Skuad
Harimau Malaya tumpas 2-0 kepada Vietnam dalam perlawanan persahabatan
antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam.
Pasukan
pelawat memperolehi gol pembukaan menerusi Le Cong Vinh di minit ke-32 selepas
dia menyambut hantaran lintang rakan dengan melayangkan badan untuk melakukan
tandukan kearah gawang Malaysia.
Sejurus
kemudian, pasukan negara bertambah kelam kabut dan Faizal Marlias tertewas
sekali lagi apabila pemain yang sama bijak melambungkan bola ketika berdepan
satu lawan satu. Namun Aidil Zafuan muncul mengeluarkan bola yang bergolek
menghampiri garisan gol Malaysia.
Gol
kedua Vietnam dihasilkan oleh Phan Thanh Hung di minit ke-48, apabila dia
membuat sentuhan mudah selepas menerima hantaran rakan.
"Kita
tidak bermula dengan agresif berbanding Vietnam. Kita juga banyak bagi ruang
kepada mereka. Kedua-dua gol adalah jaringan mudah. Bagaimanapun, saya nampak
ada perubahan selepas melakukan pertukaran di babak kedua.
"Saya
harus memberi peluang kepada pemain muda, jadi saya dapat menilai pemain mana
yang boleh dikekalkan nanti.
"Kekalahan
ini dianggap sebagai pengajaran yang bagus. Saya masih ada keyakinan kepada
pemain. Saya nampak siapa yang ada karakter dan mampu menyumbang kepada
pasukan," kata jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sebaik tamat
perlawanan.
Sejak
diawal permainan, Malaysia beraksi hambar dan Vietnam jelas menguasai permainan
dengan kerap melakukan hantaran-hantaran pendek. Mereka juga dilihat lebih
serius dalam melakukan serangan ataupun ketika bertahan. Usaha keras barisan
pertahanan Vietnam mengakibatkan Malaysia kerap kehilangan bola sebelum
memasuki kubu Vietnam.
Seawal
minit keempat, Faizal sudah diuji selepas dia menyelamatkan rembatan yang tidak
disangka-sangka muncul kearah gawang Malaysia.
Di
minit ke-23, Norshahrul Idlan menerima hantaran baik daripada Bunyamin, sebelum
dia sempat melakukan lambungan kearah gawang lawan, namun ia sedikit tersasar.
Di
penghujung separuh masa pertama, Malaysia dihadiahkan sepakan percuma dalam
kotak penalti Vietnam, namun sepakan Aidil terkena benteng lawan.
Safee
Sali yang kemarau gol sejak November tahun lalu hanya memanaskan bangku
simpanan sahaja di separuh masa pertama. Kemasukannya di babak kedua sedikit
sebanyak mengucar kacirkan pertahanan lawan dengan kerap melakukan percubaan.
Di
minit ke-61, Safee muncul melakukan tandukan, bagaimanapun ia lemah untuk
menewaskan penjaga gol lawan. Di minit ke-66, Baddrol Bakhtiar pula
melakukan rembatan kaki kiri, namun ia sedikit tersasar melewati palang gol.
Kebuntuan
gol pasukan negara berlanjutan sehingga tamat perlawanan yang berkesudahan
Vietnam 2 Malaysia 0
Petikan Dari Astro Arena
GOMO MALAYSIA GOMO!!!!!!
No comments:
Post a Comment