Pada 24 september 2012.Teknikal baru Basikal kawe ada sedikit perubahan di mana selepas kayuhan bersama Shafie dan perkara-perkara yang di usulkan segera kawe bertindak.Pertamanya menukar kembali pada tayar besar 26 x 2.10 tayar besar kerana untuk latihan kita gunakan tayar besar dan jika ada event baru bertukar pada tayar saiz kecil.Inilah workshop kreatif kawe.Mula-mula tukar tayar sendiri tiub lama bocor dan bila nak gunakan tayar kecil semula kawe salah masukkan tiub dan Tayr telah mengepitnya dan berlakulah kebocoran pula pada tiub dan nak ke taknak kena pergi beli tiub baru.Bila sampai di Kedai Poligon chendering kawe mula-2nya hairan kerana tayar berharga RM 6 untuk 1 tiub tapi oleh kerana harganya murah kawe ambik 2 tiub dengan harga RM12.Bila sampai sahaja di rumah ingatkan ada harapan untuk berkayuh pada petangnya tetapi saiz tiub itu tak boleh nak masuk.Dalam fikiran kawe mesti ni salah tiub.kawe hubungi Shafie dan dia juga berpendapat yang sama seperti kawe.Kawe pun pergi semula ke Kedai Poligon untuk tukar balik tiub tu.Nasib baik boleh tukar tanpa sebarang masalah tapi amat bernasib baik kerana masih ada 1 sahaja lagi tuib.
Nasib baik juga datang ke kedai Poligon sebab dapat beli Pum Baru dengan Harga RM28.Harga asal Pum ini adalah RM48.Kawe sampai sahaja di rumah dan terus tukar tiub dan setting miles basikal kawe dengan setting baru 26 x 2.10 dengan setting miles 207.Setelah siap kawe pun segera basuh basikal bagi menghilangkan debu-2 kayuhan malam kelmarin dengan Shafie.
Inilah rupa basikal kawe setelah di bersihkan dan di settingkan milesnya.Kawe juga ingin membeli beberapa peralatan lain untuk menambah baik peralatan yang sedia ada.Cuma tunggu gaji pada esok hari.
Pada 25 september 2012 hari gaji kawe pergi membeli loceng basikal kawe dengan harga RM5 cap CAT EYE sama seperti brand miles kawe.
Ini pun rekomen dari Shafie.kawe terasa memang memerlukan baju semasa kayuhan sebab tanpa baju basikal mungkin kekok untuk berkawan dengan geng-2 basikal yang lain.jadi kawe ingin cari baju yang sesuai dengan basikal kawe.
Pada sebelah malamnya kawe mengajak wife kawe untuk ke kedai barangan antik di depan Public Bank dan memang ada menjual baju-2 basikal bersaiz bessar.Kawe pun pergi lah bersama wife kawe untuk memilih baju yang sesuai.Kedai ini juga di rekomen oleh Shafie.Kawe memilih baju jenama GIANT dengan harga RM80 berlengan panjang.
Inilah pandangan hadapan baju kawe.Kawe ambik baju lengan panjang sebab biasanya kalau kawe berkayuh sebelah pagi sampai di rumah kadang-kadang dan hampir 11 pagi dengan keadaan cuaca yang telah panas.
Baru sedap nak berkayuhkan dengan baju ni.Dengan setting baru basikal kawe memerlukan masa beberapa kali untuk membaiki kayuhan dengan setting baru ini.Insyallah dengan semangat dan tips dari kawan-2 kawe yakin dapat membaiki masa dan Teknik kayuhan.
Go Poknikmu GO!!!!!!!!!!
KOTA
BHARU – Cabaran Kelantan dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC) 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 6-2 kepada Arbil FC dalam
saingan suku akhir kedua yang berlangsung malam tadi.
Dalam
perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, hasrat Kelantan
untuk memburu sekurang-kurangnya empat gol gagal terlaksana setelah sekadar
terikat seri 1-1 dengan juara Liga Premier Iraq itu.
