PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menunggu aduan rasmi daripada
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung tindakan pemain Selangor, Amri
Yahya yang didakwa mengasari pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar pada
perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, Jumaat lalu
Setiausaha
Kehormatnya, Datuk Azzudin Ahmad berkata pihaknya akan membuka kertas dakwaan
jika ada kes dan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufik
Abdul Razak akan melakukan siasatan selepas itu.
“Selepas
menerima aduan, kita akan menyemak rakaman visual perlawanan dan laporan
perlawanan sebelum mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Petikan Dari TRW Bulettin.
Kawe rasa pemain import selangor berjersi 10.Dan pertahanan kanan selangor berjersi no 6 yang mnerajang Ghadar pada minit-minit akhir juga patut di buat laporan juga.perkara sebegini perlu di ambil tindakan kalau tidak lagi ramai pemain yang akan menjadi mangsa perbuatan tidak beretika dan tidak pro.Malah sekarang ni pun di Piala Euro dah gunakan perkataan RESPECT.FAM bial lagi nak lancarkan RESPECT ???
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment