KELANTAN berjaya merampas kedudukan persada liga daripada pasukan Lions XII apabila mengalahkan Selangor 1-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu malam tadi.
Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke-25 membantu Kelantan memintas Lions XII dari Singapura dengan kelebihan satu mata selepas 22 perlawanan.
Kelantan kini mengumpul 51 mata manakala Lions XII ketinggalan satu mata di tangga kedua selepas 24 perlawanan.
Kelantan menguasai perlawanan tetapi gagal mencari gol sehingga Mohamad Ghaddar menceriakan peminat dengan tandukan, hasil sepakan sudut oleh Norfarhan Muhammad.
Selang tiga minit kemudian, skuad bimbingan Bojan Hodak itu sekali lagi cuba menambah gol melalui sepakan sudut daripada Norfarhan, namun gagal
disudahkan oleh Daudsu Jamaluddin selepas sepakannya tersasar melepasi palang gol.
disudahkan oleh Daudsu Jamaluddin selepas sepakannya tersasar melepasi palang gol.
Peluang sekali lagi terhidang buat pasukan tuan rumah pada minit ke-34 apabila Mohamad Ghaddar berjaya melepasi tiga pemain pertahanan Selangor, namun gagal menghadiahkan sebarang gol buat Kelantan apabila sepakan lemahnya berjaya ditangkap kemas penjaga gol lawan, Norazlan Razali.
Selangor yang tertekan dengan jaringan pertama Kelantan terus mengasak pertahanan The Red Warriors, namun serangan berjaya dipatahkan sehingga berakhir separuh masa pertama.
Seawal babak kedua perlawanan menyaksikan para penonton yang memenuhi stadium bertindak membaling botol air ke dalam padang selepas berang dengan mutu pengadilan Mohd Jefferi Zolkifli yang kurang memuaskan.
Kelantan sekali lagi mendapat peluang pada minit ke-62 apabila Indra Putra Mahyuddin yang tidak dikawal pemain Selangor, berjaya membuat rembatan kencang ke arah gawang lawan, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol.
Sepakan percuma kapten pasukan Selangor, Safiq Rahim pada minit ke-79 terus ke arah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bagaimanapun dinafikan selepas berjaya ditanduk keluar oleh pemain pertahanan The Red Warriors.
Farhan sekali lagi mengejutkan Selangor dengan aksi berbahaya pada minit ke-83 apabila berjaya membuat gerakan solo dari tepi padang selepas mendapat hantaran bola daripada Indra, bagaimanapun sepakannya berjaya dipatahkan penjaga gol Selangor.
Selangor kini menghuni tangga keempat liga dengan 36 mata daripada 22 perlawanan.
Petikan dari Klate.net
Dari apa yang kawe dapat rumuskan yang pertamanya adalah tentang sifat tidak professional pemain-pemain selangor yang melakukan perbuatan khianat dan ini tentunya arahan daripada coach Selangor iaitu Irfan Bakti.Tetapi tumbukakan Amri yahya terhadap Ghaddar pada tempat sulit itu telah dirakamkan oleh lensa Astro.Adakah perkara ini akan di ambil tindakakn dari FAM? atau sebab Selangor tak perlu ambik tindakkan?
Apa yang merisaukan kita adalah kecederaan Piya.Hendak mencari penganti seperti Piya bukan senang.Ketika lawan Terengganu Shakir di gantung perlawanan sehinggakan Daudsu yang mengantikan tempat Shakir.Selepas ini kita akan menentang Negeri Sembilan pula adakah Piya sempat sembuh?
Lihat sahaja gambar ini? Kaki dah sampai kepala pun refree masih berdiam diri sehinggakan Ghaddar terbaring sampai habis masa permainan? Ghaddar menjadi mangsa dan di buli.Tapi penyelamat dan hero kita malam tadi adalah Ghaddar.Dia menjaringkan gol cantik dengan Tandukkan.
Kita kini sudah berada di tangga teratas liga Super dengan bagi perlawanan hanya tinggal 4 perlawanan sahaja lagi.Manakala pencabar terdekat kita adalah Lions XII.Lions hanya ada bagi 2 perlawanan sahaja lagi.Kita tengok Carta liga selepas kita menang atas Selangor.Tumbangnya Red Giants maka Bangkitlah The Red Worriors..Pahlawan Melaya.
Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya pasukan kesayangan kita dapat mempertahankan Liga Super Tahun ini dan melindungi pemain-pemain kita dari sebarang kecederaan serius amin...Kepada Pemain Pahlawan Merah ..Berjuanglah tanpa jemu dan dengar apa yang jurulatih arahkan,Demi negeri kebanggaan kita semua......Negeri sekecil kebun bunga, Kelantan Darul Naim.Apa pun hanya 4 perlawanan menentukan kita berjaya atau tidak...Go Red Worriors!!!!!!!!!!!GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment