecederaan kita perlu memberi sokongan bagi membangkitkan semangat pahlawana merah kita supaya terus berjuang demi Kelantan Tercinta.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Tuesday, 3 July 2012

HARI NI KAYUH KE HIGHWAY

Selepas pulang dari kerja jam 8pagi tadi.Hari ni 3 july 2012, kawe bergegas puang ke rumah.Bukan apa nak berkayuh.Sampai sahaja di rumah kawe menukar pakaian dan Bersiap untuk berkayuh.Wife kesyangan hari ni sediakan Chaw Kuew dan nescafee 0 panas untuk kawe.Selepas selesai simple breakfast kawe turun dari rumah jam 8.55pg dan memulakan kayuhan.Sebenarnya hari semangat sikit kerana  nak try jalan highway.Dah 3 hari kawe cari info tentang jalan baru ni.Shafie kata jaraknya 60km.En Rani kata dekat jee.Dari pasar Manir ke telemung jalannya mudah sahaja.Terus sampai simpang naik susur highway
  Keluar sahaja dari rumah jam tangan kawe dah setkan time set.Manakala meter miles kawe berfungsi dengan baik.Jalan nak ke highway ni baru sahaja hari ni nak cuba.Maklumlah pada 30 jun yang lalu kawe dah cuba jalan dari Padang Midin ( rumahku Syurgaku) ke SMK A Durian Guling kawe buat U turn dan terus ke Jalan Manir dan sebelum jambatan kawe buat U Turn semula dan Pulang Ke rumah di Padang Midin Jaraknya 40.4km.Masa kawe ambil adalah 1 jam 54 minit.Jalannya lurus dan hanya jalan ke SMK A Durian Guling tu sahaja ada sedikit tinggi jalannya.Kelajuan miles kawe pula adalah 33.4.Agak laju berbanding pakai tayar besar dulu.
 Kawe mulakan Kayuhan hari ini dengan speed 27 kmph.Agak laju jugak boleh maintain sampai jalan Manir dan masuk sahaja Jalan dekat Pasar Manir kawe kena slowkan sedikit speed sebab jalannya agak sibuk dan kawe terus sahaja kerana dah nampak sign bord ke Telemung.Masa melalui jalan sebelum ke sampai ke Telemung cuaca mulai terasa panas nasib baik hari ni kawe pakai baju lengan panjang dan jersi putih di luar.2 lapis jugaklah kan.Tak silap sampai di kubang tangga kawe tengok miles dah 20km.Dalam hati tertanya-tanya mana jalan highway ni? rasa nak patah balik pun ada.Tapi kawe teruskan kayuhan walau pun jalan mula tinggi rendah.Kawe tersedar yang minda kawe agak koyak.Cuma kawe teruskan niat ,Kawe akan berjaya sampai di rumah melalui jalan Highway ni dan esok dah tak boleh berkayuh sebab kerja pagi.Kawe kuatkan semula semangat dan jalan agak elok di kawasan kg ni dan di kelilingi pokok-pokok di tepi jalan.Oleh kerana keadaan makin terasa bahangnya kawe sekali sekala menenguk air dari bekas air yang kawe bawa.
 Nampak sahaja sign bord highway apa yang bermain di fikiran kawe mula lenyap.Kembali bersemangat.Selepas masuk je Susur dan mula mengayuh di highway kawe agak terkejut sebab jalannya banyak pendakian.Speed kawe mula menurun kepada 21 kmph.Bila jalan perdakian agak tinggi Speed kawe turun lagi kepada 15kmph.Sampai kat sungai Cah mental kawe koyak lagi dah rasa penat sangat dan peha kawe mula rasa tegang sebab pendakian yang kerap.Bila nampak sahaja sign board Bkt Payung kawe mula mencari kayuhan yang boleh di maintain sekali sekala lepas geram main speed sampai 33 km.Bila jalan menurun kawe relax dan menundukkan badan.Tangan dah lama kebas dan sekali sekala kawe kena relaxkan tangan.Kawe ingatkan jalan ke bukit payung ni ada susur rupanya jalan ni terus ke Traffic light Undang.Turun sahaja dari Highway kawe terus pusing ke kiri menuju ke Bukit Payung.Miles dah menunjukkan 40km.Tapi jam tangan kawe menunjukkan dh 1 jam 50 minit.Mak aiii lamanya.
 Bila sampai sahaja rumah miles kawe menunjukkan 42.21km.Everage speed 36.6 dan odometer kawe 104.9.Odometer ni kena setting balik bila tukar tayar 26 x 1.25 tempoh hari.Tapi masa perjalanan kawe hari ini amat mengejutkan kawe 2 jam 5 minit.Kaki kawe terasa tegang sangat.Badan pun rasa penat.minum air masak sikit punya banyak lah.baru hilang haus.kawe rilex je dulu lepas asar nanti baru nak basuh basikal.INsyaallah lusa kawe akan naik highway balik.Penat dan memang berbaloi.GOMO POKNIKMU GOMO!!!!!!!!

Tayar Maxxis 26x1.25


Pada 26 haribulan  jun 2012 ,satu revolusi baru telah berlaku pada basikal kawe.Kawe menukar tayarnya kepada saiz yang lebih kecik iaitu 1.25.Tayar Maxxis ingat nak cari warna putih tetapi hanya warna biru,merah dan kuning yang tinggal.Kebetulan pada masa kawe sampai di kedai basikal Polygon di Batu Buruk tayar yang berwarna putih sudah di beli.Jadi oleh kerana nak jugak tukar tayar tu,kawe memilih warna biru.Sebaik sahaja sampai di rumah.Kawe terus memnukar tayarnya sendiri.

Oleh kerana Kawe hanya mempunyai satu stand sahaja jadi dengan apa yang ada kawe menggunakan tangga untuk mengantungkan basikal kawe supaya tidak jatuh.Perkara ini macam tangga tu dapat idea pun sebab Semasa berkursus RTA dulu.Kawe menukar sendiri tayar dan selepas siap terus menukar setting miles kepada 195.Setting ini penting dan ia memang mengikut saiz tayar.
Inilah rupa tayar hadapan setelah siap kawe menukarnya.Tukar mudah tapi kawe masih was-was betul ke tidak pasang tayar ni.Jadi keesokkan harinya kawe membawa basikal ke kedai dan mintak Mat Nor tolong tengokkan.Rupanya pasang dah betul cuma di tayar hadapan tiubnya sedikit keluar nasib baik kawe tak mengayuh pagi tadi.Mat Nor membetulkan sedikit tiub belakang kerana kawe pasang sedikit senget.


Setelah siap pasang kawe siapa berbual dan berjumpa dengan Shafie dan beberapa rakan Basikal dan perbualan kami hanya pada basikal.Tuan Kamal pun hantar basikal di sana supaya di tukar barang dan servis.Kawe ada tanya Shafie untuk tukar pemegang handle tapi dia cadangkan kawe guna glove dulu sebelum tukar pemegang.Inilah Glove basikal harganya RM 75.
 Glove pun kena cari yang sesuai dengan jenis basikal.Dan glove yang kawe beli ni memang untuk Mountain bike.Kena ada gel di tapak tangan bagi support semasa memegang handle.Glove pun bagi mengurangkan rasa kebas dan untuk keselesaan.

   Keesokkan harinya kawe mengayuh 20km untuk menyesuaikan diri dengan tayar baru ni.Pada 5km awal kayuhan susah nak control sebab biasa pakai tayar besar dan hari ni pakai tayar kecil pula.Semasa menerpa angin berlakuunya tiupan angin.Makin lama makin laju selepas itu.Setelah miles dah lebih padda 11 km baru rasa selesa dengan penggunaan speednya.Hari ini kawe buat beberapa kali henjutan bagi fitkan keselesaan.
Sampai di rumah 1 jam 20 minit sahaja.Rasa nak berkayuh hari-hari.

Monday, 2 July 2012

Shahiran sertai pasukan senior



Penyerang pasukan bola sepak SUKMA Kelantan yang juga merupakan penyerang skuad Presiden Kelantan, Muhammad Shahiran Md Zin, akan menyertai skuad senior untuk perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan pada 3 Julai 2012.

Menurut Mohd Yusri Ismail, pengurus pasukan bola sepak SUKMA Kelantan, Shahiran akan meneruskan perjalanan dari Kuantan ke Seremban untuk membantu pasukan di bahagian serangan.

Pasukan Liga Super Kelantan berhadapan dengan masalah ketiadaan pemain apabila beberapa tunggak utamanya mengalami kecederaan. Terbaru dalam senarai kecederaan ialah Mohd Badri Mohd Radzi, Ketua Pasukan Kelantan yang terpaksa dikeluarkan semasa separuh masa pertama aksi menentang pasukan Slangor baru-baru ini.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

FAM TUNGGU ADUAN KES AMRI?


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung tindakan pemain Selangor, Amri Yahya yang didakwa mengasari pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, Jumaat lalu


Setiausaha Kehormatnya, Datuk Azzudin Ahmad berkata pihaknya akan membuka kertas dakwaan jika ada kes dan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak akan melakukan siasatan selepas itu.

“Selepas menerima aduan, kita akan menyemak rakaman visual perlawanan dan laporan perlawanan sebelum mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Petikan Dari TRW Bulettin.



