SHAH ALAM
– Laluan percuma pada pusingan pertama buat Kelantan selaku juara bertahan,
rupa-rupanya tersembunyi ranjau apabila PKNS atau naib juara Liga Super musim
ini, LionsXII menanti mereka dalam pusingan kedua Piala FA 2013.
Red
Warriors yang juga juara Piala Malaysia dan Liga Super 2012, hanya beroleh
sedikit tuah kerana diundi sebagai tuan rumah pusingan kedua satu perlawanan
namun bakal turut berdepan kepadatan jadual yang melibatkan Piala AFC.
Jika lulus
ujian itu, laluan Kelantan bakal berubah dengan menanti mereka kemudian ialah
pemenang antara dua pasukan Liga Perdana, Sarawak-Melaka dan Preach Khan Reach
(Kemboja) atau pasukan Liga FAM, PBAPP Pulau Pinang.
Undian
getir kejohanan bola sepak kalah mati kebangsaan itu di sebuah hotel di sini,
turut menimpa naib juara 2012, Sime Darby dalam pusingan kedua yang menanti
pemenang pusingan pertama antara T-Team dengan Perlis yang dikembalikan ke Liga
Perdana.
Dua
pasukan separuh akhir musim ini, Kedah dan Terengganu pula mendapat laluan agak
mudah dalam pusingan pertama dengan masing-masing cuma berdepan pasukan Liga
Perdana, NS Betaria dan KL SPA.
Undian
getir juga melanda naib juara Piala Malaysia dan juara Liga Perdana 2012,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bakal menentang bekas juara, Selangor
seawal pusingan pertama lagi yang bermula 25 Januari 2013.
Nasib sama
turut menimpa pasukan yang kini sering mendapat perhatian kerana dibanjiri
ramai pemain kebangsaan dan seorang bekas bintang Sepanyol, Johor yang perlu
berdepan Perak pada pusingan pertama Piala FA.
Kata
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Azman Ibrahim, “Laluan kami
memang sukar pusingan kedua tetapi kami tidak memilih siapa lawan antara PKNS
atau LionsXII kerana persaingan kalah mati ini mempunyai elemen kejutan dan
nasib.
“Kami
tidak akan mengambil mudah walaupun jika mara ke pusingan seterusnya yang bakal
lawannya mungkin kurang sukar kerana seperti Sime Darby, tiada siapa pun
menyangka mereka mampu ke perlawanan akhir (2012),” katanya.
Kata
jurulatih LionsXII, V. Sundramoorthy: “Undian ini tetap getir kerana kami perlu
bertandang ke PKNS (Petaling Jaya, Selangor) dan perlu melepasi mereka sebelum
laluannya semakin getir untuk berdepan Kelantan.
“Kami
menampilkan ramai pemain bawah 23 tahun selain hanya lima pemain skuad Piala
Suzuki AFF iaitu Mohammad Shahril Ishak, Mohammad Isa Abdul Halim, Baihakki
Khaizan, Fazrul Nawaz Shahul Hameed dan Muhammad Irwan Shah Anismail,” katanya.
Jurulatih
ATM, B. Sathianathan berkata: “Cabaran yang besar kerana jika melepasi Selangor
pun, Johor pula mungkin menanti kami seterusnya. Namun saya harap langkah kami lebih
jauh musim depan setelah tersekat pusingan pertama lagi dengan Perak (2012).”
Petikan dari Klate.Net
Ranjau dan duri sudah biasa dengan TRW.Namun mungkin undian yang susah di permulaan bakal membuatkan pemain sentiasa cergas dan Fit bagi menghadapi perlawanan seterusnya yang mana seteru-seteru kita dalam Malaysia tahun 2013 lebih bersedia bagi mengalahkan kita.Pusingan pertama dan kedua adalah kalah mati.Mampukah kita melangkah ke Final? mungkin Bojan sudah siapkan perangkaan tektikal dan teknikal bagi menghadapi tahun baru 2013.Sudah pasti apa yang di rancang dan rancangan luar jangka telah siap dan cuma menunggu Tarikh untuk di laksanakan.
Pasukan seperti Johor Darul Takzim,TTeam,Selangor di lihat bakal mendatangkan masalah kerana mereka nampaknya bershopping sakan bagi menyiapkan pasukan mereka.Pastinya menarik dan kawe berharap TRW ke Final.
GO FOR MORE!!!!!!
No comments:
Post a Comment