Tuesday, 18 September 2012

Kijang Sasar Seri


TANPA kelibat hampir separuh pemain tonggak, keputusan seri pada aksi suku akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Arbil FC di Stadium Francouse Al-Hareeri, Arbil City, malam ini dianggap sudah memadai buat pasukan gergasi bola sepak tempatan, Kelantan.

Hakikat itu diakui Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Afandi Hamzah selepas juara Liga Super dan Piala FA itu tempang dalam kunjungan ke tempat lawan walaupun merancang dengan rapi sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan barisan terbaik sebelum ini.

Antara tonggak yang tidak bersama Red Warriors ke Iraq adalah S Chanturu, Mohammed Ghaddar Mahmoud, Norshahrul Idlan Talaha, Obinna Nwaneri serta Indra Putra Mahayuddin yang dibelenggu pelbagai masalah seperti penggantungan dan kecederaan selain tidak dapat menggunakan dua lagi importnya, Keita Mandjou dan Mijo Dadic kerana masalah pendaftaran.
 
“Kami menyedari apabila sampai peringkat ini, Kelantan yang juga wakil tunggal Malaysia akan berdepan pasukan handalan Asia dengan Arbil FC turut mempunyai rekod baik pada kejohanan ini. “Walaupun tanpa sejumlah pemain utama, kami harap pemain lain masih mampu mempamerkan aksi membanggakan dengan keputusan seri boleh dianggap membanggakan. “Namun lebih bagus jika berjaya mencatat kemenangan,” katanya.

Skuad kendalian Bojan Hodak itu pastinya menaruh harapan kepada ketangkasan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat selain kemampuan kapten Mohd Badhri Radzi mengawal permainan dengan bintang pinjaman Kelantan, Afiq Azmi menjadi harapan merobek gawang lawan.

“Andai berjaya mendapat keputusan positif di tempat lawan, ia memudahkan tugas Kelantan bagi saingan suku akhir kedua di Kota Bharu pada 25 September. Malah beberapa tonggak yang tersisih sebelum ini seperti Norshahrul, Indra Putra, Obinna serta Ghaddar berkemungkinan besar akan dapat diturunkan”.

Arbil FC yang dikendalikan jurulatih Nizar Mahrous tewas pada separuh akhir Piala AFC musim lalu dan media tempatan negara itu melaporkan juara empat kali Liga Iraq itu sudah berbelanja lebih RM200,000 untuk mendapatkan sejumlah pemain baru seperti penyerang kebangsaan Iraq, Mustafa Karim bagi menghadapi suku akhir dan musim baru saingan domestik.

Petikan dari Klate.Net

Harapan besar kita pada pemain yang ada adalah amat besar sekurang-2nya seri.Jika berjaya kita akan turun habis-habisan di kota Bharu nanti.GOMO KLATE GOMO!!!!!!!!!!

Laluan Kelantan jika berjaya ke peringkat seterusnya..

Senarai penjaring yang pernah menjaringkan gol buat Kelantan.

No comments:

Post a Comment