Wednesday, 4 July 2012

Kelantan Kekal Pendahulu Liga Super

KELANTAN mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam tadi.
Keputusan tersebut membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak menggumpul 54 mata iaitu empat mata di hadapan pasukan Lions XII dari Singapura yang tidak bermain semalam.
Penyerang skuad Rusa, Mohd Firdaus Azizul membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 sebelum Mohd Azlan Ismail menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-46.
Mohammed Ghaddar Mahmoud menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-63 sebelum Indra Putra Mahayuddin mengukuhkan kedudukan pasukan pelawat lima minit kemudian.
Ketua pasukan Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan mengurangkan defisit jaringan apabila menyumbat masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-85.
Terengganu yang tewas 1-2 kepada Kedah, Sabtu lepas kembali bangkit mencipta kemenangan selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dua gol skuad Penyu dijaringkan penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-13 dan 84 manakala gol tunggal skuad warga kota
dijaringkan Emmanuel Okine pada minit ke-30.
Johor FC turut mencatat kemenangan dengan jaringan yang sama bertemu Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Dua gol Johor FC dijaringkan Mohd Syazwan Zainon seawal minit kedua dan sepakan penalti Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit ke-45 manakala gol tunggal Sabah menerusi Shahrudin Yakup pada minit ke-36.
Selangor pula mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Shah Alam.
Penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-62 sebelum Muhd Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan, dua minit sebelum tamat permainan.
Sementara itu, pasukan tangga ketiga liga Perak tewas 1-2 kepada pasukan kelab dari Lembah Klang, PKNS Selangor di Stadium Perak, Ipoh.
Penyerang Akmal Rizal Ahmad Rakhli menjaringkan gol pendahuluan skuad Seladang pada minit ke-43 sebelum pasukan pelawat membalas dengan dua gol menerusi Mohd Fazli Baharuddin pada minit ke-75 dan 78.
Sarawak turut menerima nasib sama apabila tumpas 0-1 kepada T-Team di Stadium Negeri Sarawak menerusi jaringan Mohd Fadzli Saari pada minit ke-30.

Petikan dari Klate.Net

 Bojan Hodak mempertaruhkan muka baru semasa perlawanan ini.Barisan Pertahanan kita di kemudi oleh Subra dan Rizal Fahmi manakala sebelah kanan adalah Nik Mohd Shahrul Azim.Sebelah kiri pula Daudsu.Ketiadaan Obinna Kerana menerima Kad kuning menyebabkan dia di gantung.
 Barisan tengah yang di kemudi oleh Shakir dan Indra nampak kurang menyengat kerana indra jarang bermain dengan bola.Dari segi tektikal kenapa kita perlu menhantar bola dari defend ke pada srtiker di mana Azlan nampak tidak begitu fit.manakala di sayap kanan kita meletakkan Khairul Izwan Rosli dan sebelah kanan Zamri Ramli.Farhan bermain macam biasa tetapi sokongan dari midfield dan syap kurang dan menyebabkan Azlan dan Farhan sukar mendapatkan bola.
  Kita perlu berterima kasih pada Apek yang mana berjaya menyekang beberapa percubaan bahaya dari Negeri sembilan.Dia memberi komitment 200% .Walaupun 2 kali tertewas di sebabkan pertahanan kita agak goyah tanpa Obinna.
Ghaddar walaupun bukan 100% fit untuk perlawanan ini dan hanya di masukkan pada separuh masa ke dua.Kerana bagi Bojan dia hanya mamapu bermain dalam 45 minit dan sebab itu dia di masukkan pada separuh masa ke-2.Tetapi Ghaddar berjaya menjaringkan Gol juga walaupun dalam keadaan tidak cergas sepenuhnya.
Piya di masukkan dalam 15minit terakhir kerana masih belum cergas setelah mengalami kecederaan semasa melawan selangor tempoh hari.Berita kurang enak untuk di dengar adalah Kecederaan Shakir yang terpaksa di keluarkan 5 minit sebelum masa permainan tamat.Harap kecederaan Shakir tidak serius.


Kita hanya memerlukan 3 mata lagi untuk di sahkan mempertahankan kejuaraan liga Super 2012.Dengan berbaki 3 lagi perlwanan kawe yakin dengan penuh debar bahawa kita mampu jika berjuang habis-habisan.Yang penting,siapa sahaja yang di turunkan termasuk pemain muda mereka perlu memberikan komitment yang tinggi bagi membalas kepercayaan Coach dan peminat.







Gol -gol yang di jaringkan semasa perlawanan malam tadi yang telah memberikan Kelantan kelebihan bagi mempertahankan Kejuaraan Liga Super 2012.Apa pun ,kita tidak boleh melatah kerana dengan pemain yang ada termasuk yangmengalami kecederaan kita perlu memberi sokongan bagi membangkitkan semangat pahlawana merah kita supaya terus berjuang demi Kelantan Tercinta.

GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment