ADA
pengajaran berguna buat Kelantan setelah diaibkan dengan kekalahan besar 1-5
kepada Arbil FC dalam aksi suku akhir pertama Kejohanan Piala Konfederasi Bola
Sepak Asia (AFC), malam kelmarin, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
Bukan
sahaja perbezaan kualiti permainan yang ditunjukkan kedua-dua pasukan, malah
saiz fizikal pemain negara juga dilihat gagal menyaingi kehebatan pemain negara
Asia Barat itu.
Pengurus
pasukan, Azman Ibrahim mengakui kecewa dengan kekalahan besar itu, namun pada
masa sama berharap barisan pemainnya dapat mempelajari sesuatu terutama ketika
bersaing dengan pasukan terbaik di peringkat Asia pada kejohanan tersebut.
“Kita
bertandang ke Iraq dengan skuad yang tempang apabila sebahagian besar tonggak
utama tidak menyertai pasukan ini,” katanya kepada Sinar Harian menerusi
khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.
“Malah
kegagalan kita mendaftar dua pemain import, Kieta Mandjou dan Mijo Dadic juga
turut memberi kesan kepada persiapan pasukan. Apa yang kita mampu lakukan,
beraksi tanpa beberapa pemain utama dan menghadapi kelab yang hebat seperti
Arbil ini.
“Kita
kena akui masih jauh ketinggalan berbanding mereka. Kita kalah kepada pasukan
yang terbukti lebih baik dan kekalahan ini dapat mengukur sejauh mana kemampuan
kita apabila bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.
Kekalahan
tersebut sekali gus menyempitkan laluan Kelantan untuk mencipta kejutan mara ke
separuh akhir memandangkan perlu menang dengan jumlah jaringan yang besar
apabila menghadapi lawan yang sama pada saingan suku akhir kedua di Kota Bharu
pada 25 September ini.
Petikan dari Klate.Net
No comments:
Post a Comment