Tuesday, 18 September 2012

Piala AFC: TRW Tempang Di Iraq

PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengakui The Red Warriors berdepan cabaran getir apabila bertemu kelab Iraq, Arabil dalam saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) esok.

Menurutnya, kecederaan beberapa tonggak utama selain jadual perlawanan yang padat menyebabkan pihaknya terpaksa menagih kudrat pemain sedia ada dalam perlawanan di di Stadium Francouse Al Hareeri, Arbil City pada jam 6.30 waktu tempatan.

Pada masa sama katanya, pasukannya juga tidak dapat membawa pemain import baru, Mijo Dadic dan Keita Mandjou kerana gagal memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Untuk itu, kita tak boleh bagi harapan yang tinggi, cuma kita rasa ada peluang untuk pergi lebih jauh sekiranya pemain dapat menujukan aksi yang  baik,” katanya yang membayangkan akan menggunakan dua pemain import Denny Atwi dan Emmanuel Okine dalam saingan yang  dianggap bersejarah itu.

Azman mengharapkan pemainnya dapat mencuri satu mata di Arbil sebelum perlawanan timbal balik di Kota Bharu pada 25 September dengan kekuatan yang lebih padu setelah beberapa pemain yang cedera kembali pulih.

Mengulas mengenai kecederaan penyerang import sensasi, Mohamed Ghaddar, Azman berkata, pemain  itu masih berehat dan dijangkakan hanya dapat turun dalam perlawanan di Kota Bharu nanti.

“Insya-ALLAH kita akan turunkan barisan terkuat di Kota Bharu.

Petikan dari Klate.Net

Bimbang dah resah itulah yang boleh di ungkapkan pada piala AFC bagi Kelantan kerana tanpa beberapa tonggak utama dan barisan yang ada samada mampu atau tidak kita terpaksa juga menghadapi perlawanan ini.Hanya tektikal dan kemampuan pemain yang bakal di turunkan malam ini akan menjadi titik samaada Kelantan bakal mara lebih jauh atau tidak.pusingan kedua baru kita dapat menurunkan barisan terkuat.kawe berharap malam ni game berkesudahan dengan paling tidak seri.jika kemenangan itu adalah bonus.Kita letakkan kepercayaan kepada barisan worriors yang bakal berjuang dengan penuh komitment dan berharap mereka berjaya.Doa dan semangat kami hantarkan buat mereka semoga TRW berjaya.Apa pun ...Gomo lah kot mana pun janji kita ada harapan di KB nanti.
GO FOR MORE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

No comments:

Post a Comment