Meskipun
tersingkir, namun pujian harus diberikan kepada anak buah Bojan Hodak yang
mempamerkan aksi cemerlang apabila dilihat berjaya menyaingi kehebatan pasukan
dari Asia Barat itu dalam perlawanan yang disaksikan hampir 7,000 penyokong
tempatan.
Terima
kasih kepada penyerang import sensasi, Mohamad Ghaddar yang muncul selaku
penyelamat apabila sepakan penaltinya pada penghujung masa kecederaan
memastikan setidak-tidaknya The Red Warriors terus mengekalkan rekod tanpa
kalah beraksi gelanggang keramat itu sepanjang musim ini.
Pasukan
pelawat yang turun tanpa tekanan memulakan asakan awal ketika permainan baru
memasuki minit pertama menerusi percubaan jarak jauh Amjed Radhi namun terkena
palang gol Kelantan.
Kelantan
yang turun dengan misi hidup mati bagaimana pun kembali melancarkan serangan
menerusi rembatan Indra Putra Mahayuddin pada jarak 25 meter namun melewati
pintu gol Arbil FC pada minit kesembilan perlawanan.
Selang
tiga minit kemudian, giliran bek kental, Obinna Nwaneri pula menguji kecekapan
penjaga gawang Arbil FC, Jalal Hassan Hachim namun tandukan beliau berpunca
sepakan percuma Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi sedikit melewati pintu gol.
Pasukan
pelawat yang menewaskan Kelantan 5-1 dalam saingan suku akhir pertama minggu
lalu nyaris memperolehi gol pendahuluan mereka namun rembatan Saad Abdulameer
Luaibi pula menerjah jaring sisi pintu gol Kelantan pada minit ke-18
perlawanan.
Satu-satunya
peluang terbaik Kelantan hadir pada minit ke-23 perlawanan menerusi Muhammad
Afiq Azmi. Namun penyerang pinjaman dari Kuala Lumpur itu gagal menolak masuk
hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha apabila berjaya berjaya disepak keluar
Ahmed Ibrahim di depan pintu golnya.
Empat
minit berselang, skuad bimbingan Bojan Hodak sekali lagi menggigit jari apabila
rembatan padu pemain sayap, Mohd Norfarhan Muhammad hasil umpanan Muhammad Afiq
singgah di bucu palang gol Arbil FC.
Pasukan
Arbil FC yang tenggelam dengan asakan bertali-arus pemain tuan rumah
bagaimanapun turut berpeluang untuk mendahului, namun rembatan jarak jauh Ketua
Pasukannya, Halkard Mulla Mohammad Taher terus ke dakapan Khairul Fahmi pada
minit ke-34 perlawanan.
Kerja
keras anak didik Nizar Mahrous akhirnya membuahkan hasil juga tiga minit
kemudian. Berpunca serangan balas pantas, penyerang import mereka, Sula Matuvo
melepasi kekangan Mafry Balang di dalam kotak penalti sebelum merembat kencang
ke penjuru kanan gawang Kelantan untuk gol pembukaan perlawanan malam tadi.
Ketinggalan
0-1, menyaksikan Kelantan terus dihimpit tekanan dan usaha mereka untuk
menyamakan kedudukan terus buntu apabila sepakan lencong Mafry hanya sedikit
tersasar daripada pintu gol pasukan pelawat tiga minit sebelum babak pertama
berakhir.
Tiga
minit babak kedua bersambung, Kelantan dikejutkan dengan asakan pasukan pelawat
menerusi Sula Matuvo yang berjaya melepasi benteng pertahanan, namun rembatan
Amjed Radhi dikeluarkan oleh S Subramaniam.
Namun
selepas itu pasukan tuan rumah kembali mendominasi perlawanan. Dua peluang
terbaik hadir pada minit ke-50 dan minit ke-53 perlawanan menerusi tandukan
Nwaneri dan Indra Putra namun tersasar serta diselamatkan Jalal Hassan di
gawangnya.
Percaturan
Hodak menggantikan Muhammad Afiq dengan Mohamad Ghaddar pada minit ke-61
perlawanan ternyata mengubah corak permainan Kelantan. Malah kelincahan
penyerang kebangsaan Lubnan itu berjaya mengucar-ngacirkan benteng pertahanan
lawan.
Hasilnya,
Kelantan berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-64 perlawanan
apabila umpanan lambung S Subramaniam tepat kepada Indra Putra, namun bekas
pemain kebangsaan itu memilih merembat tinggi di depan pintu gol Arbil FC.
Keghairahan
Kelantan memburu gol penyamaan bagaimanapun hampir dihukum pasukan pelawat
menerusi serangan pantas oleh Halkard Mulla mujur tampanan pemain gantian,
Mustafa Kareem berjaya ditepis keluar Khairul Fahmi pada minit ke-76
perlawanan.
Tiga
minit kemudian, Norshahrul Idlan mencetus gerakan menarik satu dua bersama
Mohamad Ghaddar namun rembatan deras pemain import itu gagal menewaskan penjaga
gol Arbil FC.
Tempoh
10 minit terakhir ternyata milik mutlak Kelantan. Tiga percubaan terbaik
masing-masing menerusi Mohamad Ghaddar dan Mafry pada minit ke-81,83 dan 84
perlawanan bagaimanapun dinafikan oleh ketangkasan penjaga gol Arbil FC itu.
Namun
tindakan pemain pertahanan Arbil FC, Ahmed Ibrahim menjatuhkan Mohamad Ghaddar
mengundang padah apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Kelantan
dalam masa kecederaan.
Mohamad
Ghaddar tenang merembat masuk ke penjuru kanan bagi mengikat keputusan seri
namun gol tersebut sudah terlalu lewat untuk membawa Kelantan ke saingan
separuh akhir setelah tersingkir menerusi agregat 6-2 dalam kempen Piala AFC
ini.
Petikan Dari Klate.Net
Berakhir lah misi kita dalam AFC.Ada beberapa suara yang tidak berpuas hati dengan lane up kita pada malam ini.Mungkin mereka tidak tahu atau tidak mendapat maklumat bahawasanya Ghaddar baru lepas pulih dari kecederaan dan hanya di benarkan bermain sekitar 20 minit.Sebab itulah dia hanya di masukkan pada babak kedua.Kita tutup dulu AFC ini dan memberi tumpuan penuh pada saingan Piala Malaysia di mana kita akan bertemu dengan Felda United di Stadium Hang Jebat Melaka pada 29 september ini nanti.
Untuk bersaing dalam AFC tahun depan kita memerlukan pemainan tektikal yang mantap dan lebih pada speed games.kita terlalu perlahan sebenarnya jika nak di bandingkan dengan Kelab-kelab gergasi AFC yang lain.Striker kita memrlukan yang kaki gol dan sentiasa ada di tempat sepatutnya.Kelantan masih boleh membaiki beberapa perkara lain sebelum ke AFC 2013.Apa pun kita berharap Kelantan akan mara lebih jauh lagi dalam AFC nanti.
Sudah ready!!!! Inilah Scoreboard baru yang bakal di gunakan untuk pertamanya kalinya di Stadium Sultan Muhammad ke IV pada 25 September 2012 semasa perlawanan timbal balik AFC.Di khabarkan jugak Arbil sudah berada di Kota Bharu dan datang tanpa beberapa tonggak utama mereka.Mereka juga nampaknya berjimat sama seperti kita sewaktu ke sana.
Keputusan yang di impikan pada malam 25 September ini nanti.Memang sudah lama kita nantikan Scoreboard ini dan harganya di khabarkan 2.3juta.Terima kasih di ucapkan kepada pihak yang terlibat dalam menyiapkan Scoreboard ini.Telah di uji di hadapan Tan Sri Anuar Musa dan pihak AFC bagi melihat sendiri kemudahan dan funtion scoreboard ini.
Siap ada video lagi pasal Scoreboard Digital ni.Terima kasih juga kepada uploader video ini di youtube.Memang sepatutunya dah lama ada Scoreborad di berdasarkan Kemajuan Bolasepak di Kelantan.Tapi mungkin juga dengan kemajuan bolasepak di Kelantan yang membuka mata pihak tertentu untuk mengupgradekan Stadium kita.Walaupun masih jauh untuk menjadi stadium International tapi sekurang-kurangnya kita dah melangkah ke arah itu.Di khabarkan juga Fortress bakal di bina.
Apa pun Rekod tanpa kalah Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV ini akan menjadi saksi adakah Kelantan bakal di kalahkan atau akan memberi duka perit kepada Arbil pada 25 September nanti.Walaupun ada siaran lansung di RTM1 dan kalau di ikutkan yang mana bekerja kerajaan 25 haribulan adalah hari gaji.DI harapkan Penyokong yang berkesempatan ke Stadium memenuhi Stadium Keramat Kita dan bakal mencipta sejarah jika kita dapat menyaingi Arbil.THIS IS KOTA BHARU!!!!!!!!!!!
Apa pun berdoalah untuk pasukan Kelantan supaya dapat mengatasi Arbil 4-0 dan jangan bolos.Di harapkan Piya dapat memimpin perlawanan ini dengan baik di sampaing kelibat Apek.Mat Yo juga di jangka akan turun beraksi bersama indra Ghaddar juga di jangka akan di turunkan.
GO FOR MORE!!!!!!!
KUALA
LUMPUR – Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) menghantar surat pekeliling mengikut Perkara 1.20 dan Perkara
4.9.1 kepada setiap persatuan bola sepak negeri dan kelab bagi pengharaman
vuvuzela serta alat-alat bunyian yang seumpama dengannya.
Menurut
Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohd. Amin, ini merupakan peringkat awal bagi
melihat sejauh mana pemahaman penonton terhadap amaran pengharaman penggunaan
vuvuzela.
“JKPT
faham bukan mudah buat semua stadium untuk terus menghalang vuvuzela daripada
dibawa masuk ke dalam stadium.
“Namun,
langkah ini sebagai permulaan kepada semua pihak untuk sedar bahawa penggunaan
vuvuzela dan alat-alat yang seumpama dengannya tidak digalakkan dibawa masuk
dan kami akan tengok langkah pencegahan yang lebih ketat lagi pada musim depan.
“Apa
yang mustahak, pihak JKPT telah memberikan amaran dan kita akan tengok sejauh
mana kesedaran penonton dan akan menilai tindakan terhadap mereka yang degil, ”
katanya ketika dihubungi, semalam.
Petikan Dari Klate.net
Satu tindakkan bijak buat pertama kalinya selepas beberapa hal yang tak menyenangkan.
Kawe cari lampu ni di Nirwana dah siap set lampu depan dan belakang dan siap ada clip untuk basikal lagi.Hargannya memang mampu beli Rm8.90 sahaja.Kawe baru beli 1 dan munglin gaji ni akan pergi beli lagi kot.Tengok lampu bahgian depan cuma kelemahannya dia atasakan nampak silau bila bekayuh malam tapi nampaknya kena beli tape hitam dan lekatkan dari dalam dan masalah kawe kira selesai.Lampu depan ni ada 2 versi sahaja .Nyalaan terus dan klip-2.
Ini pula lampu belakang.Lampu ni masalahnya cuma satu iaitu pakai klip in sahaja.kawe pakai tali untuk ikatkan di dalam beg.Risau jugak.Kalau berkayuh malam dan naik bonggol kuning akan jatuh.Lampu ni ada banyak jenis nyalaan.
Inilah yang kawe katakan silau di bahagian atasnya.nanti kita letakkan tape di dalam.
Ini baru nampak jelaskan.memang pun menggangu sedikit bila silau ni.kawe pulak memang tak boleh silau-silau ni.Kawe kena pakai spek bila berkayuh malam.
Inilah lampu belakang yang mana kawe kena ikat sebab takut jatuh.Persediaan ini adalah untuk keselamtan sewaktu berkayuh waktu malam.
Hari tu ada beli spek tapi untuk berkayuh siang hari sahaja.Waktu malam kena cari yang lain nampaknya.
Tapi kalu tengok Shafi berkayuh malam tu dia pakai spek orang welding je yang warna putih.Tapi kita tengok orang lain pulak.mana tahu ada yang pakai versi malam.
