KUALA
LUMPUR – Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) menghantar surat pekeliling mengikut Perkara 1.20 dan Perkara
4.9.1 kepada setiap persatuan bola sepak negeri dan kelab bagi pengharaman
vuvuzela serta alat-alat bunyian yang seumpama dengannya.
Menurut
Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohd. Amin, ini merupakan peringkat awal bagi
melihat sejauh mana pemahaman penonton terhadap amaran pengharaman penggunaan
vuvuzela.
“JKPT
faham bukan mudah buat semua stadium untuk terus menghalang vuvuzela daripada
dibawa masuk ke dalam stadium.
“Namun,
langkah ini sebagai permulaan kepada semua pihak untuk sedar bahawa penggunaan
vuvuzela dan alat-alat yang seumpama dengannya tidak digalakkan dibawa masuk
dan kami akan tengok langkah pencegahan yang lebih ketat lagi pada musim depan.
“Apa
yang mustahak, pihak JKPT telah memberikan amaran dan kita akan tengok sejauh
mana kesedaran penonton dan akan menilai tindakan terhadap mereka yang degil, ”
katanya ketika dihubungi, semalam.
Petikan Dari Klate.net
Satu tindakkan bijak buat pertama kalinya selepas beberapa hal yang tak menyenangkan.
No comments:
Post a Comment