Kawe rasa pemain import selangor berjersi 10.Dan pertahanan kanan selangor berjersi no 6 yang mnerajang Ghadar pada minit-minit akhir juga patut di buat laporan juga.perkara sebegini perlu di ambil tindakan kalau tidak lagi ramai pemain yang akan menjadi mangsa perbuatan tidak beretika dan tidak pro.Malah sekarang ni pun di Piala Euro dah gunakan perkataan RESPECT.FAM bial lagi nak lancarkan RESPECT ???
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Liga Super: Kelantan Rampas Takhta



KELANTAN berjaya merampas kedudukan persada liga daripada pasukan Lions XII apabila mengalahkan Selangor 1-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu malam tadi.
Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke-25 membantu Kelantan memintas Lions XII dari Singapura dengan kelebihan satu mata selepas 22 perlawanan.
Kelantan kini mengumpul 51 mata manakala Lions XII ketinggalan satu mata di tangga kedua selepas 24 perlawanan.
Kelantan menguasai perlawanan tetapi gagal mencari gol sehingga Mohamad Ghaddar menceriakan peminat dengan tandukan, hasil sepakan sudut oleh Norfarhan Muhammad.
Selang tiga minit kemudian, skuad bimbingan Bojan Hodak itu sekali lagi cuba menambah gol melalui sepakan sudut daripada Norfarhan, namun gagal
disudahkan oleh Daudsu Jamaluddin selepas sepakannya tersasar melepasi palang gol.
Peluang sekali lagi terhidang buat pasukan tuan rumah pada minit ke-34 apabila Mohamad Ghaddar berjaya melepasi tiga pemain pertahanan Selangor, namun gagal menghadiahkan sebarang gol buat Kelantan apabila sepakan lemahnya berjaya ditangkap kemas penjaga gol lawan, Norazlan Razali.
Selangor yang tertekan dengan jaringan pertama Kelantan terus mengasak pertahanan The Red Warriors, namun serangan berjaya dipatahkan sehingga berakhir separuh masa pertama.
Seawal babak kedua perlawanan menyaksikan para penonton yang memenuhi stadium bertindak membaling botol air ke dalam padang selepas berang dengan mutu pengadilan Mohd Jefferi Zolkifli yang kurang memuaskan.
Kelantan sekali lagi mendapat peluang pada minit ke-62 apabila Indra Putra Mahyuddin yang tidak dikawal pemain Selangor, berjaya membuat rembatan kencang ke arah gawang lawan, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol.
Sepakan percuma kapten pasukan Selangor, Safiq Rahim pada minit ke-79 terus ke arah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bagaimanapun dinafikan selepas berjaya ditanduk keluar oleh pemain pertahanan The Red Warriors.
Farhan sekali lagi mengejutkan Selangor dengan aksi berbahaya pada minit ke-83 apabila berjaya membuat gerakan solo dari tepi padang selepas mendapat hantaran bola daripada Indra, bagaimanapun sepakannya berjaya dipatahkan penjaga gol Selangor.
Selangor kini menghuni tangga keempat liga dengan 36 mata daripada 22 perlawanan.
Petikan dari Klate.net
Dari apa yang kawe dapat rumuskan yang pertamanya adalah tentang sifat tidak professional pemain-pemain selangor yang melakukan perbuatan khianat dan ini tentunya arahan daripada coach Selangor iaitu Irfan Bakti.Tetapi tumbukakan Amri yahya terhadap Ghaddar pada tempat sulit itu telah dirakamkan oleh lensa Astro.Adakah perkara ini akan di ambil tindakakn dari FAM? atau sebab Selangor tak perlu ambik tindakkan?

Apa yang merisaukan kita adalah kecederaan Piya.Hendak mencari penganti seperti Piya bukan senang.Ketika lawan Terengganu Shakir di gantung perlawanan sehinggakan Daudsu yang mengantikan tempat Shakir.Selepas ini kita akan menentang Negeri Sembilan pula adakah Piya sempat sembuh?

Lihat sahaja gambar ini? Kaki dah sampai kepala pun refree masih berdiam diri sehinggakan Ghaddar terbaring sampai habis masa permainan? Ghaddar menjadi mangsa dan di buli.Tapi penyelamat dan hero kita malam tadi adalah Ghaddar.Dia menjaringkan gol cantik dengan Tandukkan.

Kita kini sudah berada di tangga teratas liga Super dengan bagi perlawanan hanya tinggal 4 perlawanan sahaja lagi.Manakala pencabar terdekat kita adalah Lions XII.Lions hanya ada bagi 2 perlawanan sahaja lagi.Kita tengok Carta liga selepas kita menang atas Selangor.Tumbangnya Red Giants maka Bangkitlah The Red Worriors..Pahlawan Melaya.

Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya pasukan kesayangan kita dapat mempertahankan Liga Super Tahun ini dan melindungi pemain-pemain kita dari sebarang kecederaan serius amin...Kepada Pemain Pahlawan Merah ..Berjuanglah tanpa jemu dan dengar apa yang jurulatih arahkan,Demi negeri kebanggaan kita semua......Negeri sekecil kebun bunga, Kelantan Darul Naim.Apa pun hanya 4 perlawanan menentukan kita berjaya atau tidak...Go Red Worriors!!!!!!!!!!!GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!