Rentetan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung
isu lebih umur pemain Myanmar, suara penyokong yang tidak puas hati dengan
keputusan itu kian lantang.
Paling ketara, sekumpulan 30 hingga 40 orang penyokong
setia Harimau Malaya diwakili orang-orang kuat Ultras Malaya sanggup menunggu
sehingga Kongres FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin berakhir
untuk menyerahkan memorandum supaya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak
jawatan.
“Jika tidak kerana bantuan media kita, siapa lagi nak
bantu dedahkan penipuan Myanmar. Tapi FAM hanya mahu rujuk data pemain dalam
sistem AFC saja.
“Sudah tentu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan
Remaja AFC, Zaw Zaw (yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Myanmar) sudah
menyembunyikan segala fakta usia sebenar untuk selamatkan pasukan mereka.
“Tapi FAM sendiri sudah rosakkan semangat kita semua.
Kami rasa Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) gagal mengendalikan isu
ini dengan baik dan wajar diganti dengan individu berkredibiliti,” kata wakil
Ultras Malaya, Lekir Ahmad.
Pendapat sama turut dikongsi beberapa wakil kelab
penyokong negeri-negeri seluruh Malaysia.
“FAM buat keputusan yang tidak rasional. Pengajaran perlu
diberikan kepada Myanmar supaya penipuan umur tidak berulang. FAM pernah potong
mata skuad Piala Presiden Kelantan kerana turun pemain tak sah. Kenapa mereka
biar saja dalam kes ini,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan,
Mohd Yahya Jamada Ali.
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi
Hamzah pula berkata: “Ini membuktikan FAM tidak serius memperjuangkan hala tuju
bola sepak negara. Sikap ini hanya akan menyebabkan industri bola sepak negara
statik dan hanya gah di peringkat liga domestik saja. Moral para pemain juga
pasti terjejas.”
Sementara itu, jurucakap sekumpulan penyokong di Melaka,
Rosli Murad menambah: “Memang kami kesal dengan tindakan FAM. Harap pada masa
depan situasi seperti ini harus ditangani dengan bijak kerana bantahan rasmi
adalah pentas terbaik mengatasi kekusutan dan pertikaian berpanjangan.”
Bagi Pengasas Laman Web Penyokong Bola Sepak Selangor
(SelangorFC.com), Amir Sharifuddin Samad: “FAM tak boleh duduk diam saja.
Walaupun tak kemuka bantahan, teruskan usaha untuk mencari juga bukti-bukti
kukuh kerana hak skuad B-22 kita perlu diperjuangkan.”
BERITA HARIAN
FAM oh FAM, ada baiknya juga Ultras Malaysia bersuara setidak-tidaknya semua penyokong yang ada di bumi TANAJ TUMPAHNYA DARAHKU ini sedar yang FAM tidak iklas dalam menyokong pasukan kebangsaan.Mereka nampak gagal memberi sokongan terhadap titik peluh rakyat Malaysia yang berkerah keringat dan berkorban untuk bolasepak negara.FAM setidak-tidaknya menghantar bantahan terhadap Myammar yang telah menggunakan pemain lebih umur untuk AFC U22 Asians Cup.Sebab Myammar Malaysia Tewas dengan cara tidak professional dan FAM hanya tengok sahaja.Setiausaha mana perginya dan Pengerusi nya di mana?
Semasa kongress berlansung,Setiausaha berkata tidak boleh memberi sebarang komen sebab tidak ada dalam Artikel FAM.Artikel lama nak di perbaharui tetapi di potong oleh Setiausaha Terhormat.Sampai bila MARUAH NEGARA akan terus di pandang sepi oleh FAM.Pengerusi sudah terlalu lama berada dalam FAM, alangkah baik kalau di gantikan dengan orang baru yang tiada kena mengena dengan Istana.Lantik orang yang bekerja dan mampu menerima teguran dan mahu belajar dan mengkaji tentang bolasepak.Setiausaha dari orang yang berpencen.Alangkah bagus kalau pencen duduk di rumah sahaja dan bawa diri ke surau buat amal ibadat lagi bagus kan.Siapa kenal setiausah ni? Pernah main bola ke? kelab mana dia bermain? pernah mewakili Malaysia?Siapa tahu mintak tolong bagitau.
Satu lagi perkara yang boleh kita lakukan adalah boikot skuad kebangsaan dan kosongkan stadium.Sebab Persatuan Sukan Negara tidak menitik beratkan MARUAH NEGARA.Bagi kawe ,kawe malas nak tengok bola skuad kebangsaan lagi.Tengok pun buat sakit hati,bukan sakit hati dengan pemain tetapi majikan mereka.Bangkitlah semua kelab penyokong yang ada di Malaysia ni.Selamatkan BOLASEPAK NEGARA..
No comments:
Post a Comment