BERKAYUH UNTUK KESIHATAN DAN MELAWAN OBESITI SERTA BERKAYUH UNTUK REKREASI!!!!!!!!!!!!
Pada 19 september 2012.inilah kalai pertama kawe berkayuh waktu malam.Ceritanya bermula apabila kawe mnghubungi Shafie untuk bertanya samaada group kuala Ibai akan berkayuh atau tidak pada malam itu.Dia kata ada tapi cuaca malam itu agak sejuk dan guruh berbunyi tak henti.tapi guruh itu di rumah kawe.Lalu Shafie kata turun dulu tempat berhimpun di Masjid Raja atau sekarang di kenali Masjid Sultan Ismail pada jam 9.30 malam.Setelah bersiap dan memasukkan Basikal dalam kereta Myvi Kawe.Kawe pun bergerak ke tempat yang telah di janjikan.Sampai di sana didapati Shafie belum ada.Kawe pun ke Petronas baru dulu untuk Pum tayar.Tapi Pum kat sana susah nak gunakan.Kawe berharap Shafie bawak Pum dia.Rupanya dia tak bawak.Tunggu dan call geng-2 shafie.Sorang pun tak nak turun malam ni sebab takut hujan.Bagi shafie pula dia dah lama tak berkayuh dan dia ajak bersama.Kawe kata tak dop hal.Setelah Pum tayar di Petronas kita orang kembali di Masjid dan membuat persediaan untuk berkayuh.
Setelah sedia kita orang pun mula berkayuh.Setalah dekat 1km berkayuh kawe tengok miles rupanya Shafie nak maintain 28kmph.Aduss naik risau di buatnya.dah lah minggu ni tak berkayuh.Kawe pun ikut rentak Shafie tetapi bila ada jalan berbukit sedikit kawe mula ketinggalan.Shafie cakap jangan manja sangat ke lawan.Huhuhu penat juga ikut Shafie ni.Cuma dari segi pakaian kawe ingat nak beli set jugaklah.Lepas tu Loceng basikal untuk malam.Kasut pula kena cari nanti.kasut khas untuk basikal.Sampai di kelulut behenti di kedai makan.Minum dulu sekejap sambil cerita pasal basikal ni.Bon pedal depan ruapanya Shafie dah tukar.Kawe pun silap sebab ikut speed belakang dia.ternyata berbeza.Dia nak kayuhan ringan dan selalu tekan seta maintain 28kmph.Tayar pula kalau geng mountain dia pakai tayar besar.Kalau nak kayuhan biasa dia kata baik pakai tayar besar sebab nak berat.kalau kita boleh maintain 28kmph dengan tayar besar.bila tukar tayar kecil dia akan bertambah laju.bagus teknikal ni dan kawe bersetuju.Kawe akan tukar balik teknikal basikal kawe.Tukar tayar asal semula dan tukar miles ikut saiz tayar.Lagi satu untuk menguasai dan membiasakan diri dengan jalan berbukit Shafie kata dia belajar di Bukit Kor.Kalau naik bukit guna speed terlalu ringan kita akan ketinggalan.Jadi kena cari Speed yang sesuai dengan ketinggian.ruapanya walaupun berborak sekejap banyak yang kawe boleh pelajari.Itu baru Shafie sorang.Kalau semua geng dia turun mungkin lebih banyak ilmu kawe dapat.Insyaallah kalau diizinkan Allah minggu depan kawe turun lagi.
Selepas selesai minum kami berkayuh balik ke Masjid.Selepas sampai di Masjid Haji Hadi Shafie mula speeding.memang jauh dia tinggalkan kawe.memang kalau bab speeding ni memang out lah kawe.Inilah miles pada malam tu:
Distance : 29.24
Mixs : 33.5
Odo : 593.5
Insyaallah minggu depan kawe akan turun lagi tapi sebelum itu kena praktikkan teknik baru ni dulu.Insyaallah dalam masa seminggu kawe akan dapatkan jugak teknik ni.
KOTA
BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa
menyifatkan kekalahan 1-5 Red Warriors kepada kelab Arbil dari Iraq pada suku
akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia semalam adalah memalukan.
Annuar
melalui kenyataan dalam Facebook beliau turut menyatakan rasa kecewa dan sedih
dengan kekalahan besar Kelantan itu.
“Saya
amat sedih. Apa yang kita tak mahu berlaku kepada pasukan yang mewakili negara
dalam AFC akhirnya menimpa Kelantan. Kalah tak mengapa tetapi diaibkan dengan
lima gol adalah memalukan,” katanya.
Sementara
itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kekalahan tersebut
menunjukkan Kelantan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan
kelab-kelab Asia Barat.
Beliau
berkata, keadaan itu menyaksikan Kelantan selaku juara Liga Super dan Piala FA,
tidak berdaya menyekat kemaraan pasukan yang mara ke separuh akhir Piala AFC
musim lalu.
Menurutnya,
berdasarkan perlawanan semalam, pasukan Arbil FC cukup matang dan mempunyai
kelebihan tersendiri berbanding Kelantan kerana mereka mampu berpesta gol
sehingga minit terakhir.
Bagaimanapun
katanya, kekalahan tersebut seharusnya dijadikan panduan kepada pasukan bagi
memperbaiki kelemahan untuk menghadapi saingan kedua di laman sendiri.
“Saya
mengakui laluan Kelantan pada peringkat suku akhir ini cukup berliku dan pada
perlawanan timbang balik nanti di Stadium Sultan Mohammod IV, ia harus
diperbaiki.
“Kelantan
gagal mengimbangi perlawanan terutama pada separuh masa kedua berikutan hampir
separuh tonggak utama tidak dapat bermain.
“Pemain
tonggak Kelantan seperti Obinna Nwaneri, S.Subramaniam, Muhammad Ghaddar,
Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin tidak beraksi kerana
digantung dan mengalami kecederaan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas
(SMS) kepada Utusan Malaysia, semalam.
Tambah
Azman, Kelantan agak tempang ketika berkunjung ke Iraq antara lain disebabkan
kegagalan mendaftarkan dua pemain import baru.
Jelasnya,
pada babak pertama, Kelantan mampu menyaingi Arbil FC sehingga menjaringkan gol
penyamaan oleh ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi, namun gagal menyekat
pasukan lawan pada babak kedua.
“Kekalahan
mungkin suatu yang semua orang tidak inginkan tetapi secara positifnya,
kekalahan memberikan kita satu panduan untuk mencari dan memperbaiki
kelemahan,” ujarnya.
Petikan dari Klate.Net
Bila big boss dah berbunyi menyatakan kekecewaannya bermakna dia tidak suka apa yang berlaku dalam pasukan hari ini.Pertamanya dasar FAM sendiri menyukarkan pasukan dari Kelab untuk bersaing dalam AFC.Keduanya pemain dan jurulatih terpaksa mengharungi perjalanan yang memakan masa 30jam.ketiganya pasukan kita belum mantap dan bersedia bagi saingan AFC level ini di samping jadual perlawanan yang padat dan masa persediaan yang singkat.
Tan Sri Anuar Musa mahukan kejayaan Kelantan Berterusan dan dia mahu Kelantan terus mencipta sejarah demi sejarah.Dalam Negara Kelantan sudah berjaya menawan 2 piala dan sekarang membuat terible.Ternyata Tektikal Kelantan seperti yang Tan Sri Anuar Musa inginkan pada awal tahun dahulu masih belum berjaya.
Kawe kagum dengan Tan Sri yang tak putus-putus berjuang dan berjuang demu memertabatkan Bolasepak Kelantan dan Negara.Tetapi setakat ini hanya di Kelantan beliu berjaya membawa revolusi ini terus ke kejayaan.Namun di Negara Dasar dan Politik dalaman FAM membantutkan usahanya untuk membawa revolusi di peringkat Nasional.Seriusly,FAM memerlukan pimpinan baru dan tidak perlu ada Sultab atau Raja dalam persatuan.FAM sudah lama dan uzur.Selagi FAM tidak bertukar pengurusan selagi itulah Bolasepak negara masih berada di takut lama.