Tuesday, 3 July 2012
Tayar Maxxis 26x1.25
Pada 26 haribulan jun 2012 ,satu revolusi baru telah berlaku pada basikal kawe.Kawe menukar tayarnya kepada saiz yang lebih kecik iaitu 1.25.Tayar Maxxis ingat nak cari warna putih tetapi hanya warna biru,merah dan kuning yang tinggal.Kebetulan pada masa kawe sampai di kedai basikal Polygon di Batu Buruk tayar yang berwarna putih sudah di beli.Jadi oleh kerana nak jugak tukar tayar tu,kawe memilih warna biru.Sebaik sahaja sampai di rumah.Kawe terus memnukar tayarnya sendiri.
Oleh kerana Kawe hanya mempunyai satu stand sahaja jadi dengan apa yang ada kawe menggunakan tangga untuk mengantungkan basikal kawe supaya tidak jatuh.Perkara ini macam tangga tu dapat idea pun sebab Semasa berkursus RTA dulu.Kawe menukar sendiri tayar dan selepas siap terus menukar setting miles kepada 195.Setting ini penting dan ia memang mengikut saiz tayar.
Inilah rupa tayar hadapan setelah siap kawe menukarnya.Tukar mudah tapi kawe masih was-was betul ke tidak pasang tayar ni.Jadi keesokkan harinya kawe membawa basikal ke kedai dan mintak Mat Nor tolong tengokkan.Rupanya pasang dah betul cuma di tayar hadapan tiubnya sedikit keluar nasib baik kawe tak mengayuh pagi tadi.Mat Nor membetulkan sedikit tiub belakang kerana kawe pasang sedikit senget.
Setelah siap pasang kawe siapa berbual dan berjumpa dengan Shafie dan beberapa rakan Basikal dan perbualan kami hanya pada basikal.Tuan Kamal pun hantar basikal di sana supaya di tukar barang dan servis.Kawe ada tanya Shafie untuk tukar pemegang handle tapi dia cadangkan kawe guna glove dulu sebelum tukar pemegang.Inilah Glove basikal harganya RM 75.
Glove pun kena cari yang sesuai dengan jenis basikal.Dan glove yang kawe beli ni memang untuk Mountain bike.Kena ada gel di tapak tangan bagi support semasa memegang handle.Glove pun bagi mengurangkan rasa kebas dan untuk keselesaan.
Keesokkan harinya kawe mengayuh 20km untuk menyesuaikan diri dengan tayar baru ni.Pada 5km awal kayuhan susah nak control sebab biasa pakai tayar besar dan hari ni pakai tayar kecil pula.Semasa menerpa angin berlakuunya tiupan angin.Makin lama makin laju selepas itu.Setelah miles dah lebih padda 11 km baru rasa selesa dengan penggunaan speednya.Hari ini kawe buat beberapa kali henjutan bagi fitkan keselesaan.
Sampai di rumah 1 jam 20 minit sahaja.Rasa nak berkayuh hari-hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment